Wednesday, May 13, 2009

TEMPAT SENDIRI TOLAK ZAMBRY


Pulau Pangkor,: Penduduk Kampung Sg.Pinang Besar di Pulau Pangkor telah Berjaya menubuhkan cawangan baru Pas di kampung tersebut.

Menurut penduduk jati Sungai Pinang Besar, Kampung tersebut merupakan kubu kuat Umno dan menjadi cawangan kesangan Zambry yang merupakan Adun Pulau Pangkor.

Dengan tertubuhnya cawangan PAS tersebut menunjukkan Zambry telah ditolak oleh penduduk tempat sendiri. Salah seorang daripada penduduk kampung tersebut memberitahu bahawa mereka merasa kecewa terhadap Zambry yang merupakan Adun bagi Pulau Pangkor tetapi lebih menumpukan kepada usaha untuk merebut jawatan Menteri Besar daripada mengambil berat terhadap masalah penduduk-penduduk kampung di Pulau Pangkor.

Pas cawangan Sungai Pinang Besar telah dirasmikann penubuhannya oleh Ydp Pas kawasan Lumut iaitu Hj.Noh Ahmad. Dengan memacak signboard Pas sebagai simbolik menunjukkan penduduk Sungai Pinang Besar benar-benar telah kecewa terhadap Zambry.

Mereka mencadangkan supaya Zambry menamatkan krisis pergolokan rampasan kuasa di Perak dengan pembubaran Dun. Tindakan demikian menurut mereka lebih bermaruah dan berpendirian sebagai seorang anak jantan dan bukannya seperti seorang penakut.

Menurut mereka lagi, apa yang Zambry takutkan untuk membubar Dun, sekiranya dia di pihak yang benar rakyat akan pilih dia dan rakyat yang akan menilai siapa yang benar.

No comments: