Thursday, December 24, 2009

TAKUT MENGAKU BERJUANG ISLAM AKHIRNYA MATI DALAM KEKUFURAN

Dalam peristiwa hijrah terdapat dikalangan orang islam yang tidak mahu berhijrah kerana tidak berani berdepan dengan pembesar quraish dan menggunakan alasan menjaga periuk nasi.

Mereka ini inggin berhijrah tetapi takut kehilangan pekerjaan dan ugutan dari Abu Lahab. Akhirnya mengambil pendirian memberi sokongan dari belakang atau sokong dari jauh, nak jaga periuk nasi la katakan. Biasanya mereka akan berkata, siapa yang nak bagi makan anak bini kami, bukankah memberi nafkah kepada anak bini adalah tuntutan agama,

Pendirian dan prinsip ini akhirnya mengheret mereka ke lembah kehinaan dengan mati nya mereka ini dalam kekufuran. Mereka termasuk dalam golongan yang tidak berhijrah.
Golongan yang tidak hijrah kerana terhutang budi dengan Abu Lahab dan Abu Jahal, mereka terus menetap di Mekah demi menjaga hubungan baik dengan pemuka Quraish. Mereka ini adalah sebahagian dari umat Islam yang enggan berhijrah. Mereka menyembunyikan keIslaman mereka.

Namun bilamana berlaku peperangan Badar, lalu Abu Lahab mengajak semua golongan yang ada di Mekah bagi membantunya. Keadaan ini menyebabkan beberapa orang yang telah beriman itu, menjadi serba salah, samada keluar ke Badar, bermakna berperang melawan Islam dan Rasulullah sedangkan mereka telah menganut Islam; atau terus berada di Madinah, iman mereka selamat.

Tetapi apa pula penilaian Abu Lahab dan pemuka Quraish? Lantaran tersepit dengan keadaan inilah menyebabkan mereka akhirnya keluar dengan pedang dan panah, bersama Abu Lahab dan Abu Jahal menuju Ke Badar, berperang bersama kumpulan yang menentang Islam. Lalu mereka mati dalam peperangan tersebut.

Inilah yang dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 97:

“Sesungguhnya orang-orang yang dicabut nyawanya oleh malaikat (dalam peperangan Badar) dalam keadaan mereka sedang menzalimi diri mereka sendiri, lalu malaikat menempelak mereka dengan berkata: “Bagaimana kamu ini?” Lalu mereka menjawab: “Sesungguhnya kami adalah golongan yang lemah dan tertindas di muka bumi.” Lalu Malaikat menjawab: “Bukankah bumi Allah ini luas sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?” Maka mereka ditempatkan di neraka jahanam, itulah seburuk-buruk tempat kembali.”

Maka kita hendaklah bimbang tentang fenomena ini berlaku di zaman kita. Wujudnya golongan yang telah memahami perjuangan Islam, bahkan telah merasa kemanisan dalam memperjuangkan Islam, namun dalam situasi tertentu mengambil sikap menyembunyikan penglibatan dalam perjuangan Islam; dikhuatiri nanti bilamana golongan yang menentang Islam akan libatkan mereka dalam perjuangan untuk mengalahkan Islam, maka mereka akan turut serta dan akhirnya mati dalam usaha menentang Islam, nauzubillah.

Semoga Allah memelihara kita dari fitnah ini dan menjauhi kita dari golongan ini. Amin.

No comments: