Tuesday, December 29, 2009

TAHNIAH, LUMUT JUARA PIALA FUTSALL


IPOH 29 Dis: Pasukan futsal dari Lumut muncul juara keseluruhan kejohanan futsal piala Pesuruhjaya PAS Perak dan membawa pulang hadiah berupa sebuah piala dan juga wang tunai RM1,500.

Tempat kedua pula diraih pasukan dari Ipoh Timur dan menerima wang tunai sebanyak RM700, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing dari Tanjung Malim dan Kampar membawa pulang hadiah saguhati.

Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Abu Bakar merakamkan ucapan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yang telah berjaya mengadakan Pertandingan Futsal Piala Pesuruhjaya PAS Perak.

Abu Bakar berkata, program sedemikian amat penting kerana ianya merupakan medan untuk mengeratkan ukhuwwah di kalangan pemuda negeri yang hadir dari setiap kawasan di negeri itu bagi mencapai persefahaman dalam melaksanakan kerja dakwah.

"Semasa bertemu,ahli-ahli boleh saling bertanya khabar dan mengetahui perkembangan organisasi. Ini penting untuk mengeratkan lagi ukhuwwah dan kesatuan organisasi bagi melancarkan agenda dakwah," katanya.

Abu Bakar juga berpandangan, program yang diadakan itu boleh dijadikan sebagai medan untuk menarik dan mengumpul golongan muda agar mencintai cara hidup Islam.

"Program ini boleh menjadi medan mengumpul mad'u (sasaran dakwah) yang baru. Riadah boleh dijadikan masa untuk bertemu dan saling berkenalan. Dengan berkenalan akan timbul kesefahaman dan kasih sayang yang merupakan asas dalam dakwah," katanya lagi.

Selain itu ujarnya, program riadah juga juga dapat membentuk akhlak muslim. Ini kerana jelasnya, ketika bersukan pastinya akan berlaku kekasaran.

Kadangkala juga seorang itu akan diuji sejauh mana dia jujur dengan kesalahan yang dilakukannya ketika bersukan. Oleh itu dari kekasaran akan terbentuknya sifat kemaafan dan kejujuran menanamkan sifat sering merasai pemerhatian oleh Allah (ma’iyatullah).

"Sehubungan itu, penghayatan terhadap kepentingan riadah pula adalah sebahagian daripada fikrah Islam yang syumul. Sebuah organisasi yang membawa fikrah yang syumul harus merialisasikan apa yang didokongnya," katanya.

Beliau turut berharap agar DPPN Pk dapat meneruskan usaha untuk menjadikan program riadah dan sukan sebagai salah satu wasilah kepada dakwah, tarbiyah dan juga siasah.

Ahad lalu, sebanyak 24 pasukan terdiri daripada kawasan-kawasan Parlimen di seluruh negeri mengambil bahagian dalam Pertandingan Futsal Piala Pesuruhjaya PAS Perak.

Pertandingan itu berlangsung meriah di Extreme Park Tambun, Ahad lalu dan dirasmikan oleh Abu Bakar sendiri.

Pengadil perlawanan yang dibawa khas daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyemarakkan lagi semangat para pemain. Setiap perlawanan menggunakan khidmat 2 orang pengadil untuk memberikan keadilan kepada semua pasukan.

Setiap pasukan juga menerima sijil penghargaan daripada pihak penganjur.

HarakahDaily.Net/-

Monday, December 28, 2009

UMNO PERLU DI TARBIYAH OLEH DAP

Baru-baru ni. Tuan Guru Nik Aziz menyatakan DAP sudah boleh terima penubuhan negara Islam oleh PAS. Nampaknya hanya Umno sahaja yang tidak mahu negara Islam. Kalau DAP boleh terima kenapa Umno tidak boleh sedangkan mereka mengaku orang Islam. adakah Umno perlu ditarbiyah oleh DAP baru mereka akan terima Islam.

petikan TG.Nik Aziz

PETALING JAYA, Dis 28 — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.

Nik Aziz berkata kesediaan pemimpin DAP membawa lambang PAS dalam Pakatan Rakyat ketika ini membuktikan mereka semakin memahami dan dapat menerima dasar perjuangan PAS.

“Saya rasa bangga dan terharu dengan perubahan yang ditunjukkan kepimpinan DAP kini, yang selama ini dengan jelas membantah dasar Islam yang akan dilaksanakan oleh PAS dalam usaha melaksanakan sebuah negara Islam sekiranya berkuasa kelak.

“Lo ni (sekarang) alhamdulillah semua tuduhan yang dilemparkan (DAP) terhadap hasrat PAS untuk melaksanakan dasar negara Islam itu sudah diterima oleh mereka,” kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilaporkan berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Kesedaran Wanita Kelantan dekat Temangan, Machang.

Beliau mengakui turut memakai lambang parti DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS untuk membuktikan kesetiaan dan hubungan baik yang dijalin antara mereka dalam Pakatan Rakyat ketika konvensyen sulung mereka di Shah Alam, Selangor 19 Dis lalu.

Kata beliau semua pemimpin memakai baju yang memaparkan lambang tiga parti termasuklah Pengerusi DAP Karpal Singh dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis itu tanpa dirancang.

“Apa salahnya menggunakan lambang roket? Dulu DAP menentang PAS pasal hukum hudud, namun sekarang mereka sudah faham mengenai hukum hudud,” katanya.

Nik Aziz berkata pemimpin DAP sepatutnya sudah lama menyedari yang penubuhan sebuah negara Islam yang dicadangkan PAS dikuatkuasakan terhadap orang Islam sahaja.

Katanya selain membantah cadangan itu DAP juga pernah menuduh kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinannya menzalimi orang bukan Islam tetapi gagal membuktikan dakwaan itu sehingga kini.

Ketika berucap pada konvensyen itu, Nik Aziz berkata “di dada Karpal ada bulan” merujuk kepada lambang PAS bulan.

Kedua-dua Nik Aziz dan Karpal buat pertama kali bertemu di satu pentas.

Karpal dalam ucapannya pula berkata beliau bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan Hadi.

Saturday, December 26, 2009

NAJIB AKAN JATUH



Dalam masa yang terdekat nie, ramai meramalkan Najib akan menghadapi tentangan daripada dalam.Iaitu dari kumpulan pro muhyiden dan Mahathir..

1. Kesan Doa Tuan Guru Nik Aziz
2. Pembongkaran Enjin Jet Hilang
3. Isu Badget Najib di boikot olrh ahli parlimen BN.
4. Campur tangan dari Rosmah yang menyebabkan pimpinan Umno naik meluat.
5. Kegagalan memulihkan ekonomi Malaysia


Namun apa-apapun kita tengok reaksi Najib agak diam dalam menjawab isu-isu yang boleh mengugat kedudukanya sebagai orang no 1 Umno..

Thursday, December 24, 2009

TAKUT MENGAKU BERJUANG ISLAM AKHIRNYA MATI DALAM KEKUFURAN

Dalam peristiwa hijrah terdapat dikalangan orang islam yang tidak mahu berhijrah kerana tidak berani berdepan dengan pembesar quraish dan menggunakan alasan menjaga periuk nasi.

Mereka ini inggin berhijrah tetapi takut kehilangan pekerjaan dan ugutan dari Abu Lahab. Akhirnya mengambil pendirian memberi sokongan dari belakang atau sokong dari jauh, nak jaga periuk nasi la katakan. Biasanya mereka akan berkata, siapa yang nak bagi makan anak bini kami, bukankah memberi nafkah kepada anak bini adalah tuntutan agama,

Pendirian dan prinsip ini akhirnya mengheret mereka ke lembah kehinaan dengan mati nya mereka ini dalam kekufuran. Mereka termasuk dalam golongan yang tidak berhijrah.
Golongan yang tidak hijrah kerana terhutang budi dengan Abu Lahab dan Abu Jahal, mereka terus menetap di Mekah demi menjaga hubungan baik dengan pemuka Quraish. Mereka ini adalah sebahagian dari umat Islam yang enggan berhijrah. Mereka menyembunyikan keIslaman mereka.

Namun bilamana berlaku peperangan Badar, lalu Abu Lahab mengajak semua golongan yang ada di Mekah bagi membantunya. Keadaan ini menyebabkan beberapa orang yang telah beriman itu, menjadi serba salah, samada keluar ke Badar, bermakna berperang melawan Islam dan Rasulullah sedangkan mereka telah menganut Islam; atau terus berada di Madinah, iman mereka selamat.

Tetapi apa pula penilaian Abu Lahab dan pemuka Quraish? Lantaran tersepit dengan keadaan inilah menyebabkan mereka akhirnya keluar dengan pedang dan panah, bersama Abu Lahab dan Abu Jahal menuju Ke Badar, berperang bersama kumpulan yang menentang Islam. Lalu mereka mati dalam peperangan tersebut.

Inilah yang dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 97:

“Sesungguhnya orang-orang yang dicabut nyawanya oleh malaikat (dalam peperangan Badar) dalam keadaan mereka sedang menzalimi diri mereka sendiri, lalu malaikat menempelak mereka dengan berkata: “Bagaimana kamu ini?” Lalu mereka menjawab: “Sesungguhnya kami adalah golongan yang lemah dan tertindas di muka bumi.” Lalu Malaikat menjawab: “Bukankah bumi Allah ini luas sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?” Maka mereka ditempatkan di neraka jahanam, itulah seburuk-buruk tempat kembali.”

Maka kita hendaklah bimbang tentang fenomena ini berlaku di zaman kita. Wujudnya golongan yang telah memahami perjuangan Islam, bahkan telah merasa kemanisan dalam memperjuangkan Islam, namun dalam situasi tertentu mengambil sikap menyembunyikan penglibatan dalam perjuangan Islam; dikhuatiri nanti bilamana golongan yang menentang Islam akan libatkan mereka dalam perjuangan untuk mengalahkan Islam, maka mereka akan turut serta dan akhirnya mati dalam usaha menentang Islam, nauzubillah.

Semoga Allah memelihara kita dari fitnah ini dan menjauhi kita dari golongan ini. Amin.

Satu Malaysia sudah hilang,,

Satu Malaysia sudah hilang,,

MEMANG PAKAR DALAM MENGHILANGKAN BENDA YANG TERANG.

BENDA YANG TERANG JADI KELAM, ENJIN JET BOLEH HILANG..

SENARAI BENDA YANG TELAH DIHILANGKAN, KALAU SESIAPA TERJUMPA SILA HUBUNGI BALAI POLIS DAN BALAI BOMBA SERTA JANGAN LUPA BALAI RAYA.

1. ALTANTUNYA

2. PENYIASAT PERSENDIRIAN, SUBRAMANIAM

3. DUA KATAK YANG TELAH HILANG SEKEJAP, PASTU JUMPA BALIK,

4. TEOH BENG HOCK HILANG 1 HARI- KEMUDIAN DIJUMPAI MATI

5. JET PUNYA ENJIN ENTAH SIAPA YANG HILANGKAN

6. 30% KUATA BUMIPUTERA KEPADA SYARIKAT ASING JUGA DAH HILANG

Saturday, December 19, 2009

DOA NIK AZIZ KEPADA NAJIB SUDAH NAMPAK TANDA-TANDANYA


Doa merupakan senjata bagi orang yang beriman. malah keberkesanan senjata doa ini bergantung kepada Allah taala.bagi hamba yang sering akrab jalinannya dengan al-Khalik tentu doanya itu dikira sebagai sesuatu perlu di waspadakan.kita mempunyai bukti kes yang banyak melibatkan doa NIk AZIZ yang menjadi perisai kpd serangan UmNo/Bn.

dulu kita hampir kehilangan ng. Kelantan dalam PRU 12, ketika gerakan menawan klantan di pimpin oleh Awang Adik.malah seluruh jentera BN dan pimpinan BN bertumpu di kelantan. malah duit dilunggukkan untuk memancing undi bak melungguk dengan lori di depan pintu rumah org kelantan. akhirnya solat hajat perdana yang menyaksikan tangisan doa tok guru di stadium kota baru menggagalkan segalanya....malah bukan sekadar kelantan menang bergaya bahkan kita dikurniakan lagi empat negeri yang dulunya bawah jajahan UMno.

sekaranng niii..doa tok guru jadi isu terhangat diada media, logiknya memang Umno gayat dengan Doa Nik Aziz. Tanda-tandanya sudah nampak, apabila Najib malu besar 1 Malaysia ketika undian meluluskan budget baru-baru ni. Bayangkan seorang PM yang kononnya semakin mendapat sokongan daripada rakyat tetapi budgetnya sendiri tidak mendapat sokongan yang membanggakan.

Manakan tidak budget yang hanya lulus dengan kelebihan 3 undi sahaja, itu pun nasib baiklah ada 3 kerat menteri yang ada berhampiran Kuala Lumpur,datang bergegas kalang kabut untuk mengundi budget 1 Malaysia.

Bagi Najib, waspadalah,kejadian yang memalukan ini merupakan isyarat Doa Tuan Guru Nik Aziz sudah nampak tanda-tandanya.

NAJIB MEMANG TAKUT DOA TUAN GURU NIK AZIZ



Najib wajar takut dengan Doa TG Nik Aziz. Sebab sampai sekarang rakyat Malaysia masih ingat munajat TG NIk Aziz di stadium Kota Baru bersama dengan ratusan ribu umat Islam sehingga tubik air mata Tuan Guru Nik Aziz.

Betapa ikhlas dan dekatnya Tuan Guru dengan ALLAH, sehingga dianugerahkan kemenangan besar kepada PAS dalam Pilihanraya ke 12 lalu.

Kita masih ingat macam mana dahsyatnya serangan Umno dalam operasi merampas Kelantan sehinggakan Tuan Guru berdoa, YA Allah selamatkan lah kerajaan Islam Kelantan, YA-Allah selamatkanlah kerajaan Islam Kelantan.


Pendek kata jangan buat main-main dengan Doa seorang ulama yang menginfaqkan seluruh jiwa dan raganya demi perjuangan Islam. Tiada seorang pun manusia didalam Malaysia ini yang boleh menandingi kesungguhan Tuan Guru Nik Aziz dalam melaksanakan Hukum Allah di bumi bekas kerajaan Islam Melaka pada suatu ketika dahulu.


Kepada PM satu Malaysia dan Satu Rosmah, jangan terlalu ghairah hendak memfitnah dan menyerang peribadi Tuan Guru Nik Aziz, sebaliknya berwaspadalah dengan kekuatan Doa orang yang dizalimi dan seorang ulama yang hampir dengan Allah

Monday, December 14, 2009

DOA SEBAGAI SENJATA ORANG MUKMIN, RACUN KEPADA ORANG MUNAFIQIN


Doa adalah senjata kepada orang mukmin. menurut ulama senjata yang paling merbahaya orang mukmin adalah doa mereka bukan tentera dan bukan juga bilangan perwira mereka.

Sengaja nak bercerita tentang bagaimana doa-doa yang melekat di bibir-bibir pejuang Islam. Bagaimana kalimat Doa yang dibaca oleh Nabi ketika menghadapi saat getir berhadapan dengan musuh dalam perang Badar. Lalu Allah menzahirkan kekuasaan yang maha berkuasa itu dengan menganugerahkan sebuah kemenangan yang cukup bermakna dan paling berharga dalam sejarah islam.

sekarang ada orang yang mengaku sebagai islam tetapi takut kepada Doa. Doa adalah permintaan manusia kepada Allah, maka segalanya akan terserah kepada Allah yang berhak menentukan segala-galanya.kita mohon kepada Allah supaya menjauhkan kita dari kejahatan manusia dan syaitan. Maka yang bernama Syaitan dan manusia yang jahat akan mendapat hukuman dari Allah. ini maknanya Allah mengabulkan permintaan dan permohonan kita yang sering diganggu oleh Syaitan yang direjam dan manusia yang kejam.

Sebab apa Allah memberikan bala kepada syaitan adalah kerana kejahatan yang dilakukannya dan Syaitan memenuhi syarat untuk mendapat bala dari ALLAH, kerana sifatnya yang melakukan kejahatan dan kezaliman.Ertinya memang wajarlah syaitan dan manusia yang zalim dan jahat untuk takut kepada doa yang memohon supaya Allah memberikan bala kepada syaitan dan koncu-koncunya.

Tetapi kenapa Perdana Menteri dan koncu-koncunya merasa takut dengan Doa Tuan Guru Nik Aziz sekiranya mereka tidak melakukan kejahatan dan kezaliman.


Kalau Tuan Guru Nik Aziz berdoa supaya Allah memberikan bala dan bencana kepada Perdana Menteri kerana tidak mahu memberikan wang royalti kepada rakyat Kelantan, maka yang perlu takut adalah mereka yang tidak membayar wang royalti kepada rakyat kelantan. satu Malaysia dah tahu memang Pak Najib tidak mahu bayar wang royalti kepada rakyat kelantan..

Thursday, December 10, 2009

UMNO BUSUK SAMPAI KE USUS, Mahadir Bau dekat badan Najib ka..

Sudah lama kenyataan yang panas dari Mahadev kita tak dengar,

dulu zaman PakLah, bila dia tak puas hati dengan Paklah pasai anak dan menantu Mr.cLEEN TAK cLEEN, Banyak projek dapat, tiba2 sahaj nama Scomi naik mendadak..

Mahadev punya hentam Paklah kiri dan kanan,, sampai naik lelah kawan tu..sekarang Pak Najib ,, menurut cerita org tua sudah Busuk sampai usus pula..

busuk punya Umno sampai tak boleh nak kawal..sekarang ada satu busuk kerja supaya berita pasai Mukhriz tak dikeluarkan dalam surat Khabar,,ada pihak yang sengaja tak mau Mukhriz membina pengaruh dia.

Nampaknya sekrang Mahadev akan mula menyerang Pak Najib pulak,, kita boleh lihat siapa yang nak jadi usus siapa yang bakal menjadi bahan dalam usus yang akan di tendang keluar oleh usus yang busuk menjadi najis..

UMno Busuk Tangkap orang masuk ISA
Umno busuk sebab Rampas kerajaan Perak
Umno busuk sebab hina Ulama
Umno Busuk pemimpin kaki rasuah
Umno busuk Kaki Fitnah
Umno busuk PM pun Busuk

Friday, December 4, 2009

UMAT ISLAM JAUH DARI KEMENANGAN


Islam dan kemenangan adalah suatu yang amat sinonim dahulu tetapi sekarang islam sering dikaitkan dengan kegagalan demi kegagalan. Sedangkan dahulu Nabi memimpin umat kearah kemenangan. Persoalanya kemanakah hilangnya semangat juang dan roh kemenangan itu.

Bila dibuka persoalan kepada semua gerakan islam dan umat islam berkenaan ilmu peperangan dan strategi kemenangan maka amat sedikit jawapan daripada mereka yang mengetahui mengenainya dan amat pelik sekali jawapan-jawapan yang diberikan oleh mereka.

Ada yang beranggapan bahawa peperangan adalah perkara keji dan terkutuk jadi mengapa perlu kita mengetahui ilmu tersebut. Ada juga yang mengatakan bahawa Negara kita sudah aman dan damai tidak perlu lagi belajar ilmu peperangan yang akan membawa kita balik ke zaman kuno.

Berdasarkan jawapan dan reaksi daripada umat islam berkenaan strategi kemenangan sama ada melalui peperanganatau pun malalui rundingan dan pilihanraya, kita sudah mampu menafsirkan bahawa umat islam dan kemenangan Allah amatlah jauh sekali.

Wednesday, November 25, 2009

MENURUNNYA KUALITI IBADAT


Menurunnya kualiti ibadat adalah musibah. Tertinggal solat jemaah di masjid dan surau, berlalunya malam tanpa tahajjud, jarang bersedekh, malas membaca al-quran adalah musibah. Apalagi bila kita sudah tahu ilmunya namun tidak mahu beramal, benar-benar kan menjadi suatu musibah yang mengheret diri dan peribadi ke lembah lalai dan jauh dari hidayah.

Allah SWT berfirman bermaksud: Hai orang2 yang beriman mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan? Amat besar kebencian disisi Allah bahawa kamu mengatakan apa2 yang tidak kamu kerjakan ( surah Ash Shaff ayat 2-3)

Justeru berhati-hatilah ketika kita diberi nikmat kelapangan atau kemuduhan, tapi semuanya tidak membuat kita semakin dekat dengan ALLAH. Boleh jadi nikmat itu adalah istidraj dimana Allah menghina kita dengan segala nikmatNya.


Boleh sahaja kita merasa prihatin tergadap saudara kita yang ditimpa musibah dan bala bencana alam. Padahal,diri kita yang paling layak dikasihani, seandainya kelapangan dan kemudahan itu yang kita tidak syukuri

Wednesday, November 18, 2009

Ulangtahun Syuhada' MEMALI kali 24 dari blog ustaz Nasaruddin


1. Biarpun 24 tahun telah berlalu , tragedi Memali yang menyaksikan kekejaman UMNO dan BN masih segar dalam ingatan ummat Islam khasnya keluarga syuhada' Memali .

2. Insyaallah , saya dan Ustaz Azman Syafawi [ Timbalan Ketua DPPP ] akan menziarahi maqam syuhada' Memali hari ini bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah .

3. Perginya asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan rakan - rakan adalah kehilangan besar buat perjuangan Islam di Malaysia amnya dan Kedah khasnya .

4. Malangnya ada pihak yang cuba untuk mempalit persepsi negatif kononnya perjuangan syuhada' Memali adalah pelampau agama dan lebih jahat apabila syuhada' dikaitkan sebagai ajaran sesat sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo tempohari .

5. Namun saya yakin , firman Allah swt di dalam surah ali Imran ayat : 169 :

dan janganlah engkau menyangka orang yang mati terbunuh di jalan Allah swt itu mati , akan tetapi mereka hidup dan di sisi Allah swt mereka senantiasa mendapat rezeki .

Biarpun 24 tahun telah berlalu , perjuangan mereka masih hidup di hati ummat Islam . Al Faatihah buat semua para syuhada' Memali .

Wednesday, November 11, 2009

APA YANG BERLAKU SEBENARNYA

semenjak PAS di tubuhkan sehinggalah hari ini pelbagai cabaran dan rintangan yang terpaksa dihadapi dalam usha PAS menuju cita-citanya iaitu menegakkan sebuah kerajaan islam yang sejati

Monday, November 9, 2009

ANWAR LEBIH VERSI PAKLAH DALAM PAKATAN RAKYAT

Mutakhir ini banyak pula pihak yang begitu berminat hendak memberikan pendapat dan pandangan terhadap PAS, ada yang ikhlas, ada yang menangguk di air keruh, ada yang sengaja nak mengeruhkan keadaan, ada yang perasan dan ada juga yang tak tahu apa-apa, hanya diambil dari mana-mana lalu disokong tanpa usul dan periksa.

Melabelkan seseorang dengan yang lain adalah suatu tindakan yang sengaja untuk menjatuhkan imej dan identity seseorang.
Benarkah Tuan guru Haji Hadi sudah tidak diterima kepimpinannya. Setelah saya melihat beberapa article dan penulisan terhadap presiden PAS ini, apa yang boleh saya kumpulkan adalah
1. Kerana factor UG
2. Kekalahan di Bagan Pinang
3. Kemelut PAS negeri Selangor dan pakatan rakyat
4. Penyokong kuat kepada UG
5. Berpakat dengan Umno
6. Lemah
Namun semua yang tersenarai apakah diteliti dan difikirkan secara lunak dengan fikiran yang waras untuk mensabitkan beliau telah gagal sebagai seorang pemimpin dan dikatakan telah hilang sokongan daripada rakyat jelata.

Factor UG adalah mainan politik Umno yang berlebihan, ya walaupun ada usha-usha untuk membawa PAS berbincang dengan Umno, namun itu hanyalah sekadar perancangan dan perbincangan sahaja, belum lagi menyertai Umno. Sedangkan Anwar Ibrahim sendiri pernah berjumpa denganPak Lah semasa pertemuan tokoh-tokoh islam di Selangor dahulu.

Apakah kita pening itu baru perbincangan mana ada PAS menyertai Umno, habis ,kenapa di kecohkan sangat isu ini.
Kemudian Tuan Guru Hadi Awang sendiri telah berulang-ulang kali menyatakan pendirian akan bersama dengan pakatan rakyat.

Kalau adapun niat dikalangan pimpinan PAS ingin menyertai Umno itu mungkin hanyalah cetusan idea, namun belum menyertai lagi,, tetapi bagaimana wakil rakyat PKR yang telah terang terang dan nyata melompat dan masuk Umo, takan ini pun kita katakana kelemahan Hadi Awang.
Rakyat mula merasa tidak yakin denganpakatan kerana melihat perjuanganPKR yang tidak ikhlas, mereka dengan mudah dibeli dan disogok.

Kalau sekiranya kita hendak menunding jari segala kekalutan dan huru hara di perak adalah disebabkan oleh Adun PKR yang melompat parti. Siapakah ketua PKR, Anwar Ibrahim lah yang sepatutnya bertanggungjawab kepada semua ini, sekiranya atas kontek kepimpinan yang memimpin.
Yang lebih lemah adalah Anwar Ibrahim bukan Tuan Guru Hadi Awang. Ketua pakatan rakyat juga adalah Anwar, kenapa hendak di talakan segala kelemahann kpd Presiden PAS.

kalau pun ada yang berkata bahawa mereka mengkritik kerana merasakan mereka adalah sebahagian daripada pakatan rakyat dan PAS adalah sebuah parti yang besar dalam pakatan rakyat, apa-apa yang berlaku kepada PAS akan secara langsung memberikan kesan kepada Pakatan rakyat

Lalu mereka mendesak supaya PAS segera membuat perubahan kepada parti dan pimpinannya. menjadi persoalan sekarang kenapakah hanya kepada PAS sahaja yang perlu berubah, bagaimana dengan rakannya yang lain, yang Adun mereka sekarang gila talak pakat nak menjadi bebas dan menyokong umno, bagaimanakah pula dengan masalah dalaman rkan partinya

Saturday, November 7, 2009

Tiada lagi keadilan yang ada hanya lah penipuan


Tiada lagi keadilan yang ada hanyalah penipuan ..
Dari mula kerajaan Pakatan rakyat Perak hendak di bentuk, belbagai ugutan dan kepayahan yang terpaksa di tempuh demi membentuk sebuah kerajaan rakyat yang adil. Kerajaan yang dibentuk pada mac tahun lalu adalah luahan daripada rakyat yang inginkan sebuah pemerintahan yang adil...namun sekarang tiada lagi kerajaan yang adil dan berjuang untuk rakyat yang ada hanya lah sebuah penipuan yang berterusan

Tiada lagi keadilan yang ada hanyalah kezaliman
segala hak rakyat dan hak adun pakatan rakyat telah dinafikan, rakyat dizalimi, hak mereka dinafi...

Monday, October 19, 2009

SETAKAT PINDA PERLEMBAGAAN UMNO TIDAK MEMBUKTIKAN BERSIH DARI RASUAH


Dalam minggu nie ramai yang dah boleh hafal dialog Najib memekit di perhimpunan agung umno. manakan tidak asyik ada sahaja peluang berita terkini sehingga berita perdana tak habis-habis ulang ucapan Najib..

Selepas ditayang ucapan Najib lalu dicarilah pula mangsa di tepi jalan untuk bertanya pendapat mereka terhadap ucapan Najib. dari orang yang berjalan kaki,pengusaha goreng pisang, jual berger, air tebu semua di interview oleh pemberita...

kebanyakan mereka mengatakan yang Umno telah berubah, lebih telus, dan bersih kerana keberanian Najib meminda perlembagaan.

Tapi kalau difikirkan secara logik, apa kah kaitan diantara meminda perlembagaan dengan UMNO yang bersih dan telus,.. sekadar meminda sesuatu perlembagaan tidak menjamin yang UMNO telah bersih dari rasuah dan telus dalam pemerintahan mereka. cuma yang kita nampak itu hanyalah wayang kulit yang dimainkan untuk memusingkan kepala rakyat yang Umno telah berubah....

Walaupun sistem kuata dihapuskan tidak bermakna rasuah dalam Umno juga telah dihapuskan... apa yang pasti semua perwakilan umno telah dipusingakan kepala mereka oleh Najib yang terkenal dengan ilmu menghilang orang.

Saturday, October 3, 2009

BAGAN PINANG BERTUKAR BAGAN PERANG

PILIHAN RAYA KECIL KAWASAN DUN BAGAN PINANG (N31) PADA 11 OKTOBER 2009
Kategori: Ucapan
‘Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Kamu akan melihat manusia memasuki Agama Allah dengan berbondong-bondong(tanpa mengira bangsa dan bahasa).’
Surah An-Nashr Ayat 1 dan 2

Mari kita sama-sama panjatkan seribu satu kesyukuran kepada Pencipta langit dan bumi kerana dengan izin dan restu-Nya dapatlah juga saya berkongsi sama menumpahkan sedikit rasa hati .


Pilihanraya amat berkaitan dengan agama, keadilan dan tanggungjawab setiap rakyat dalam sistem demokrasi. Ia menyentuh hak warganegara. Ia ada kaitan dengan dosa pahala dan mendapat keredhaan Allah atau sebaliknya. Pilihanraya adalah medan pemilihan pemimpin yang bakal kita angkat sebagai penggubal dan pemantau undang-undang samada di Parlimen atau Negeri. Selaku wakil rakyat, segala bentuk kebajikan, sakit dan mati, susah dan senang; juga segala aduan dan masalah kita sepatutnya diberi perhatian oleh wakil rakyat. Dalam konteks inilah amat pentingnya kita memilih wakil rakyat yang memahami masalah serta prihatin terhadap kebajikan kita selaku pengundi.


Pemilihan saudara Zulkefly Mohamad Omar, Pesuruhjaya PAS Negeri sebagai calon PAS dikira cukup cucuk untuk meneruskan khidmat amal ini. Selaku seorang muda yang telah diuji kecekapan dan ketabahannya untuk memimpin Pas Negeri, dalam usia 44 tahun beliau diyakini mampu mencabar calon yang ditampilkan oleh UMNO/BN. Tidak syak lagi beliau adalah seorang yang bertenaga untuk menyaingi Umno dikerusi N31. Tanpa perlu diulas, semua orang sudah tahu betapa terdesaknya UMNO sehingga masih mengambil calon yang telah terbukti mempunyai rekod yang cemar dari segi amalan politik wang. Ini disahkan sendiri melalui Lembaga Disiplin UMNO yang telah mengambil tindakan tatatertib ke atas pelbagai amalan salah laku yang melibatkan beliau. Sebenarnya saya amat terkilan dengan sikap “double standard” yang diamalkan oleh UMNO dalam hujah mempertahankan pemilihan calon ini. Mereka mendabik dada kononnya mereka mematuhi kehendak “grass root”. Anehnya sewaktu merampas Kerajaan Negeri Perak yang sah, mereka telah dengan terang-terangan menafikan kehendak dan perasaan akar umbi yang telah memilih kerajaan Pakatan Rakyat.


Buat 5,000 pengundi yang berada di kem-kem tentera saya mohon berpesan supaya jangan takut untuk menyatakan pendirian. Gunakanlah hak-hak demokrasi tuan-tuan dengan cermat. Inilah masa terbaik untuk menunjukkan sikap gagah perwira dengan penuh istiqamah dan keberanian. Pada saya, sikap Presiden UMNO yang tidak semena-mena membangkit-bangkitkan soal kenaikan gaji dan kemudahan perumahan bagi tentera di Port Dickson di hari pengisytiharan calon adalah sesuatu yang tidak sihat. Sudah tentu pengisytiharan ini akan disusuli dengan pelbagai janji berupa halwa, madu dan susu untuk tujuan-tujuan pancingan.


Kepada pengundi luar yang berada diperantauan, baliklah dan mengundilah dengan penuh amanah pada 11 Oktober 2009. Inilah satu-satunya senjata dan hak kita sebagai rakyat Malaysia dalam negara demokrasi. Tentukan undi Tuan/Puan akan memulihkan corak dan rupabentuk keadilan dan memperbaiki wajah demokrasi demi masa depan negara. Mari kita keluar untuk menyatakan keyakinan dan sokongan kita kepada saudara Zulkefly wakil PAS/PR yang tidak berbelah bagi. Dengan sepangkah undi, mari kita tolak kezaliman.


Ini bukan soal kalah menang dalam gelanggang politik semata-mata tetapi lebih mustahak dari itu, ia adalah perjuangan untuk mencari keredhaan Allah dan mendapat pahala di akhirat kelak. Bahkan ia sekaligus kesempatan untuk mengembalikan demokrasi kepangkuan rakyat. Sudah 7 kali pilihan raya kecil diadakan di Semenanjung dan kita telah memenangi ketujuh-tujuhnya. Mari kita ulangi kemenangan buat kali ke-8 pada 22 Syawal ini.Kita perlu panjangkan gema takbir Hari Raya yang berbunyi “Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar.Walillahilhamdu”


“UNDILAH PAS. SELAMATKAN NEGARA”


Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Mursyidul Am PAS.
Tanggal:12 Syawal 1430/1 Oktober 2009

Tuesday, September 15, 2009

RAMADHAN AKAN MENINGGALKAN KITA

Ramadhan akan melabuhkan tirainya.

maka beruntunglah mereka yang memperoleh rahmat, keampunan dan dibebaskan dari api nerakam Allah. Namun Celaka lah bagi mereka yang tidak mendapat keampunan dari Allah bahkan mendapat kemurkaan Allah..

Sambut lah Syawal dengan penuh rasa taqwa kepada Allah setelah selesai berada di dalam Universiti Ramadhan..

Sudah lama tak update blog, sebab terlalu banyak masalah yang perlu di selasaikan dahulu...

InsAllah .. usaha berdakwah menggunakan platform Blog akan diteruskan memandangkan ianya adalah media terkini yang membawa kita ke alam yang baru dengan kaedah penerangan bercorakkan teknologi terkini serta kepantasan menyampaikan maklumat.

Tuesday, August 11, 2009

USRAH CAWANGAN NADI JEMAAH.


Aku terjumpa dalam blog al-Husain, tengok gambar macam kenal.
rupa-rupanya Ustaz Salahudin Nasir dari YDP Gombak. Aku dah lama tak dengar dia ceramah, sebab dulu masa dia tengah top dulu aku memang cukup minat dengar ceramah dia,

Jadi disebabkan lama tak dengar ceramah Ustaz Salahudin Nasir ni, aku terus
ambil point yang berguna untuk difikirkan

1) Meneruskan budaya Infa' dari kalangan ahli,
2) Mempertingkatkan program di peringkat cawangan kerana disitu lah lubuk kita
3) Perlu dihidupkan semula usrah di setiap cawangan kerana usrah adalah nadi jemaah agar wehdatul fikr dapat dibentuk dan akan dapat melahirkan wehdatul 'amal jamaie.

Monday, August 10, 2009

Antara buta warna dan buta kira-kira dalam Mansuhkan ISA


Ramai pula pihak yang nak saman penganjur Mansuhkan ISA (GMI)
dari peniaga tepi jalan hinggalah gedung dan gudang jualan,
dari mamak jual nasi hinggalah pemandu teksi.

lepas tu ada yang memaki dan mencaci penunjuk perasaan tempoh hari.
Mula-mula kata kos kerugiaan RM200 juta, kemudian turun mendadak, patutlah selalu projek kerajaan kos dia ratusan juta, walaupun nilai sebenar tak sampai sejuta, sebab puak-puak Umno semua buta kira-kira.

Sebelum tu cuba kita pertimbangkan fakta berkaitan tunjuk perasaan Mansuhkan ISA.

1) kalau mengikut berita dari suratkhabar dan tv, jumlah yang hadir hanyalah 5000 orang sahaja - kalau 5 ribu orang tak mungkin kerugian mencapai jutaan ringgit.

2) kekerapan tunjuk perasaan Mansuhkan ISA, baru pertama kali yang diadakan secara besar-besaran. Peniaga gerai-gerai berniaga setiap seminggu sekali atau setiap hari, - takkan hanya sehari buat demo boleh menjejaskan perniagaan

3) Penunjuk perasaan hanya berjalan melintasi kawasan gerai-gerai- kawasan tersebut adalah tempat awam dan sesiapa pun boleh guna.

4) Keuntungan yang berlipat kali ganda kerana penunjuk perasaan juga membeli barang-barang di gerai2 tersebut - sepatutntya peniaga yang ingin menyaman jangan lah menjual kepada penunjuk perasaan tersebut.

5) Tunjuk perasaan adalah dibuat secara aman, dan tidak melakukan serang balas terhadap FRU yang memulakan keadaan huru hara, (bukti tunjuk perasaan secara aman adalah kanak-kanak juga turut hadir dan orang kurang upaya pun hadir)

6) kelihatan Trak FRU yang memenuhi jalan di Kuala Lumpur sebelum Demonstrasi bermula adalah bukti FRU berniat jahat dan sengaja ingin mengecohkan keadaan.

7) Tuduhan Demonstrasi menganggu lalu lintas adalah tidak benar, kerana sekatan road block yang dibuat oleh polis dan JPJ di setiap jalan utama Ke Kuala Lumpur adalah punya kesesakan lalu lintas.

8) Bagaimana pula dengan sekatan jalan yang dibuat oleh polis ketika ada Menteri-Menteri, Perdana Menteri, Tim Perdana Menteri yang akan menggunakan jalan untuk pergi ke sesuatu tempat yang di ekori oleh beberapa buah kereta lagi sebagai pengawal sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya.. - kenapa tak saman pula

Kalau pemimpin Umno memang buta kira-kira tapi kali ni selepas demonstrasi ISA mereka akan jadi buta warna pula..

Thursday, August 6, 2009

Pemimpin PAS, Prof Dr Zulkiflee Muhammad seorang Tokoh politik yang hebat





BERIKUT adalah sedutan ucapan Ahli Parlimen Bachok yang juga Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Prof Dr Zulkiflee Muhammad ketika bangun membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri di Dewan Rakyat pada 21 Jun 1960.
Tuan Yang Dipertua, di hadapan kita ini ada satu Rang Undang-undang yang bertujuan hendak memerangi subversif, dan di-dalam Undang-undang ini ada beberapa peraturan yang ditujukan kapada maksud itu.


Tuan Yang Dipertua, saya bangun di sini menyokong undang-undang ini. Tetapi saya hendak menceritakan beberapa perkara yang ada di-dalam Undang-undang ini yang pada fikiran saya akan boleh menimbulkan kepayahan dan kesusahan dan akan boleh digunakan bagi maksud yang lain daripada maksud yang asal Undang-undang ini.

Tadi, Timbalan Perdana Menteri (Tun Abdul Razak Hussain) sudah memberikan fikirannya dan di dalam ucapannya yang panjang itu dia telah memberi satu tegasan mengatakan bahawa Undang-undang ini tidak dimaksudkan untuk mencengkam kebebasan dan demokrasi di dalam negeri ini. Dan dia telah berjanji dan memberi jaminan tidak pula ada tujuan Kerajaan hendak menggunakan Undang-undang ini bagi maksud menahan perkembangan parti-parti politik yang bertentangan dengan Kerajaan.

Saya tidak tahu sama ada janji ini boleh dipegang atau tidak. Itu akan diterangkan oleh perbuatan-perbuatan yang akan ditunjukkan kepada Menteri itu; tetapi saya memberi amaran, Tuan Yang Dipertua. Di-dalam mempersetujukan ini saya memberi amaran bahawa kalau sah dan benar tujuan Kerajaan hendak mengawal, memelihara dan mengembangkan demokrasi di negeri ini maka amalkanlah Undang-undang ini menurut dasar pengubalannya.

Sebarang salah guna dari Undang-undang ini akan membawa satu reaksi yang buruk dan tidaklah menjadi mustahil kalau sesudah berjanji hendak dijalankannya dengan baik, tidak mustahil Kerajaan itu hendak menjalankan dengan tidak baik. Orang-orang atau setengah atau sebahagian daripada manusia daripada negeri ini akan menjadi komunis jika disalah pakai Undang-undang ini.

Kita tahu kesalahan-kesalahan dan penyakit-penyakit yang ada di dalam Undang-undang sebagaimana saya sebutkan, tetapi bagi kepentingan keselamatan negeri dan atas asas bahawa Undang-undang ini menuju kapada mencegah perkembangan subversif (komunis) dan terrorism (keganasan) maka kita sokong.

Tuan Yang Dipertua, apabila kami menyokong Undang-undang ini, kami tuntut kepada Kerajaan supaya meluaskan fahaman di dalam makna subversif tidak sahaja subversif dari komunis, tetapi sebarang anasir yang tidak diingini yang ingin menjatuhkan tatahidup demokrasi di dalam negeri ini hendaklah ditegah sama ada dia melakukan subversifnya itu dengan cara langsung atau tidak langsung.

Saya maksudkan puak-puak Amerika, puak-puak Inggeris, puak-puak apa sahaja yang cuba hendak menggunakan helah dan dayanya bagi menjahanamkan tatahidup di negeri ini di dalam subversif.

Sebabnya Tuan Yang Dipertua, "Prejudicial to the interest of this country" yang menjadi teras bagi perkara yang besar di dalam Undang-undang ini tidaklah semata-mata dihadkan kepada sesuatu puak sahaja. Saya bersetuju bahawa bahaya-bahaya komunis amatlah besar. Dan ada masanya iaitu akan bertambah besar. Cara-cara mengembangkan komunis di dalam negeri ini bukanlah payah. Sedikit kesilapan akan membalikkan sejarah negeri ini kepada apa yang telah berlaku.

Bagi pihak saya, sehinggakan pengisytiharan Perdana Menteri menyokong kemasukan China ke dalam United Nation (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) itu pun saya rasa, ada mempunyai bibit yang menyeronokkan orang-orang komunis di dalam negeri ini, dengan memberikan kekuatan kapadanya bahawa sekarang negara besarnya telah diakui dan komunisnya sa-kurang-kurangnya dihormati.

Sekurang-kurangnya Perdana Menteri kita telah memberi sadikit angin kepada goyangnya pokok komunis di Tanah Melayu ini dengan pengisytiharan yang saya tidak hendak bahaskan kerana itu soal luar negeri tetapi tidak di-nafikan adanya sokongan moral komunis.

Tuan Yang Dipertua, di-dalam Undang-undang ini, ada beberapa perkara yang tidak terang dan ini akan saya cuba menyebutkannya, supaya dengan menyebutkan perkara-perkara itu dapatlah Kerajaan itu betul-betul mengamalkan Undang-undang ini dengan jiwa dan roh Undang-undang. Ini tidak dengan jiwa dan roh yang lain dari dasar menggunakan Undang-undang ini.

Lagi sekali saya katakan, sebarang silap amal, salah gunakan Undang-undang ini bukan akan mengurangkan terrorist yang 400 orang itu bahkan akan menambah bilangannya. Sebarang penekanan yang tidak dibolehkan oleh Undang-undang ini akan mengakibatkan kesan balas yang tidak diingini.

Pergi kepada satu-satunya Undang-undang ini dan saya percaya Kerajaan ketika sekiranya orang menyokong satu Undang-undang Kerajaan itu maka berilah pertimbangan yang berat kepada fikiran yang dikemukakannya itu sebab dia tidak membangkang, cuma menyokong, kerana ada perkara-perkara yang dirisau, kok salah masuk maka akan sengetlah perjalanan jentera Undang-undang ini.

Tuan Yang Dipertua, di dalam mempersetujui Rang Undang-undang ini, Persatuan Islam Tanah Melayu memegang apa yang dicakapkan oleh Kerajaan bahawa dia tidak bertujuan hendak mencegah perkembangan politik yang sihat di dalam negeri ini. Sebab apa, Tuan Yang di-Pertua? Kerana kita memikirkan kepentingan keselamatan negara. Apa yang disyarahkan oleh orang-orang Persatuan Islam Tanah Melayu mudah sangat membawa kapada apa yang di-sebutkan di sini.

