salam, artickle yg menarik untuk dibawa, di ambil daripada blog emasperak, untuk pengetahuan kita
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, Maha Kuat dan Maha Adil, hamba Mu yang hina dan jahil ini memohon hidayat dan restu supaya dipermudahkan hamba menulis artikel ini. Bebaskanlah artikel ini dari gangguan syaitan dan nafsu buruk ku. Ampunkan daku sekiranya terlalu banyak kesalahan dilakukan sebelum, semasa dan selepas artikel ini ditulis. Hanya ini yang mampu hamba Mu ini lakukan untuk Islam dan Umat Islam.
Selawat dan salam untuk Rasulullah S.A.W. Kekasih Allah, Penghulu untuk semua manusia, Junjungan kami. Kami amat merindui Mu wahai Nabi Akhir Zaman. Ya Allah Izinkanlah kami meminum air Telaga Nabi dan pilihlah untuk mendapat syafaat Kekasih Mu di akhirat nanti.Ya Allah, kurniakanlah Baginda makam yang tertinggi dan termulia seperti mana yang telah dijanjikan.
Ya Allah, kurniakanlah juga keampunan dan keredaan untuk Para Sahabat Baginda, pemimpin yang adil, ulamak- ulamak, guru-guru , ayah dan bonda, diri ku yang hina ini dan juga keturunan ku, kaum keluarga ku, sahabat-sahabat ku , pejuang-pejuang Islam dan juga seluruh Umat Islam, sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal.
Ya Allah, berikanlah hidayah dan Islam kepada rakan-rakan seperjuangan dan juga musuh-musuh kami.
Saya dengan rendah diri memohon ampun dan maaf kepada pembaca sekiranya banyak kesalahan dari segi ejaan, nahu, susunan ayat dan lain-lain.
Pendahuluan
Artikel ini di tulis pada 11.5.2009, jam 8.14 minit pagi waktu pada desktop saya, sebelum hakim-hakim bersidang menentukan status Y.A.B. Dato' Seri Ir. Nizar. Artikel ini ditulis setelah melihat gelagat Adun-adun BN yang berkelakuan seperti beruk. Tak reti menghormati undang-undang yang dicipta oleh tok nenek mayang mereka sendiri. Artikel ini juga ditulis setelah kecewa melihat sikap dan tingkahlaku pihak SUK Negeri Perak dan Polis yang tidak bertindak menghormati Dewan.
Melalui artikel ini juga saya ingin mengingatkan kepimpinan PAS dan PR supaya memahami bahawa pihak pemerintah akan menggunakan undang-undang rimba untuk terus berkuasa dan terus berkuasa. Pihak pemerintah umpama singa yang lapar di tengah gurun atau seperti harimau yang lapar di dalam hutan. Mereka telah cedera dan cukup bahaya. Mereka pada saat ini akan menggunakan semua kekuatan yang ada untuk menghadapi tuan-tuan semua.
Ingat, mereka ini juga seperti ular sawa walaupun tiada bisa, tetapi masih kuat dan amat bahaya. Ular sawa bila kenyang akan tidur, tetapi mereka tidak.
Hari Pertama Di Madinah : Pemerintahan Rasullullah S.A.W., sebuah artikel yang saya tulis dalam keadaan tergesa-gesa, tanpa rujukan dan pakar rujuk. Saya menulis dengan keupayaan, kekuatan dan ingatan yang Allah sedang kurniakan kepada saya pada waktu ini. Maafkan saya.
KOSONG.
Y.A.B/ Y.B. , Dato Seri/ Dato'/ Tn. Haji/ Tuan/Puan yang dihormati.
Mari kita kenang kembali, jika perlu pejamkan mata kita sejenak, bagaimana keadaan Baginda Rasul S.A.W. mula-mula menjejakkan kaki di Madinah. Ya, setelah baginda disambut dengan dendangan nasyid yang merdu dan juga setelah unta Baginda yang bijak memilih tempat untuk Baginda berehat dan menetap. Masa itu bersama baginda hanya ada Saidina Abu Bakar dan beberapa sahabat yang lebih awal hijrah. Umar dan Ali masih lagi di Mekah. Saya tidak pasti di mana Osman, Zaid, Bilal, Abdul Rahman Auf dan lain-lain sahabat.
