Kisah Zambry kena halau mungkin boleh menjadi kisah agung dalam politik Malaysia, mungkin akan dikenang zaman berzaman,mungkin akan disembang dari kedai kopi ke kedai mee kari ataupun mungkin akan di bahas hangat oleh pengunjung setia kedai mamak capati.kisah lanjut boleh tengok blog otai manjung.
Maka kerana diperlakukan sehina demikian Zambry telah meluahkan kekecewaannya, antara yang menjadi kesedihannya ialah,
"
Perkara yang paling saya tidak gemar ialah bila agama menjadi sandaran untuk seseorang menabur fitnah dan menabur maki hamun yang tidak langsung ada batas-batas keagamaan.
Saya tidak dapat bayangkan bagaimana akhbar yang menjadi lidah rasmi sebuah parti yang berteraskan perjuangan Islam tidak rasa berdosa dan bersalah menulis sesuatu yang penuh dengan kebencian sehingga melahirkan generasi pembenci yang sangat parah buat ummat Islam sendiri.
Demikian juga dengan portal-portal berita yang dikeluarkan selain dari blog-blog yang menulis penuh manipulatif sehingga hilangnya rasa "mahabbah" (kasih-sayang sesama umat)."Baru kita sedar bahawa Zambry merasa sedih kerana dihalau oleh tuan tanah di Lekir yang tak benarkan Zambry melawat rumah dia.
Baru sekarang Zambry rasa macam mana perasaan kena halau yaa..kesian, kesian ...cuma untuk peringatatan kita, Tuhan itu maha kaya, setiap yang kita lakukan pasti akan mendapat balasan..
Sekarang Zambry dibayar cash apa yang dia lakukan kepada HJ Nizar, bila dia mengarahkan HJ.Nizar dan Adun Pakatan Rakyat keluar dari Pejabat Menteri Besar, sedangkan Nizar masih lagi menteri Besar yang sah masa dia diminta keluar,,ooo masa dia halau orang boleh pula ya, tak kira mahabah pulak..
Itu balasan didunia baru, di Akhirat belum lagi..
4 comments:
salam semua,
hukum karma diterima semasa hidup didunia lagi. janganlah kita berlaku zalim pada makhluk tuhan.
Di Malaysia ini, dimana atau bila pernah kita dengar seorang pemimpin lebih2 lagi dari umno yang pernah di halau oleh siapa2 pun. Ini terbukti bertapa marahnya rakyat Perak terhadap umno terutama pemimpinnya. Tabik saya kepada tuan punya tanah yang berbuat demikian. Tuan itu buat demikian kerana dia orang bermaruah.
saya pun nak Tabik tuan tanah tu..... xxx cccc ggg---- Selamat Tuan!!! (kejor yup kejor!)
saya pun nak tabik tuan rumah tu... xxx ccc bbb ddd.... Tuan!!!
(kejor mamak, yup kejor!)
Post a Comment