Dalam hal menentang terrorist (pengganas) ini, Tuan Yang Dipertua, kita tentulah tidak berapa risau sebab kategori atau jenis manusia yang disebutkan sebagai 'terrorist' adalah kurang orang yang mungkin dituduh. Maka apa yang ada dalam undang-undang ini yang menerangkan bahawa boleh kita maafkan, kalau pun ia itu terkeluar sedikit sesudah batas kebebasan hidup biasa. Sebab kita adalah berhadapan dengan 'terrorist'.

Walau bagaimana pun kalau ada kemungkinan kezaliman yang dapat dilakukan kepada orang yang kita rasa bukan dirinya penjahat maka patut dihindarkan dalam undang-undang atau yang menjalankan undang-undang ini.

Setelah saya menyebutkan dalam perkara ini tadi maka saya ingin mengemukakan kapada Tuan Yang Dipertua bahawa kami menyokong Rang Undang-undang ini demi kepentingan keselamatan negara, dan saya ulangkan peringatan yang diberi tadi bahawa sebarang salah guna di atas undang-undang ini akan mengakibatkan satu perkara yang sebaliknya.

www.telokbakong.com

Monday, August 3, 2009

HIMPUNAN RAKYAT, LAMBANG KEZALIMAN PEMERINTAH AKAN BERAKHIR


kuasa rakyat kuasa keramat

Menentang kezaliman adalah kewajipan bagi setiap mukmin

Thursday, July 30, 2009

PAS SUDI MENDENGAR,.. DR ASRI ? SUDIKAH MENDENGAR



Baru- baru ini dan sejak kebelakangan ini, Dr.Asri semakin galak nak memberikan komen terhadap PAS. Antaranya kat sini

Lalu kemudian, dijawab oleh ust.Nasharudin Tantawi, dengan tajuk yang agak lunak iaitu PAS sudi mendengar.

Dalam komen tersebut Dr.Asri mempertikai mengenai ahli PAS yang suka maki hamun dengan sesiapa yang tidak sependapat dengan mereka walaupun yang berbeza pendapat itu adalah dari kalangan pimpinan mereka sendiri.

Bagi ahli PAS dan pejuang Islam sekiranya benar apa yang digambar maka wajarlah di ubah dan di muhasabah apa yang tidak baik itu.

Jadi Alhamdulillah, PAS sentiasa sudi mendengar, dan Pimpinan PAS juga sudi mendengar kritikan dari pada ahlinya. Cuma apakah Dr.Asri pula sudi mendengar teguran dan boleh menerima pandangan yang tidak sealiran dengan minda tajdidnya.

Kalau Dr.Asri berpegang kepada pendirian yang tidak menyebelahi mana-mana parti politik, itu adalah pendiriannya. Tetapi kenapa kerap kali tulisannya mengkritik orang yang berpendirian kepartian. Kalau demikian bermakna Dr.Asri juga tidak boleh menerima orang yang berbeda pandangan dengannya.

Kemudian kita khuatir kritikan yang hanya kepada perkara yang furu' dan melupakan perkara yang pokok akan menyebabkan seolah-olah membiarkan kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan oleh Umno adalah tidak salah. Umpama menembak musuh tetapi sasaran tidak tepat akhirnya peluru habis dan orang lain menjadi mangsa dan musuh yang hendak dibunuh terlepas, yang ditindas terus dizalimi seolah-olah tiada pembelaan.

Selagi mana matlamat PAS adalah menegakkan syariat Islam, maka sebagai umat Islam haruslah memberikan sokongan kepada PAS demi memastikan cita-cita menegakkan syariat Allah berjaya dilaksanakan. Walaupun PAS ada kelemahan dan kekurangan namun kelemahan itu tetap berada dalam usaha untuk menegakkan Islam.

Jangan hanya kerana masalah yang sedikit menyebabkan kita mencari alasan untuk menolak perjuangan besar yang di bawa oleh PAS dan janganlah juga kerana kelemahan tadi menjadikan alasan kepada orang Islam untuk terus menyokong dan redho dengan kezaliman yang dilakukan oleh Umno...

Monday, July 27, 2009

'Pergi jahanamlah UMNO' - Nik Aziz

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my
KOTA BHARU 27 Julai - ''Salam ini bukan di antara UMNO dengan Pas, tetapi antara kerajaan Kelantan dan Pusat, tak timbul masalah UMNO ini, pergi jahanamlah UMNO.''

Demikian reaksi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta menjelaskan lebih mendalam mengenai 'salam' yang dihulurkan beliau kelmarin.

Malah, Mursyidul Am Pas itu tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Beliau berkata, kesediaan untuk bekerjasama disebabkan negara ini mengamalkan sistem persekutuan dan di antara kerajaan negeri atau Pusat mempunyai kewajipan masing-masing.

"Sistem yang diamalkan kita ialah federalisme, bukan kerana apa, Pusat ada kewajipan kepada negeri dan negeri ada kewajipan kepada Pusat.

"Kerana apa nak sekat (peruntukan dan kerjasama), ada menteri sekat pegawainya beri kerjasama dengan kementeriannya, ini bukan menteri," katanya kepada pemberita selepas melawat Taman Ternakan sempena Hari Peladang peringkat di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pandangan pelbagai pihak terhadap kenyataannya sebelum ini yang mahukan sebarang sengketa di antara kerajaan negeri dan Pusat diselesaikan demi kepentingan rakyat.

Kenyataan itu juga disambut baik oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengalu-alukan kesediaan Nik Abdul Aziz untuk menjalin hubungan baik dengan Kerajaan Pusat.

Nada Nik Aziz amat berbeza dengan kenyataannya pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang menyamakan UMNO sebagai tunjang utama kepada Barisan Nasional (BN) dengan ajaran sesat Ayah Pin dan pengganas komunis, Chin Peng.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz turut mempertikaikan tindakan Kerajaan Pusat yang tidak menyalurkan terus peruntukan kepada kerajaan negeri untuk membangunkan negeri ini kerana ia jelas melanggar Perlembagaan.

"Memang tidak ada dalam Perlembagaan, negeri pembangkang dihalang oleh Pusat, apa kata kalau parti lain kuasai Pusat.

"Kami juga buat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan halang peruntukan, tujuan apa tak bagi duit terus kepada kerajaan," jelasnya.

Katanya lagi, walau apa sekali pun, Kerajaan Pusat perlu membantu kerajaan negeri kerana ia termaktub dalam Perlembagaan di bawah sistem federalisme.

"Negeri ini bukan hak UMNO, kalau tak bantu, dia kena bantu negeri ini bukan dengan sukarela, tetapi dengan Perlembagaan.

"Kalau tak buat kita gulinglah. Pandailah kita guling, misal yang selalu saya kata, nak pergi ke Kuala Krai, tapi pemandu bawa bas ke Terengganu. Adakah boleh dengan riuh rendah sahaja. Kita kena tolak pemandu ambil stereng dan pandailah kita buat," katanya.

Monday, July 20, 2009

KEMATIAN BENG HOCK WAJIB DI BELA MENGIKUT ISLAM





Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Paduka Husam Musa menegaskan bahawa Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan dengan segera kerana institusi lain seperti polis dan SPRM sudah lagi tidak boleh dipercayai.

Beliau yang tidak bersetuju dengan pihak polis sendiri yang menyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu berhubung dengan kematian pembantu exco kerajaan negeri selangor, Teo Beng Hock baru-baru ini ketika dalam tahanan siasatan SPRM.

"Kita tidak bersetuju polis menyiasat SPRM keranan sendiri buat salah dan sendiri siasat, sampai bila kita tidak akan jumpa jalan penyelesaiannya, polis dan SPRM adalah sama sahaja," tegas beliau.

Tambah beliau, pihak polis dan SPRM adalah sama sahaja bahkan polis kadang kala lebih buruk dari SPRM dan SPRM lebih buruk dari polis.

Beliau memberi contoh kes Kugan yang mati dalam tahanan polis sehingga sekarang tiada sebarang pembelaan.

"Apa jaminan polis siasat SPRM, mereka akan dakwa pembunuh Teo Beng Hock, tidak ada jaminan sama sekali.

"Kita tidak boleh mempercayai sesiapa sahaja, tidak kira polis, ketua hakim, SPRM hatta Perdana Menteri itu sendiri. Kami tidak menaruh kepercayaan kepada pihak-pihak ini.

"Kerana itu, kita minta satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan segera supaya kita boleh menyiasat keseluruhan episod ini," katanya.

Sementara itu, beliau menyifatkan anak muda ini sebagai hero Pakatan Rakyat kerana menyekat niat jahat BN mahu merampas Selangor dan usaha yang dilakukan oleh teo patut dihargai.

"Kita mesti memperjuangkan keadilan kepada hero kita ini dan keadilan yang kita tuntut ialah dalam masa sekarang ini," katanya sambil menyifatkan kematian Teo Beng Hock dan keluarganya adalah hero Pakatan Rakyat.

Katanya, dengan berlaku kematian Teo, usaha Barisan Nasional (BN) untuk menjatuh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor seperti yang pernah dilakukan untuk menjatuhkan kerajaan Perak menemui jalan kegagalan.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Himpuanan Soldariti 'Keadilan Untuk Teo Beng Hock' yang diadakan di Stadium Kelana Jaya dekat sini semalam yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor.

Hadir sama dalam Himpunan Solidariti itu ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan semua Adun dan ahli exco kerajaan negeri Selangor.

Lebih 3,000 orang hadir memeriahkan solidariti ini dan diakhir perhimpuanan ini, ada pengunjung betindak membakar akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Tindakan ini berhubungan dengan kenyataan dalam akhbar tersebut mengenai kematian Teoh adalah berkenaan dengan isu perkauman.

Berkaitan dengan isu ini, Husam berkata, menurut Pengerusi SPRM, Ahmad Said Hamdan patut sedar bahawa isu kematian pembantu exco adalah bukan isu perkauman.

"Dia harus tahu bahawa Beng Hock adalah sama nilai nyawanya dengan nyawa orang melayu. Pedulikan melayu, cina dan india.

"Kita adalah anak bangsa Malaysia. Apabila salah seorang dibunuh kita wajib menuntut bela di sisi agama Islam," katanya sambil diiringi dengan tepukan yang gemuruh dari hadirin. -harakahdaily

Sunday, July 19, 2009

SPRM BUNUH TEO BENG HOCK ?..



Kalau betul apa yang dikata, SPRM perlu tukar nama,.Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia.,ini TEORI raja chopra

Kematian Teo dibunuh SPRM ; Teori Raja Petra

Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut.

Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP. Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan.

Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan. Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan. Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis.

Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit.

Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa. Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu. Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia.

Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau. Malaysia Today menulis semua ini.

Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today. SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama.

Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri.

Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku! Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap. Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan.

SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahu menyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang. Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM.

Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu.

Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan.

Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah. Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau.

SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ke tingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang.

Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap. Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa.

Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh. Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua. -

Wednesday, July 15, 2009

MANIK URAI, MANIK YANG TERURAI PERLU MUNASABAH



Keputusan PRK Manik Urai, apa yang penting bagi aku ialah masa untuk munasabah.
Walaupun ada yang kata PAS tetap menang, Umno guna wang, Umno beli undi,SPR main tipu, pengundi luar tak balik mengundi. Tapi yang pasti undi PAS sudah merosot.

Dari seribu lebih majorit kepada 65 undi adalah satu jumlah yang banyak.
Jangan jadi macam Umno yang begitu gah tidak mahu mengaku salah serta sombong dengan kekuatan mereka, akhirnya sekarang Umno telah mula belajar..

Jangan salahkan orang lain, tetapi carilah kelemahan kita dahulu,
Kalau pengundi Muda tidak menyokong PAS jangan memberi alasan yang orang muda tidak tetap pendirian tetapi salahkan jentera pemuda PAS yang tidak berjaya menarik pengundi muda.

Jangan nak sibuk perpaduan dengan musuh sehingga ahli dan penyokong semakin tak keruan dan tak ketahuan,.

Jangan nak seronok berwacana dengan musuh yang telah kita hina, sedangkan ahli dan penyokong kita entah kemana,

Bertindaklah sebelum terlambat..

Sunday, July 12, 2009

Isu Royalti Petroleum dan Gas Asli Kelantan




Isu Royalti Petroleum dan Gas Asli Kelantan
9 07 2009 dari blog kickfella

DSC_0338

Foto Ehsan LanJan
Oleh Syed Azidi AlBukhary
Pada 16 Mac 2009, sebuah seminar berhubung KDNK mengikut Negeri telah diadakan di Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
Menerusi bahan-bahan yang dibentangkan satu penemuan menarik telah mengesahkan segala yang sebelum ini sering cuba disembunyikan oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Di dalam seminar tersebut, Economic Planning Unit (EPU), Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Statistik Negara memaklumkan angka baru sektor perlombongan di Negeri Kelantan. Ianya sangat signifikan iaitu RM2,615 juta bagi tahun 2006 dan RM2,721 juta bagi tahun 2005. Bagi memudahkan kita, elok sahaja angka itu dibaca sebagai RM2.6 Billion dan RM2.7 Billion. Pada kebiasaannya sumbangan sektor perlombongan kepada KDNK Negeri Kelantan hanyalah 1.5% sahaja iaitu didalam lingkungan RM70 ke RM100 juta sahaja.
Wakil Jabatan Statistik Negara memaklumkan bahawa kesahihan data tersebut adalah berpunca daripada PETRONAS. Didalam erti kata lain, apa yang difahami dari seminar sehari tersebut ialah Petroleum dan Gas Asli telah mula menyumbangkan kepada KDNK Negeri Kelantan dari tahun 2005 lagi.
Pada 9 Mei 1975, Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut yang kebelakangan ini cuba pula dinafikan oleh beberapa pemimpin BN termasuk tokoh BN Kelantan bertajuk, “Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum”.
Section 4 di dalam perjanjian tersebut di baca seperti berikut,

“Section 4. Cash payment by the Corporation.

In return for the ownership and the rights, powers, liberties and privileges vested in it by virtue of this Act, the Corporation shall make to the Government of the Federation and the Government of any relevant State such cash payment as may be agreed between the parties concerned.”

Oleh yang demikian, sekiranya royalti Petroleum dan Gas Asli dibayar kepada Kelantan berdasarkan data EPU Jabatan Perdana Menteri mengikut akta dan perjanjian yang ditandatangi maka Kelantan berhak mendapat royalti 5% daripada hasil pengeluaran.
Oleh yang demikian, royalti yang harus dibayar secara tunai oleh kepada negeri Kelantan pada tahun 2005 ialah sejumlah RM131 juta. Bagi tahun 2006 pula ialah RM136 juta. Data Rasmi bagi tahun-tahun seterusnya belum dikeluarkan. Bagaimanapun, berdasarkan maklumat daripada kenyataan Media PETRONAS, SHELL, CS MUTIARA dan AREMADA HESS menyakinkan bahawa aktiviti carigali dan penggerudian Gas Asli di beberapa blok berhampiran Perairan Kelantan sedang bertambah aktif, bererti jumlah hasil semakin meningkat setiap tahun.
Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia

statistik petroleum JPM
Pada 2004, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kelantan diletakkan bersama Sabah dan Terengganu sebagai penyumbang sebanyak 62.5% hasil galian Petroleum di Malaysia.
Ketiga-tiga negeri ini menghasilkan keluaran kasar sebanyak RM46,810,935 ribu (atau RM46 Billion). Sila rujuk buku mukasurat 187, Jadual 5.3 buku jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2004.
Kekeliruan Dalam Isu Petroleum dan GAS Kelantan
Kekeliruan tidak dinafikan tetapi bukan dari soal wujudnya aktiviti perlombongan Petroleum dan Gas tetapi dalam soal hak Negeri Kelantan. Tahun lalu, Menteri Senator Amirsham memberitahu Dewan Rakyat bahawa tiada sumber Petroleum dan Gas di Kelantan.

Kenyataan Mustapha

Kenyataan Media Mustapha Mohamed
Pada 28 Jun 2009, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapha Mohamed menafikan bahawa hasil bumi itu adalah hak Kelantan kerana katanya ia adalah di kawasan pertindihan antara Malaysia dan Thailand serta Malaysia dan Vietnam.

Mustapha Tidur Ketika Abdullah Badawi Merasmikan ECER 2007
Bagaimanapun, Ketua Pembangkang BN, Alwi Che Mat dan Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek lebih positif dan lebih mementingkan hak Kelantan dari bermain politik lantaran bersedia untuk bersama-sama rakyat Kelantan mendapatkan hak tersebut.
Peguam dan ahli politik, Zaid Ibrahim turut sama menyertai usaha mulia ini. Adalah diharapkan, YBM Tengku Razaleigh Hamzah juga akan turut serta.
Memahami Kekeliruan
Perairan Negeri ditakrifkan hanya 3 batu nautikal. Bagaimanapun apabila Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, kedua-dua negeri tersebut dijanjikan hak bahawa segala hasil petroleum mereka akan terus menjadi milik mereka walaupun telaga minyak mereka jauh ke tengah laut dan ditakrifkan sebagai jatuh kedalam Perairan Malaysia.

Petroleum Act 1

Akta 144
Bagaimanapun dalam usaha untuk mempertahankan kedaulatan hak Malaysia dari terus digerudi dan di sifon oleh syarikat-syarikat petroleum asing dengan pulangan yang sedikit kepada Malaysia, PETRONAS ditubuhkan.
Beberapa buah negeri setelah berdepan dengan pelbagai tekanan akhirnya tunduk dan menandatangi perjanjian dengan PETRONAS dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak mereka dengan PETRONAS dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara tunai dari hasil Petroleum dan Gas Asli terus kepada Negeri-Negeri tersebut.

Petroluem Act section 4

Seksyen 4 Akta 144
Persoalan 3 batu nautikal tidak lagi menjadi isu. Negeri-negeri menyerahkan hak mereka terutama seperti Sabah dan Sarawak. Bagi Kelantan dan terengganu pula, sebelum tubuhnya Persekutuan Tanah Melayu, kedua-dua negeri ini adalah Negeri-Negeri Tidak Bersekutu. Penyertaan ke dalam Persekutuan menyebabkan banyak hak Raja-Raja mereka terlucut. Oleh yang demikian, di dalam banyak hal antara Negeri dan Persekutuan, semangat yang memeterai perjanjian Persekutuan sering diutamakan.

Petroleum Act Agreement

Contoh Draf Perjanjian Yang Ditandatangi Oleh Negeri-Negeri
Atas semangat tersebut, Negeri Terengganu mendapat imbuhan royalti minyak walaupun pelantar minyaknya jauh lebih 161 Kilometer ke tengah Laut China Selatan.
Hak Kelantan

Telaga Minyak Semenjanjung

PM301 dan PM302 dalam Perairan Kelantan, Bersebelahan Dengan JDA (Lihat Juga Blok Minyak Terengganu Yang Lebih Jauh)
Perairan Kelantan tidak dinafikan kaya dengan Gas Asli. Blok PM301 iaitu bermula dari Tumpat hingga ke tengah laut dan blok PM302 yang bersempadan dengan blok PM301 adalah dua blok yang telah diterokai melalui usahasama Petronas Carigali dan Shell. Bukti hasilnya akan di dedahkan di ruangan selepas ini.
Kawasan pertindihan atau di Kenali sebagai Joint Development Area (JDA) Malaysia – Thailand pula adalah kawasan teraktif di Teluk Siam. Aktiviti mengeluarkan gas asli di sini telah mula membuahkan hasil bermula 2 Januari 2005.
Ini adalah salah satu kawasan yang disebut oleh Mustapha Mohamed, seorang rakyat Kelantan sebagai bukan hak Kelantan.
Mustapha Mohamed seorang dayus. Mustapha Mohamed juga buta geografi. Kawasan JDA di mana operasi projek Cakrawala telah bermula sejak 2005 terletak hanya 150 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Ianya terletak 180 dari Pekan Pattani (atau 160 km dari perairannya), 260 km dari Bandar Songkhla dan 310 km dari Pekan Kerteh.
Fakta JDA

JDA Location MAP

Kota Bharu Hanya 150 Km dari JDA
Sehingga hari ini, Mustapha tidak pernah memperjuangkan hak mendaratkan gas asli itu ke Bachok seperti yang dikehendaki oleh Kerajaan Kelantan walaupun ternyata ianya adalah kawasan paling ekonomikal dan strategik.

Pipeline

Paip Menyalurkan Minyak Menerusi Jalan Bahaya dan Jarak yang Amat Jauh

* Gas Asli dari kawasan JDA di daratkan ke Songhla 110 km lebih jauh dari Kota Bharu, bandar terdekat.
* Gas Asli itu mahu disalurkan menggunakan paip ke Gurun Kedah dari Songhkla menerusi laluan konflik di wilayah bergolak di Selatan Thai.
* Perjanjian penerokaan dengan Thailand adalah berdasarkan 50:50.
* Hak Malaysia di hantar dulu ke Songhkla mengapa tidak terus ke Malaysia?

Apa yang dinamakan JDA ialah

* Kawasan seluas 7,250 km persegi dengan bandar terdekat ialah Kota Bharu Kelantan.
* Tenaga kerja di kawasan JDA berkumpul di Kota Bharu dan dihantar dengan helikopter ke JDA kerana ia paling ekonomikal.
* Berdasarkan data penghujung 2007, dianggarkan kawasan JDA menpunyai reserve gas asli sebanyak 8.5 trillion standard cubic feet.
* Lebih 20 zon gas asli telah ditemui.
* Produksi gas asli telah bermula pada 2 Januari 2005 di zon Cakrawala.

Pada 3 Mei 2005, Kastam Thailand telah mengeluarkan kenyataan berikut,
“The Joint Development Area is 260 kilometers far from Songkhla Province, where gas, oil, and condensate are located. The gas production in the JDA has been commenced since 2 January 2005 and the approximate profit to Thailand at the first stage will be of 45,000 million baht.”

Untuk maklumat lanjut tentang hasil yang diperoleh oleh Thailand, pembaca boleh hubungi Public Relations Sub- Division Tel.02-671-7077 ,02-249-9017.

Offshore Magazine

Petikan Berita Dalam Majalah Offshore

Jika Thailand memperolehi bahagiannya sebanyak 45 billion Baht dari satu zon di JDA, bererti Malaysia juga memperolehi jumlah yang sama atau lebih kurang RM4.5 Billion.

Hess Statement 1

Kenyataan Media Hess
Blok eksplorasi di JDA adalah seperti berikut,

* A18 – Kontraktor ialah PETRONAS Carigali JDA Ltd (50%) dan Hess Oil Company of Thailand (JDA) Ltd (49.5%), Hess Oil Company of Thailand Inc. (0.5%). Operator ialah Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd.
* B17 (termasuk B17-1) dan C19 – Kontraktor ialah PTTEP International Limited (50%) dan PETRONAS Carigali JDA Ltd (50%). Operator Carigali PTTEP Operating Company Sdn Bhd.

Petronas Statement JDA 1

Kenyataan Media PETRONAS
Pengeluaran bagi kawasan JDA adalah seperti berikut,

* Blok A18 ( 9 zon) – Cakrawala, Bulan, Suriya, Bumi, Bumi East, Senja, Samudra, Wira dan Samudra North.
* Blok B17 (9 zon) – Muda, Tapi, Jengka, Amarit, Mali, Jengka South, Jengka West, Jengka East dan Muda South.
* B17-01 (3 zon) – Tanjung, Jinda dan Andalas.

Komplex utama terletak di Blok A18 bernama Cakrawala Production Complex. Siap pada 2002 dan mengeluarkan hasil menerusi 19 telaganya mulai 2 Januari 2005.
Blok B-17 dijangkakan akan mengeluarkan hasil pada Oktober 2009.
Mengapa Kelantan Tidak Mendapat Imbuhan?

DSC_0371

Anak tempatan Hanya Berputih Mata Kalau Kita Tidak Sanggup berputih Tulang – Foto Ehsan LanJan
Malaysia menerusi PETRONAS memperolehi 50% dari hasil penemuan di JDA yang begitu dekat dengan Kota Bharu sehinggakan pemancing tempatan pun boleh pergi ke pelantar tersebut.

Terengganu

Telaga Minyak Terengganu 166 KM Pun Dihantar Balik Ke Terengganu
JDA lebih dekat dengan Kota Bharu berbanding telaga minyak di Terengganu dan jaraknya dengan Kerteh.
Hujah mengatakan Kelantan tidak berhak kerana ia terletak di kawasan bertindih adalah begitu mentah sekali kerana,

* Kawasan itu dituntut sebagai hak Malaysia kerana Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia,
* Malaysia memperolehi 50% dari hasil di situ kerana Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia.

Oleh yang demikian, ia menunjukkan pentingnya Kelantan didalam penyelesaian dan hak Malaysia ke atas JDA.
Jika Kelantan adalah sebahagian dari Thailand atau sebuah wilayah bebas, tentu sekali Malaysia tidak ada hak langsung ke atas hasil bumi dan lautan di situ.
Sempadan perairan Malaysia disitu dipengaruhi oleh kewujudan Kelantan sebagai sebuah wilayah di dalam Malaysia.
Kelantan bukan sebuah negeri yang dijajah atau dirampas oleh Malaysia atau Persekutuan Tanah Melayu. Sejarah membuktikan bahawa Kelantan pernah berada dibawah pengaruh Siam, Jepun dan Inggeris. Sewaktu dibawah pengaruh Inggeris, Kelantan diiktiraf mempunyai sebuah Kerajaan Berdaulat diketuai oleh baginda Sultannya. Inggeris mengklasifikasikan Kelantan sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu.
Penyertaan Kelantan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah atas semangat Persekutuan bukan dengan rasa dijajah. Sultan Kelantan terus dijamin hak kekuasaannya dibawah semangat Persekutuan dan juga berdasarkan haknya sewaktu menjadi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Kelantan menyertai Persekutuan Tanah Melayu atas dasar penyatuan. Bersatu turut bererti berkongsi. Kedayusan yang ada pada Mustapha Mohamed harus tidak mempengaruhi rakyat Kelantan dalam mempertahankan hak mereka.
(Bersambung kelak – Analisa PM301 dan PM302 hak Kelantan menjelang 2011 dan 2012).

Tuesday, July 7, 2009

KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU


Segala puji pujian hanya kepunyaan Allah, kepada mu ya Allah kami memuji.Kami meminta pertolongan kepada mu, kami meminta perlindungan dari kejahatan diri kami dan keburukan amalan-amalan kami Ya Allah.

Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiada sesiapa pun yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah (ya'ni tidak diberi petunjuk oleh Allah) maka tiada sesiapa pun yang dapat menunjukinya.

Kami naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan kami naik saksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan utusan Allah.

Kami naik saksi sesungguhnya apa yang dikhabarkan oleh Allah melalui lidah Nabi Muhammad adalah benar. Sesungguhnya dosa dan pahala adalah benar, detik dan saat sakaratulmaut dan kematian itu adalah benar. Alam kubur yang sempit dan gelap gelita adalah benar, Malaikat Mungkar dan Nangkir yang menyoal ahli kubur dan akan menyeksa mereka yang berdosa diatas dunia adalah benar.

Dan amat benarlah apa yang diberitakan oleh Rasulullah tentang himpunan raksasa yang menghimpunkan seluruh manusia sejak zaman Nabi Adam hingga ke akir zaman. Dimana ada manusia yang kelemasan dalam peluh sendiri, berhimpit dan bertindih sesama sendiri,berlari ke sana kemari,anak,harta,dan isteri tidak berguna lagi,segala apa yang kita lakukan semasa hidup akan ditanggung sendiri.Pada masa itu dan ketika itu menyesal sudah tiada punya erti.

Maka sesungguhnya ingatlah setinggi tinggi nikmat pemberian Allah adalah nikmat islam dan iman. Dengan kedua-dua nikmat tersebut Allah menjadikan sebab untuk memasukkan manusia kedalam syurga dan dengan nikmat tersebut juga Allah menjadikan sebab untuk menyelamatkan manusia dari azab api neraka.

Dengan pengertian tersebut sedarlah kita bahawa sekiranya tanpa nikmat islam dan iman manusia tidak berhak memasuki syurga Allah.

Oleh kerana itu dan disebabkan itu maka wajiblah atas tiap-tiap diri orang islam itu, yang telah aqil baligh, yang dikatakan mukallaf yang diberati syara', yang sihat aqal fikirannya dan yang telah dewasa umurnya agar menuntut ilmu agama, mempelajari ilmu fiqh dan ilmu rukun-rukun islam dan ilmu rukun iman.

Supaya menjadi orang yang bersyukur serta melakukan amal ibadat dalam keadaan memahami segala rukun-rukun dan syarat-syaratnya kerana mereka mengetahui ilmu mereka. Dengan yang demikian InsAllah segala amalan-amalan mereka akan diterima oleh Allah

Sunday, July 5, 2009

UPIN DAN IPIN: PAHALA MASUK SYURGA




Sekali sekala,,Mari kita rehat kan minda,,kalau tengah serabut dengan kerja dan banyak benda lagi nak di pikiaq,..jangan serabut layan upin dan ipin jap..ada pengajaran yg santai boleh di renungi...


Tuesday, June 30, 2009

UMNO GUNA TENTERA DI PRK MANIK URAI


Umno seperti yang sedia maklum, sudah menunggu ajal untuk ditalkinkan. Satu demi satu mereka menerima kekalahan dalam PRK yang mereka tandingi baru-baru ini bermula dengan PRK Permatang Pauh, Kuala Terenganu sehingalah PRK Bukit Gantang.

Jadi demi memastikan mereka terus bernyawa dan boleh bernafas maka PRK Manik Urai adalah satu-satunya peluang yang mereka ada. Mahu atau tidak mahu mereka mesti menang.

Sehinggakan UMNO terpaksa menggunakan khidmat tentera untuk merayu undi bagi memenagkan UMNO.. Bagi kita dengan tindakan ini membuktikan secara jelas kebacolan dan tidak bermaruahnya umno..

Kepada Umno, gunalah Tentera ka, Polis ka, SPR ka, SPRM ka dan semua jentera kerajaan ka,, tapi bila rakyat sudah marah,, tiada apa yang boleh halang...
cerita lanjut tengok video Mahfuz Omar kat bawah

Thursday, June 25, 2009

TAHNIAH PASTI KAWASAN LUMUT



Tahniah diucapkan kepada PASTI LUmut kerana berjaya melahirkan pemain yang hebat, mampu mewakili Malaysia nanti..dengar khabar ada sumbangan penghargaan daripad PAS kawasan Lumut,,kalau ada Alhamdulillah la..

di ambil dari blog ust nasharuddin, untuk lebih lanjut klik sini1. Hebat ! Alhamdulillah , satu pesta sukan bertaraf nasional . Berjaya dilangsungkan dengan gemilang dan mencapai objektif .


2. Bukan sahaja menerima kunjungan yang luar biasa di Mini Stadium UNISEL Kuala Selangor tetapi juga menerima penyertaan yang cukup memuaskan . Hanya satu negeri yang tidak berkesempatan menyertainya iaitu Sarawak.



3. Saya sempat menyaksikan pertandingan semi final dan final bola sepak PASTI peringkat kebangsaan ini yang akhirnya dimenangi oleh negeri Selangor .


4. Pertandingan diadili oleh pengadil yang berpengalaman dan diiktiraf oleh FIFA . Mereka terdiri dari pengadil negeri Selangor yang terlibat dalam liga super dan liga peringkat negeri Selangor .


5. Walau berorientasikan riadah bagi melahirkan pelajar PASTI yang memiliki jasad yang cerdas dan aqal yang pintar , riadah [ sukan ] mereka bukan sekadar bermain tetapi penuh skil dan gaya sebagai ahli sukan yang profesional . Kebetulan ada seorang dua saya lihat mempunyai gaya permainan mirip Christiano Ronaldo dan Lionel Messi . Kalau jurulatih bola sepak Kebangsaan menyaksikan perlawanan mereka , saya yakin beliau juga akan terpesona melihat bakat - bakat cilik ini .


6. Namun , apa yang penting ialah semangat ukhuwwah , semangat kesukanan , semangat setiakawan , kemesraan , keseronokan , kebahagiaan , keceriaan dan 1001 lagi perasaan yang segar dan mekar berbaur di tengah padang seharian bersama pesta PASTI . Sekaligus mengangkat nama Dewan Pemuda PAS kian harum bersama institusi PASTI yang mula menguasai dunia pendidikan Pra Persekolahan di peringkat nasional .


7. Selepas ini saya cadangkan agar PASTI boleh mengadakan perlawanan persahabatan dengan tadika KEMAS , TABINO , TASKI dan lain - lain pusat pengajian pra persekolahan bagi mengeratkan hubungan dan membawa PASTI lebih jauh ke persada dunia pendidikan negara . Mungkin enggagement melalui aktiviti sukan ini boleh menjadi bibit mula ke arah itu dan secara tidak langsung membawa Dewan Pemuda PAS mendekati semua pihak .


8. Harapnya selepas ini , pesta pidato dan kesenian Islam yang akan dianjurkan pada peringkat PASTI juga akan mencapai kejayaan gemilang dan berjaya melahirkan bakat - bakat baru yang bakal menguasai pula pentas pidato pada masa akan datang guna membawa risalah perjuangan ini kepada ummah .


9. Tahniah sekali saya ucapkan kepada semua warga PASTI yang berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi . Khasnya kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Dewan Pemuda PAS Pusat , En. Azrin Abd Majid yang menunjukkan komitmen tinggi untuk membangunkan cita - cita besar perjuangan Islam ini melewati PASTI yang berada dibawah tanggungjawabnya .


10. Semoga PASTI lebih berjaya selepas ini dan meneroka ruang dan aktiviti yang lebih menarik dan berkesan . Pula berjaya menguasai bidang pengajian dengan lahirnya pelajar - pelajar pintar dan cerdas samaada di peringkat pra persekolahan ataupun di peringkat sekolah rendah . Selamat Maju Jaya dengan iringan keberkatan dari Allah swt . Takbir !

Wednesday, June 24, 2009

KHAIRY MASUK PAS ?//



Setelah lama menyepi dari hingaq bingaq politik Malaysia, tiba-tiba nama Khairy Jamaludin mula kedengaran balik.. bukan apa,, mungkin ada orang yang rindu kot.. ye lah, sebelum ini masa zaman kucari Al-Ghazali ku temui Khairy dulu bukan main lagi lagaknya si Khairy ni, boleh dikatakan sabab hari ada sahaja berita yang berkaitan atau dikaitkan dengan Khairy,al maklumlah, menantu Perdana Menteri la katakan..

Kenyataan terbaru Khairy yang menyokong bahawa PPSMI dikaji semula adalah tindakan yang agak luar dari kebiasaan sebagai seorang Pemuda Umno. jika dibandingkan dengan bekas Bos Khairy dulu tu, memang berbeza.


Semua rakyat Malaysia maklum bahawa isu PPSMI ini telah ditentang sejak awal-awal lagi oleh PAS. Dari kenyataan akhbar sehingalah kenyataan demontrasi jalanraya,..

Nampaknya Khairy bersetuju dengan pendirian PAS dan menyokong apa yang diperjuangkan oleh PAS dalam isu PPSMI ni. Apa yang menjadi persoalan adakah Khairy berminat dengan PAS atau ada udang disebalik batu.

Bukan apa saya masih teringat masa zaman Salahudin Ayob jadi Ketua Pemuda PAS pusat dulu beliau pernah menyerahkan borang masuk ahli PAS kepada Khairy, cuma terfikir apa si Khairy buat dengan borang PAS tu..saya rasa mungkin dia dah isi kot.kalau dah isi maknanya Khairy masuk PAS lah..mungkin saja..

Ataupun, Umno memang dah tahu isu PPSMI ini memang merugikan orang Melayu dan mereka akan hapuskan dasar mengajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Jadi ini lah masa yang sesuai untuk menjadi Hero.. Bila dasar ini dihapuskan rakyat akan nampak Pemuda Umno yang diketuai oleh Khairy sebagai Wira dalam membela nasib bangsa Melayu sambil dilaungkan HIDUP MELAYU,HIDUP MELAYU...

Tapi ..sudahlah semua rakyat dah masak politik sapu sampah, bila buat sampah sendiri yang sapu.kemudian jadi Hero....

Monday, June 22, 2009

10 TAHUN ZAMBRY JADI WAKIL RAKYAT PANGKOR, MASIH ADA RUMAH YANG TIADA ELEKTRIK DAN AIR


inilah rumah yang tiada bekalan elektrik dan air semenjak merdeka lagi yang berwakil rakyatkan seorang Menteri Besar Mahkamah Perak.

Ahad,21 jun 2009, PAS cawangan Sungai Pinang Besar telah mengadakan program memberi sumbangan fakir miskin di Cawangan Sungai Pinang Besar. Sumbangan tersebut adalah hasil daripada tabung kemiskinan daripada Dewan Pemuda PAS Lumut dan sumbangan daripada ahli-ahli PAS Lumut. Lebih kurang 20 buah rumah telah menerima sumbangan tersebut.


Pangkor, sudah 52 tahun negara kita merdeka namun masih ada rumah yang tidak mempunyai bekalan asas untuk hidup iaitu elektrik dan air paip.lebih lanjut klik sini

inilah telaga yang manjadi sumber air untuk makan dan minum.

Dimanakah pembangunan yang dilaungkan oleh Zambry dan BN.Zambry yang begitu ghairah ingin menjadi seorang Menteri Besar hendak menjaga dan mentadbir satu negeri sedangkan di kawasannya masih ada orang miskin yang tidak dapat menikmati bekalan asas seperti air dan elektrik,.

Amat menyedihkan sudah 2 penggal Zambry menjadi wakil rakyat namun masih ada penduduk miskin yang telah dinafikan hak mereka untuk memperolehi bekalan asas sebagai penduduk Malaysia. Lebih menyedihkan lagi setelah berpuluh juta ringgit telah diluluskan untuk mencantikkan Pulau Pangkor semata-mata bagi menarik minat pelancong asing yang datang dari luar negara. Tetapi pada masa yang sama masih ada penduduk miskin dibawah jagaan Zambry yang amat-amat memerlukan bantuan tidak diendah dan dipedulikan.

Sunday, June 21, 2009

BUKU 100 Dalil Kenapa Najib Tidak Boleh Jadi PM Dah Keluar


Gambar diatas adalah antara isi kandungan buku yang dikeluarkan

Semasa Anwar Ibrahim dijatuhkan, mula-mula mereka keluarkan 100 dalil Anwar tidak boleh jadi PM, kemudian hanya disebabkan buku tersebut beliau ditangkap dan dizalimi serta merengkok dalam penjara selama 6 tahun.

Sekarng buku 100 dalil Najib tidak boleh jadi PM sedang hebat diedarkan oleh pihak tertentu.berita lanjut tengok disi

nak baca lanjut tengok boleh baca di bawah..
File0010_1

Thursday, June 18, 2009

TG NIK AZIZ MEMANGGIL PIMPINAN TERTINGGI PAS MESYUARAT


Alhamdulillah, jika benar apa yang dikhabar, TG.Nik Aziz ingin mengadakan mesyuarat Ukhwah bagi meredakan keadaan berhubung isu kerajaan Perpaduan..Mudah-mudahan segala polemik dan cakap-cakap belakang akan berakhir dan ukhwah kembali bertaut demi memberikan pemfokusan serta menghala serangan bagi memastikan UMNO dikuburkan di bumi Malaysia ini..



Di Kota Bharu, Nik Aziz merancang mengadakan mesyuarat khas yang hanya dihadiri pemimpin tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa.

"Saya sendiri akan menjemput Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden (Nasharudin) dan beberapa pemimpin PAS lain yang akan saya tentukan kemudian."

Pertemuan ini saya namakan mesyuarat ukhuwah (persaudaraan) yang akan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan ini.

"Buat masa ini masa, tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa tetapi akan diadakan secepat yang boleh," Nik Aziz dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan hari ini.
Sumber: Kelab Greenboc

Wednesday, June 17, 2009

UMNO Kerajaan Haram, Poster pun Haram


UMNO HUTANG RM218 JUTA

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 30 Julai sebagai tarikh untuk mendengar permohonan Umno bagi mengenepikan saman RM218 juta yang difailkan oleh syarikat pembekal barang-barang untuk pilihanraya.


Pada 23 Jun tahun lalu, syarikat Elegant Advisory Sdn Bhd menfail saman itu menerusi Tetuan Termizi & Co, dan menamakan bendahari ketika itu Umno Abdul Azim Mohd Zabidi serta Umno sebagai defendan.

Dalam writ samannya syarikat itu menjelaskan bahawa ia membekalkan peralatan pilihanraya, pengangkutan dan penerbitan kepada Umno untuk pilihanraya ke-11pada 2004 setelah diminta oleh Abdul Azim.

Nampaknya Umno ni bukan sahaja kerajaan haram kat Perak mereka buat, Tapi poster pun haram,, Poster yang di gantung masa pilihan adalah haram statusnya kalu Umno tak bayar hutang..

NIK AZIZ SAMAN UTUSAN KERANA PUTAR BELIT KENYATAANYA



KOTA BHARU, 17 Jun :- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia yang dianggap memutar belit kenyataannya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, berita yang disiarkan akhbar tersebut sebelum ini sebagai berniat jahat dan ingin memalukannya.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya menggunakan perkataan 'nasihat saya mesti didengar' sebagaimana yang dilaporkan akhbar berkenaan bertarikh 15 Jun lalu.

"Bukan watak saya memaksa orang lain mendengar cakap saya, bahkan ia�bukan sejarah dalam hidup saya untuk berbuat demikian seperti disiarkan akhbar terbabit," katanya selepas mesyuarat Exco, hari ini.

Akhbar terbabit pada 15 Jun lalu melaporkan Nik Abdul Aziz menegaskan kenyataan kerasnya terhadap mereka yang menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan oleh parti parti, hanya nasihat awal.

Menurut akhbar itu lagi beliau mengingatkan bahawa nasihatnya mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggap sebagai ilham Umno.

Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz berita itu ditulis dengan memutarbelit kenyataannya, ditambah pandangan penulis sendiri.

Selain pembohongan, katanya ia juga berupa hasutan terhadap saya terutama disebut 'kenyataan Nik Aziz dianggap suci dan selari dengan Islam �oleh sebilangan besar pemimpin, ahli dan penyokong PAS yang ditulis dalam ruangan surat pembaca akhbar sama.

"Selain pembohongan untuk memburukkan nama baik saya, ia juga berupa hasutan supaya rakyat memandang buruk pada saya.

"Saya telah menyerahkan kepada peguam hari ini untuk mengambil tindakan ke atas akhbar terbabit dan penulis rencana (surat pembaca) terbabit," katanya.

Surat pembaca disiarkan akhbar terbabit pada 16 Jun bertajuk 'Nik Aziz memutlakkan nasihatnya bercanggah hukum-hakam.'

Ketika ditanya perasaan dalam menghadapi situasi berkenaan beliau melahirkan rasa dukacita serta rasa malu dengan apa yang berlaku.

Tambah beliau lebih mendukacitakan lagi apabila penulis terbabit �mengajak semua mufti termasuk alim ulamak untuk memberi pandangan berhubung masalah berkenaan.

"Ini semua kerja yang tidak masuk akal lebih lagi bila saat nak menghadapi pilihan raya kecil.. macam ni lagilah untuk menambahkan rasa kebencian kepada saya dan PAS," ujarnya. Harakahdaily.