Baginda waktu itu hanya dikelilingi oleh Masyarakat Yatrib yang telah bersumpah setia untuk taat dan patuh pada Baginda. Mereka ini adalah golongan amat lemah dan tertindas. Bilangan mereka tidak ramai, harta mereka tidak banyak, tanah mereka tidak luas, bukannya orang-orang bangsawan dan tidak berkuasa. Ramai juga yang sedang dibebani masalah hutang dari along-along yang beroperasi di Madinah.
Bermakna Kerajaan Islam Madinah yang didirikan oleh Baginda Rasul, kosong jawatan menterinya, kosong jawatan ADUN dan Ahli Parlimen, kosong jabatan-jabatan, kosong kewangannya,kosong mata wangnya, kosong sistem kewangannya, kosong polisnya, kosong askarnya, kosong matawangnya, kosong mahkamahnya, kosong hakimnya, kosong peguamnya, kosong tempat bersidang DUN dan Parlimennya, kosong pasarnya, kosong masjid . Semuanya kosong. Kosong di sini bermaksud tiada.
Baginda Rasul mendirikan Kota Madinah dari KOSONG. Masjid pun tiada di Madinah yang ada ialah Masjid Quba ( jauh jugak kalau berjalan kaki nak pi sana dari Madinah). Dari kosong, bermulalah pembangunan modal insan , sistem-sistem pemerintahan dan pembanguan insfrastruktur.
SEJARAH TIDAK MENYATAKAN 100% PENDUDUK MADINAH BERSUMPAH SETIA DENGAN RASULLULLAH S.A.W
Y.A.B. Tok Guru Nik Aziz, Y.B. Tuan Guru Hj. Hadi , Dewan Ulamak PAS dan Majlis Mufti pasti setuju dengan kenyataan ini. Saya juga percaya Y.B. Ngeh bersaudara juga tersenyum bila membaca kenyataan ini. Pada hari pertama Baginda Rasul di Madinah, Baginda tidak diberi kunci perbendaharaan, Baginda tidak diberi kunci bilik Perdana Menteri, Baginda tidak diberi kunci bilik Menteri Besar, baginda tidak diberi unta rasmi pemerintah Yatrib, baginda tidak diberi polis sebagai juru iring dan lain-lain kemudahan dan elaun yang istimewa sebagai seorang pemimpin tertinggi.
Percayalah saudara, pada waktu itu di bumi Yatrib telah ada sistem kepimpinan, sistem kewangan, unit polis, unit tentera, jabatan-jabatan yang mengeluarkan geran tanah dan lesen-lesen seperti lesen balak dan tanah di sini. Sistem-sistem itu telah ada dan berfungsi. Sisitem-sistem tersebut dikendali dan diterajui oleh pihak-pihak dan orang-orang tertentu. Mungkin pada waktu itu telah ada sistem demokrasi ( demokrasi ala Yatrib ler). Waktu itu juga telah wujud sistem kroni kroni , rasuah politik dan lain-lain lagi istilah politik masa kini yang telah diamalkan pada waktu itu.
Respon Golongan Pemerintah Dan Pemodal Yatrib
Pemimpin-pemimpin Yatrib pada mulanya tidak nampak Baginda Rasul sebagai ancaman terhadap sistem kepimpinan, pemimpin, sistem kewangan, sistem keselamatan dan lain-lain sistem. malah ada mungkin ada diantara mereka yang menganggap Baginda Rasul berhijrah sama seperti hijrahnya sahabat baginda sebelum ini untuk mencari keselamatan, mencari kerja kosong ( macam pendatang asing sekarang), mencari peluang-peluang perniagaan. Mereka ini tidak ambil pusing langsung ketibaan Baginda Rasul apatah lagi untuk menyambut dan meraikan baginda. Yang tak tahu pun ramai.
Media-media utama yang berpengaruh pada waktu itu tidak memberi liputan lansung kehadiran dan kebaikan yang akan diperolehi oleh masyarakat Yatrib dengan kehadiran Insan Yang Mulia ini.
Mungkin ada di antara pemimpin Yatrib telah ada yang berangan-angan hendak menjadikan Baginda Rasul dan umat Islam yang berhijrah sebagai kuli-kuli diladang-ladang, toko-toko dan perusahaan mereka.
