Tuesday, July 7, 2009

KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU


Segala puji pujian hanya kepunyaan Allah, kepada mu ya Allah kami memuji.Kami meminta pertolongan kepada mu, kami meminta perlindungan dari kejahatan diri kami dan keburukan amalan-amalan kami Ya Allah.

Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiada sesiapa pun yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah (ya'ni tidak diberi petunjuk oleh Allah) maka tiada sesiapa pun yang dapat menunjukinya.

Kami naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan kami naik saksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan utusan Allah.

Kami naik saksi sesungguhnya apa yang dikhabarkan oleh Allah melalui lidah Nabi Muhammad adalah benar. Sesungguhnya dosa dan pahala adalah benar, detik dan saat sakaratulmaut dan kematian itu adalah benar. Alam kubur yang sempit dan gelap gelita adalah benar, Malaikat Mungkar dan Nangkir yang menyoal ahli kubur dan akan menyeksa mereka yang berdosa diatas dunia adalah benar.

Dan amat benarlah apa yang diberitakan oleh Rasulullah tentang himpunan raksasa yang menghimpunkan seluruh manusia sejak zaman Nabi Adam hingga ke akir zaman. Dimana ada manusia yang kelemasan dalam peluh sendiri, berhimpit dan bertindih sesama sendiri,berlari ke sana kemari,anak,harta,dan isteri tidak berguna lagi,segala apa yang kita lakukan semasa hidup akan ditanggung sendiri.Pada masa itu dan ketika itu menyesal sudah tiada punya erti.

Maka sesungguhnya ingatlah setinggi tinggi nikmat pemberian Allah adalah nikmat islam dan iman. Dengan kedua-dua nikmat tersebut Allah menjadikan sebab untuk memasukkan manusia kedalam syurga dan dengan nikmat tersebut juga Allah menjadikan sebab untuk menyelamatkan manusia dari azab api neraka.

Dengan pengertian tersebut sedarlah kita bahawa sekiranya tanpa nikmat islam dan iman manusia tidak berhak memasuki syurga Allah.

Oleh kerana itu dan disebabkan itu maka wajiblah atas tiap-tiap diri orang islam itu, yang telah aqil baligh, yang dikatakan mukallaf yang diberati syara', yang sihat aqal fikirannya dan yang telah dewasa umurnya agar menuntut ilmu agama, mempelajari ilmu fiqh dan ilmu rukun-rukun islam dan ilmu rukun iman.

Supaya menjadi orang yang bersyukur serta melakukan amal ibadat dalam keadaan memahami segala rukun-rukun dan syarat-syaratnya kerana mereka mengetahui ilmu mereka. Dengan yang demikian InsAllah segala amalan-amalan mereka akan diterima oleh Allah

No comments: