Memahami ayat Allah akan menjadikan kita insan yang sentiasa di bimbing oleh wahyu dan hidayah Allah, Ahad lepas ada kuliah Tafaquhfiddin di surau Madah Manjung di sampaikan oleh ust.Tarmizi Abd Rahman, huraiannya memang menarik, kebetulan pula kuliah tersebut di tulis dalam blog Madah, jadi untuk tatapan dan ingatan aku copy dan peaste dalam blog nie..
Ayat kursi
sebesar-besar ayat Allah kerana mengandungi semua Tauhid( Rububiyyah,Uluhiyyah , Asma ' dan Sifat)
Allohu La Ilaa ha Illa Hu: sama La Ilaa Ha Illa Lah
( Allah tiada Tuhan yang disembah melainkan DIA )
Inilah ulasan yang kita selalu meratib..Tauhid Uluhiyyah(meliputi 3 keutamaan= persembahan , abdi diri dan hala tuju kehidupan)
Tauhid ini asas kepada tauhid yang lain, ianya asas kepada setiap amalan yang dibuat kerana Allah.
Oleh itu sistem dan undang-undang lain yang digubal oleh manusia adalah syirik
(Tauhid ini adalah tunjang bagi hukum hakam dan syariat dalam Islam )
Seorang manusia tidak boleh berabdi kepada yang lain, saperti katanya"saya bekerja kerana berabdi diri kepada keluarga saya"
Tidak mengambil syariat,tidak mengambil akhlak,tidak mengambil konsep hidup , melainkan yang datang dari Allah swt.
Kata orang badwi ketika diajak oleh Rasulullah saw untuk memeluk Islam" Kalimah inilah , kamu akan ditentang oleh orang Arab dan bukan Arab"
Antara sebabnya:Allah itu di abdikan kerana
Al Hayyul Qayyum
Laa Ta'khuzuhuusinatun.
( Sentiasa hidup, yang tiada permulaan, azali dan abadi), dan sentiasa mentadbir alam,mengurus) segala urusan makhluk,(tanah ,air , angin, langit dan segala-galanya .dan tidak
mengantuk...
Al Hayyu- cukup besar , nama yang terbesar, maka dari sinilah datangnya sifat-sifat yang lain.
Contoh: Allah melihat dan mendengar.Jadi tidak boleh melihat atau mendengar kecuali adanya Hidup.
AlQayyum : merupakan kekayaan pengurusan dan pentadbiran Allah. Sentiasa tadbir daan urus dengan sempurna.
Kitalah yang berhajat kepada Allah, bukan sebaliknya.
Segala yang ada perlu adanya Allah.
Hati Muslim kena sentiasa
La Ta'khuzuhuu sinatun walaa Nauum
Lambang pentadbiran yang kuat dan kemas.
Ada 4 Tauhid Rububiyyah dalam ayat Kursyi.
1. Lahu Mulku ssamaawaati wama a Fil Ard
Allah memiliki langit dan Bumi: jadi semua yang ada hak milik Allah: Manusia...Tiada apa-apa.
Syed Qutb ra mengatakan:
kita kembali pada Allah dengan tangan kosong.Semua pinjaman...kita diberi pinjam kerana kita khalifahNya.Selesai tugas itu diambil balik untuk diserah pula kepada orang lain.
So perlu tertanam dalam jiwa kita, benda pinjaman: barulah tiada kesombongan dalam diri , sebab ianya benda pinjam....
Bila manusia sedar, Almalikul Hakiiki, pemilik sebenar , langit dan bumi milik Allah.maka elok lah akhlak manusia.
dengan itu dapat elakkan sifat mazmuumah,seperti kedekut kikir dll lagi dan diganti dengan mahmudah, seperti syukur,Qanaa'ah dll lagi.
Bila perasaan ini tersemat di hati...maka lahirlah Islah didalam jiwa manusia, maka tiadalah lagi perasaan jahat seperti, timbul iri hati, cemburu dan sebagainya ...bila diketahui semua itu hanyalah pinjaman sahaja.
2. Manzallazi Yasfaum indahuu illa biizniihi
Siapa yang dapat memberi syafaat disisinya tanpa izinNya.
Inilah maqam ketuhanan dan maqam kemanusiaan( kedudukan)
kita boleh komplen maqam kawan kita , tetapi kita tidak boleh komplen Maqam Allah.
Yang boleh tolong kita hanya Allah sahaja...Doa.
Bila Allah izinkan perancangan musuh maka Allah uji orang-orang Islam dengan musibah.
Inilah hakikat Ketuhanan dan hakikat kehambaan.
Kedudukan kita adalah kedudukan seorang hamba.Kedudukan Allah adalah kedudukan Syafaat
( pertolongan dan Syafaat)
3. Ya'lamumaa baina aidiihim wamaa kholfahum, walaayuhiituna bisyaiin min 'ilmihii illa bimaa Syaaa'a
ilmu Allah meliputi semua.
seperti huruf Hijaiyyah dalam AlQur'an...
Alif, Lam, Mim....
YAA SIIN...semua manusia tidak mengetahui makna...
Ayat lain tahu sebab Allah memberitahu.
Ramai Kita kata Wallahu 'Alam..tetapi berapa ramai yang tahu apa sebenar maksud perkataan tersebut.bukannya bermaksud kita tak tahu tetapi nak menyatakan .....Allah je tahu segala-galanya, kita lemah dan tidak mengetahui hakikat sebenarnya)
4. Wasia kursiyuhussamaa waa tiwal ard walaa yauu duhu hifzuhumaa.Wa hua Aliiyyu Adzim
Ayat ini membuktikan kesempurnaan Qudrat Allah .
Allah tertingi, yang datang dari Allah adalah tertinggi.
Orang tua-tua dulu kalau ada kitab nak susun....Alqur'aan diletak tempat tinggi dari buku-buku yang lain...
Tetapi hakikatnya hari ini jauh, alqur'an diletak tempat yang jauh dari Al Alyyu....
yang tertinggi hari ini ialah maksiat....inilah cabaran besar.
Realiti hari ini manusia berlumba-lumba untuk merendahkan Allahswt.
Al Adzim
Mempunyai Keagungan.
Tiada yang lebih besar dan agung dari Allah....
Tetapi yang berlaku dewasa kini manusia terus membesarkan yang lain.kerana hilang jati diri kepada Allah.
Kesimpulan:
1.Manusia mesti menghayati ayat Kursyie, Bacalah sebelum tidur dan bila bangun tidur.( Malaikat hafazoh akan menjaga kita dan harta benda dari kemusnahan)
2. Memudahkan ilmu masuk ke dalam dada.
...Bersambung....
Wallu 'A'lam
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...
-
Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu,
banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan
Pas... entahl...
8 years ago
No comments:
Post a Comment