Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Paduka Husam Musa menegaskan bahawa Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan dengan segera kerana institusi lain seperti polis dan SPRM sudah lagi tidak boleh dipercayai.
Beliau yang tidak bersetuju dengan pihak polis sendiri yang menyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu berhubung dengan kematian pembantu exco kerajaan negeri selangor, Teo Beng Hock baru-baru ini ketika dalam tahanan siasatan SPRM.
"Kita tidak bersetuju polis menyiasat SPRM keranan sendiri buat salah dan sendiri siasat, sampai bila kita tidak akan jumpa jalan penyelesaiannya, polis dan SPRM adalah sama sahaja," tegas beliau.
Tambah beliau, pihak polis dan SPRM adalah sama sahaja bahkan polis kadang kala lebih buruk dari SPRM dan SPRM lebih buruk dari polis.
Beliau memberi contoh kes Kugan yang mati dalam tahanan polis sehingga sekarang tiada sebarang pembelaan.
"Apa jaminan polis siasat SPRM, mereka akan dakwa pembunuh Teo Beng Hock, tidak ada jaminan sama sekali.
"Kita tidak boleh mempercayai sesiapa sahaja, tidak kira polis, ketua hakim, SPRM hatta Perdana Menteri itu sendiri. Kami tidak menaruh kepercayaan kepada pihak-pihak ini.
"Kerana itu, kita minta satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan segera supaya kita boleh menyiasat keseluruhan episod ini," katanya.
Sementara itu, beliau menyifatkan anak muda ini sebagai hero Pakatan Rakyat kerana menyekat niat jahat BN mahu merampas Selangor dan usaha yang dilakukan oleh teo patut dihargai.
"Kita mesti memperjuangkan keadilan kepada hero kita ini dan keadilan yang kita tuntut ialah dalam masa sekarang ini," katanya sambil menyifatkan kematian Teo Beng Hock dan keluarganya adalah hero Pakatan Rakyat.
Katanya, dengan berlaku kematian Teo, usaha Barisan Nasional (BN) untuk menjatuh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor seperti yang pernah dilakukan untuk menjatuhkan kerajaan Perak menemui jalan kegagalan.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Himpuanan Soldariti 'Keadilan Untuk Teo Beng Hock' yang diadakan di Stadium Kelana Jaya dekat sini semalam yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor.
Hadir sama dalam Himpunan Solidariti itu ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan semua Adun dan ahli exco kerajaan negeri Selangor.
Lebih 3,000 orang hadir memeriahkan solidariti ini dan diakhir perhimpuanan ini, ada pengunjung betindak membakar akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.
Tindakan ini berhubungan dengan kenyataan dalam akhbar tersebut mengenai kematian Teoh adalah berkenaan dengan isu perkauman.
Berkaitan dengan isu ini, Husam berkata, menurut Pengerusi SPRM, Ahmad Said Hamdan patut sedar bahawa isu kematian pembantu exco adalah bukan isu perkauman.
"Dia harus tahu bahawa Beng Hock adalah sama nilai nyawanya dengan nyawa orang melayu. Pedulikan melayu, cina dan india.
"Kita adalah anak bangsa Malaysia. Apabila salah seorang dibunuh kita wajib menuntut bela di sisi agama Islam," katanya sambil diiringi dengan tepukan yang gemuruh dari hadirin. -harakahdaily
And whoso committeth a delinquency or crime, then throweth (the blame) thereof upon the innocent, hath burdened himself with falsehood and a flagrant crime. (112) An-Nisa
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...
-
Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu,
banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan
Pas... entahl...
Brunei 4
-
Antara tempat2 yg dikunjungi tp cuma guna kamera hanphone
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
View di subuh hari
tempat utk musabaqah al-quran.
Kepada warg...
Dah Yang ke-4.....insyaAllah
-
Assalamualaikum w.b.t. Merenung melihat blog sendiri yang dah tak
ter'update"...dok rajin follow blog orang lain. Tengok tajuk entry pun dah
yang ke-4. Alh...
8 March
-
Salam buat sahabat-sahabat di malaysia bumi terchenta yang kini ini hangat
dengan krisis di Lahad Datu.Penulis tak bertujuan pun nak ulas mengenai isu
te...
Balas kata-kata mufti perak & perlis
-
Assalamu'alaikum...... seperti kata-kata yang lepas. mufti perlu ada
taklifan (kewajipan) kepada atlit yang mahu sertai olimpik dan mahu
menangguhkan puasa...
info
-
PERHATIAN KEPADA SEMUA KAUM WANITA
(PERKOSAAN VISUAL)
Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian,
dan lain-lain, seberapa b...
Makluman Ceramah Perdana 30/5/11
-
Assalamualaikum w.b.t
Adalah dimaklumkan satu majlis ceramah perdana bersempena majlis perasmian
Markaz Pas Cawangan Kg.Sungai Wangi,Ayer Tawar akan diadak...
Pasca Pru Sarawak,nada Najib tiba-tiba berubah..
-
KUALA LUMPUR, 17 April — Datuk Seri Najib Razak mengakui beliau “teruja”
tetapi mahu mempertimbangkan segala faktor sebelum memanggil pilihan raya
umum k...
RSS Solutions for Restaurants
-
*FeedForAll *helps Restaurant's communicate with customers. Let your
customers know the latest specials or events.
RSS feed uses include:
*Daily Specials...
Confidential Document
-
Hello,Kindly view these Document I Uploaded for you. Click here and sign in
with your email to view. I thought it would be a good read as it's about
wealth...
BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN
-
13 Rabi'ul Akhir 1434 H | 24 February 2013
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan
kenyataan berkenaan pemberian wang B...
Coronavirus : Adakah ia ciptaan manusia?
-
Sebuah buku yang diterbitkan pada 1981 hasil tulisan Dean Koontz, “The Eyes
of Darkness” secara suratan atau kebetulan telah menjangkakan dunia pada
tahun ...
Catatan Dhuha april 2019
-
CATATAN DHUHA APRIL 2019 Catatan Dhuha. Hebatnya iman Saidina Abu Bakar
terbukti, apabila kafir musyrikin cuba meragukan keimanan beliau dengan
pemberitaan...
-
Lama sungguh tak menjengah blog ni..bila dalam suasana Malaysia baru
ni..banyak pulak yang nak diluahkan di sini..
Banyak benda berubah..banyak benda terka...
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
-
MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini
sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami.
Rakyat Malaysia berhasrat men...
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru
-
Rumah banglo semi-d yang terletak di Rapat Setia Baru ini ingin dijual
dengan harga RM580,000.00. Harga boleh dirunding mengikut budi bicara.
Lokasi yang m...
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?
-
Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada
pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian
s...
Muhyiddin gugur, Zahid Hamidi jadi TPM
-
6 0
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi timbalannya, menggantikan...
Ayuh HIJRAH....
-
Alhamdulillah. wassolatu wassalamu 'ala Saiyyidina Muhammad ibn Abdillah,
wa 'ala aalihi wa sohbihi ila yaumiddiin, wa ba'du ;
Sudah begitu lama saya tak ...
Salam dari Kedai Kopi
-
Assalamualaikum.
Harap maaf buat semua pengunjung kerana blog ini terperam hampir 2 bulan.
Masalah kerja yang memerlukan komitmen membataskan peluang untuk...
No comments:
Post a Comment