Hee, timbalan speaker cuba ambill kuasa speaker yang masih sah.
ADUN Jelapang yang digantung dan dihalau keluar oleh Speaker cuba merampas kuasa dengan cuba membuat pengumuman tetapi cuba digagalkan oleh kebanyakan adun Pakatan Rakjyat.
cubaan terbaharu itu nampaknya gagap dan nampak sangat menyalahi peraturan sidang. Hee nampaknya cuba memberikan pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan.
saya tidak pasti sampai bila keadaan kecoh ini akan berakhir.
Baca Seterusnya...
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 10:41 AM 2 ulasan Pautan pada catatan ini
arahan speaker masih belum di ikuti
sidang masih tidak dapat dimulai, DYTM Raja Muda Perak masih dikamar Diraja menunggu suasana dewan yang kecoh tenang kembali.
Sementara iru Speaker berulangkali keputusan mengantung dilakukan oleh JK Hak dan Kebebsan, itu bukan keputusan saya. saya tidak boleh ingkar kepada keputusan yang dibuat oleh JK yang dilantik dalam dewan ini.
Cubaan berulang kali BN untuk mengusulkan perlantikan baru diterima dengan sorakan ADUn PR dan penolakan oleh Speaker disebabkan sidang belum dimulai dan pembawa dan penyokong usul adalah dari pihak yang telah digangtung oleh speaker.
Baca Seterusnya...
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 10:33 AM 4 ulasan Pautan pada catatan ini
keadaan kecoh berlarutan
Pangkor cuba mengemukakan usul memecat speaker dalam keadaan sidang belum bermula, dan suasana dalam dewan semakin kecoh.
keadaan kelam-kabut ini telah berlanjutan sejak adun masuk kedalan dewan setengah jam yang lepas.
Speaker masih mengarahkan adun yang digantung untuk keluar dari dewan sebelum sidang bermula
Baca Seterusnya...
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 10:27 AM 7 ulasan Pautan pada catatan ini
TERKINI Jam 10:10 pagi: Keadaan dalam Dewan Panas
Keadaan tegang dalam Dewan, suasana sangat kecoh, semua ADUN bangun. Sebentar tadi ADUN BN cuba mengemukakan usul Pecat SPeaker namun diumumkan oleh Speaker, Usul itu ditolak.
Sebentar tadi, Abdullah Antong Setiausaha Dewan yang digantung, dikerumuni oleh ADUN PR.Speaker juga mohon SUK tidak mencampuri urusan Speaker dalam Dewan.
10 orang masih belum keluar, Speaker mengatakan berulang kali Sidang tidak dimulai selagi 10 orang terbabit tidak keluar.
Baca Seterusnya...
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 10:10 AM 4 ulasan Pautan pada catatan ini
TERKINI Jam 10.00 pagi: Penasihat Undang-undang diarahkan keluar Dewan ikut ketetapan Speaker
Penasihat Undang-undang diarahkan keluar.Ketetapan Speaker semasa masuk ke Dewan sebelum dewan bersidang ialah:
1. Minta orang yang tidak dijemput keluar dewan. Saya ada senarai di sini.
2. Tempat duduk ikut sebelum ini.
3. Saya tidak mahu 7 digantung berada dalam dewan sebab mereka digantung oleh jawatankuasa hak dan kebebasan, bukannya saya. kalau tidak keluar saya tidak mahu mulakan mesyuarat.
4.3 orang yang meletak jawatan juga diarah keluar.
5. Saya mahu kesemua yang tersebut termasuk penasihat Undang-undang keluar dewan.
6. Saya tidak masuk siapa-siapa bercakap sebelum mereka keluar dewan. Saya buat keputusan dengan jawtaankuasa yang dilantik oleh dewan ini.
Mereka yang dihalau speaker belum keluar dewan, YB Tajol Rosli didapati bangun untuk mencelah tetapi tidak diizinkan oleh Speaker.
Menurut perintah Tetap 11 adalah sah dan itu hak saya, Umum Speaker.
Speaker masih mengulangi arahan supaya keluar Dewan
Baca Seterusnya...
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 10:00 AM 6 ulasan Pautan pada catatan ini
TERKINI jam 9.55: Suasana ADUN Lompat masuk ke Dewan
Apabila ADUN Lompat Jelapang ke Dewan, kebanyakan ADUN DAP menyoraknya dengan panggilan KATAN dengan suara yang kuat.
Hee duduk di bahagian tempat duduk ADUN BN.Kelihatan sama OSMAN dan JAMALUDDIN, ADUN lompat dari Behrang dan Changkat Jering.
Baca Seterusnya...
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 9:55 AM 2 ulasan Pautan pada catatan ini
TERKINI Jam 9.45:Kami masuk Ke Dewan
Kami masuk ke Dewan dan mendapati tempat duduk telah berubah, kami mencabut semua tanda nama dan juga diikuti dengan ADUN BN yang tidak membantah.
Kedudukan kami sekarang sama seperti kedudukan semasa PR memerintah Perak.
Baca Seterusnya...
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 9:45 AM 4 ulasan Pautan pada catatan ini
TERKINI Jam 9.20 pagi: Kami berada di hadapan pintu Dewan
Kami berada di hadapan pintu masuk menunggu pintu dewan yang dimaklumkan oleh pihak polis cuma akan dibuka jam 9.45 pagi nanti.
Semua barang yang dibawa diperiksa dengan teliti dan di scan berkali.
Saya menyaksikan hampir 50 orang polis yang berkawal di dua pintu masuk yang dibuka
Baca Seterusnya...
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 9:20 AM 1 ulasan Pautan pada catatan ini
TERKINI Jam 9.10 pagi: Kami dihalang oleh polis Masuk Ke Dewan
Seramai 16 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya yang sampai sekitar 8.45 pagi tadi telah dihalang oleh polis untuk masuk ke dalam dewan Negeri tempat Persidangan yang akan diadakan pagi ini.
Walaupun dengan alasan untuk meletakkan barang sebelum perbarisan diadakan kami gagal untuk masuk sehinggan sekarang.
Kawalan dari polis sangat ketat dan saya beranggapan Sidang Dewan yang paling ketat dikawal polis setakat ini dalam sejarah demokrasi dunia.
Doakan keselamatan kami.
Penyokong mengerumuni MB Nizar semasa sampai dihotel pagi tadi
Baca Seterusnya...
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 9:10 AM 2 ulasan Pautan pada catatan ini
TERKINI Jam 8.35 pagi: Ahli Parlimen Ampang ditahan
Ahli Parlimen Ampang,YB. Pn. Zuraidah ditahan ketika cuba masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri, di pintu hadapan bangunan.
-Gambar-gambar ini menunjukkan situasi di Bangunan SUK dan gambar diambil dari BLOG anilnetto.com
Baca Seterusnya...
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 8:35 AM 5 ulasan Pautan pada catatan ini
TERKINI jAM 8.27 pagi:Kawalan ketat untuk ke Dewan Undangan Negeri
Dalam perjalanan ke Dewan Undangan Negerisaya menempuh 4 sekatan polis walaupun hotel penginapan kami hanya sekitar 1 km dari DEwan Undangan Negeri.
Inilah keadaan yang menampakkan sengaja dicipta untuk menyushkan pergerakan kami ke Dewan Undangan Negeri.
Sementara itu satu notis pihak polis telah ditampal di sekitar Ipoh merupakan arahan mahkamah yang melarang orang ramai mendekati 500 meter dari bangungan Dewan Undangan Negeri
Baca Seterusnya...
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 8:27 AM 2 ulasan Pautan pada catatan ini
TERKINI Jam 8.20 pagi: Kami mula bergerak ke DUN Perak
Ipoh:Hampir 100 orang bersama puluhan polis yang berkumpul hadapan hotel penginapan kami-sebelum bergerak ke dewan.
Segala persiapan yang perlu telah kami lakukan untuk mempertahankan hak rakyat Perak yang dicintai.
Baca Seterusnya...
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 8:20 AM 4 ulasan Pautan pada catatan ini
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...
-
Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu,
banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan
Pas... entahl...
8 years ago
No comments:
Post a Comment