Mungkin juga ada dikalangan pemodal- pemodal yang telah mengira berapa banyak riba yang akan dikenakan pada umat Islam yang baru tiba ini dan berapa banyak keuntungan yang akan diperolehi untuk tempoh jangka pendek dan juga jangka panjang.
Saya pasti ada juga pemimpin-,pemimpin yang rasa tergugat dengan kehadiran Baginda Rasul. Melalui media , pengintip-pengintip dan unit khas telah di tempatkan di celah-celah penyokong dan pendokong Baginda Rasul. Telah ada penyokong-penyokong diugut dan dihalang dari menyambut kehadiran Rasullah S.A.W. Malah mungkin ada yang kena tangkap sebelum menghadiri perhimpunan menyambut kehadiran Rasullullah S.A.W.
Pemimpin-pemimpin Agama diracuni fikran mereka supaya mereka ini terus menentang dan memusuhi Islam. Mereka juga dihalang dari mengenali apa itu Islam? dan juga siapakah Muhammad S.A.W.
Hari Pertama dan Pembinaan Sistem : Pemerintahan Rasullullah S.A.W.
Kita sering diceritakan oleh guru-guru agama bahawa bangunan yang mula-mula dibina di Madinah adalah Masjid Quba, tetapi Quba adalah Quba, bukannya Madinah. Mereka berhujah bahawa tujuan pembinaan masjid tersebut adalah untuk sebagai simbol membina dan menguatkan modal insan, terutamanya ulamak-ulamak yang pentingkan pembangunan. Tak pe lah, kita terima idea tersebut.
Suka saya ingatkan, kalau saya salah minta diperbetulkan, Masjid Quba didirikan dalam perjalanan Rasullullah ke Madinah. Bukannya setelah baginda tiba di Madinah. Apa yang Rasullullah mula-mula bina di Yatrib sebenarnya??? Bukan masjid dan juga bukan pasar. Bukan kediaman MB dan Pejabat MB.
Tak kan lah program pada pagi tersebut digunakan oleh masyarakat Yatrib untuk buat kenduri kesyukuran sahaja macam meraikan kemenagan Y.B. NIzar di Bukit Gantang. Dengar cerita, pada 16/05/2009 ni pun masih ada lagi kenduri. Tak kan macam ni kut. Apa yang Rasullullah buat??? Saya percaya Baginda memanggil sahabat-sahabat yang ada untuk bermesyuarat atau bersidang. Mungkin juga di bawah pokok. Saya juga yakin dan percaya yang mula-mula dibangunkan oleh Baginda adalah Sistem Pemerintahan.
Melalui sistem ini Baginda merancang satu sistem yang baru. Sistem yang menolak sistem yang sedia ada dan yang pastinya sistem itu akan menyaingi sistem yang telah lama wujud di Yatrib dan tempat-tempat lain di dunia sehingga kini iaitu Sistem Pemerintahan Islam. Sistem ini melindungi semua manusia yang ingin bernaung di bawahnya. Sistem ini berbeza dan lansung tidak sama dengan sistem yang telah sedia wujud pada waktu itu dan juga dengan mana-mana sistem yang akan wujud pada masa hadapan. Yakinlah Sistem ini adalah yang paling baik yang pernah wujud di muka bumi ini sejak Nabi Adam diturunkan ke dunia ini.
Walaupun pada ketika itu Islam berhadapan dengan sistem Jahilliah, pihak kafir dan kaum Yahudi tidak mengganggu mesyuarat Baginda walaupun tidak mendapat permit. Tiada polis-polis dihantar untuk tujuan tersebut.
Hari Pertama dan Perlaksanaan Sistem : Pemerintahan Rasullullah S.A.W.
Saya yakin perlaksanaan Sistem yang telah dirangka itu terus dilaksanakan sebelum tibanya waktu Zohur, di manakah Zohur yang mula-mula Baginda lakukan sercara berjemaah dengan sahabat baginda setelah tiba di Madinah??? Dan apakah Sistem yang mula-mula Baginda laksanakan???? Sudah pastilah sistem yang mampu dibuat oleh Baginda dan sahabat pada waktu itu. Saya pasti sistem yang mula-mula dilaksanakan oleh Baginda adalah sistem yang berkaitan dengan kebajikan rakyat Baginda pada waktu itu.
Saya pasti tugas pertama Baginda bukannya meluluskan lot-lot tanah, meluluskan lot-lot saham, meluluskan kawasan balak dan lombong. Jika Y.B. Hasan Ali dan Y.A.B. Nizar kata bahawa dalam pejabat mereka tiada pen dan kertas semasa mereka masuk. Rasullullah lagi teruk keadaanya, Baginda lansung tiada pejabat, kertas, duit, kerusi, air cond, karpet, sofa dan lain-lain lagi. Itu bukan matlamat Baginda, matlamat Baginda adalah menegakkan Sistem yang telah Allah amanahkan pada Baginda.
Bukannya pada waktu itu tiada pejabat pentadbiran yang berfungsi macam pejabat PM atau MB untuk masyarakat Yatrib. Ada, tapi Baginda tidak kebuloq. Baginda telah dilantik oleh masyarakat yang hendakkan Baginda sebagai ketua. Baginda ambil tanggungjawab tersebut walaupun tiada dijanjikan sebarang ganjaran, harta, tanah,keselamatan, perempuan, kenderaaan dan lain-lain kemudahan. Matlamat Baginda jelas. Perintahkan manusia taat pada Allah. Ikut sistem yang telah Allah kurniakan pada mereka.
Hari Pertama di Madinah & Hari Pertama Pemerintahan Pakatan Rakyat Negeri Perak Setelah Keputusan Hakim Mengenai Status Y.A.B. Dato' Seri Ir. Nizar sebagai MB Perak
11.40 pagi waktu jam desktop saya. Semasa saya menulis bab ini keputusan mengenai status tersebut belum lagi saya terima melalui www.harakahdaily.net, www.malaysiakini.com , http://siasahdaily.blogspot.com/, dan http://idhamlim.blogspot.com/.
Terus terang saya katakan, pandangan saya sebagai warga Perak yang prihatin dengan masalah semasa politik negeri ini, saya ingin mengingatkan kepada Y.A.B. Nizar, walau apa pun keputusan hakim-hakim pada waktu ini, kamu mestilah meneruskan tugas kamu sebagai Ketua Kerajaan Pakatan Rakyat. Bertugaslah kamu seperti mana yang telah Baginda lakukan. Jangan fikirkan status kamu diiktiraf atau tidak, kereta Camry, Pejabat MB, Kediaman Rasmi MB dan lain-lain lagi. Sebagai rakyat , saya mohon kamu terus terajui kerajaan yang telah terbentuk dahulu. Biarpun kamu tidak mendapat elaun MB, exco-exco tidak mendapat elaun dan kemudahan dan lain-lain lagi.
Tetapkan matlamat perjuangan. Walaupun kamu tiada kuasa untuk meluluskan lesen balak dan tanah, kamu masih boleh menjaga kebajikan rakyat di bawah kamu. Percayalah banyak program untuk kebajikan rakyat boleh kamu lakukan, antaranya membantu meningkatkan ekonomi penduduk miskin, membaiki jalan-jalan kampung yang rosak dan macam-macam cara lagi... Panggillah exco-exco kamu bermesyaurat, hadirkan juga penasihat-penasihat walaupun mereka hanya sebagai tukang sapu atau nelayan atau peminta sedekah yang kamu jumpa di pinggir jalan. Ciptalah satu sistem pemerintahan yang baracuankan sistem Baginda.
Rasullullah telah memberi garis panduan, bagaimana membentuk sebuah kerajaan yang baru, ianya bermula dengan kosong dan serba kekurangan. Sedangkan kamu sudah ada pejabat dan rumah yang sesuai sebagai pusat pentadbiran, penasihat yang bijak-bijak ramai, sumber kewangan pun ada. Apa lagi, teruskan kerja kamu, jangan bertangguh lagi. Bila kita sesat kita kembali ke pangkal jalan, bila kita serasbut dengan sitem sekarang, kita kembali pada sistem yang telah Baginda Rasullullah sediakan untuk kita semua. Rujuklah sirah Rasul, terangkan Sistem Hari Pertama Rasullullah memerintah Yatrib... Kami sentiasa bersama MU. Semoga Allah memberkati anda, saya dan semua pejuang dan penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat. Takbir...
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...
-
Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu,
banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan
Pas... entahl...
8 years ago
No comments:
Post a Comment