Monday, June 8, 2009

FIQH AWLAWIYYAT MEMILIH PAS PERPADUAN ATAU KERAJAAN PERPADUAN



Setelah selesai Muktamar, semua perwakilan akan pulang dan meneruskan agenda Islam dalam memenang PAS di persada politik Malaysia.

Namun, awas kepada mereka yang masih menimbulkan isu-isu perbedaan pendapat yang boleh mengeruhkan lagi perpaduan antara ahli.

Ahli PAS dan pejuang PAS perlulah pandai dalam memilih isu-isu mengikut keutamaan, pada masa inilah fiqh Awlawiyyat perlu diamalkan.Fiqh awlawiyyat bermaksud Fiqh
meletakkan sesuatu pada martabatnya secara adil. Perkara itu baik merupakan hukum, nilai dan kerja amalan.

Maka sesuatu amalan itu sebagai contoh, hendaklah diutamakan apabila ia patut diutamakan, lalu tidak patut diutamakan apabila ia kurang penting berbanding dengan yang lebih penting. Jadi jangan diutamakan yang kurang penting daripada yang lebih penting.

Dengan kata lain, jangan memperbesarkan perkara remeh temeh dan jangan memperkecil perkara yang sebenarnya besar. Sesuatu kerja yang asas dan dasar harus didahulukan berbanding dengan kerja yang berbentuk cabang. Oleh sebab itu umat Islam memerlukan pemahaman yang baik berkait dengan fiqh awlawiyyat atau dikenali juga dengan istilah fiqh maratib al-a`mal sama ada dalam perkara kebendaan mahu pun maknawi, pemikiran atau sosial, ekonomi atau politik, perpaduan atau kerjasama.

Fiqh memilih perkara yang lebih utama daripada yang utama adalah menjadi satu amalan yang amat bermanfaat dalam gerakan Islam.

Demi menjaga kemaslahatan jemaah,isu-isu yang boleh menimbulkan perpecahan haruslah ditolak sebaliknya memilih isu-isu yang membawa perdamaian.

Isu yang perlu dibawa oleh perwakilan ke kawasan ialah, PAS tidak akan bergabung dengan Umno. Dimana semua perwakilan telah setuju bahawa tidak akan ada lagi kerjasama dengan umno. Ini bermakna segala isu yang berbangkit selepas Muktamar akan dengan sendirinya tertolak..

Antara lain yang tertolak adalah isu-isu yang berlaku sebelum Muktamar,maka tidak perlulah diungkitkan kisah yang telah menjadi sejarah dan janganlah ada usaha untuk mengorek rahsia daripada ust.Ahmad Awang berkenaan kenyataannya bahawa memang ada orang yang menelefonnya dan mengatakan " Tidak bolehkah kita bergabung dengan Umno"

Pendirian Ust.Ahmad Awang untuk merahsiakan individu tersebut perlulah dihormati dan dipuji sebagai tindakan yang tepat demi untuk menjaga keharmonian jemaah..

Sebagi ahli PAS kebijaksanaan dalam memilih isu amatlah perlu dan pilihlah isu yang memberikan kebaikan kepada Jemaah berdasarkan fiqh awlawiyyat. dan sebarkanlah isu yang baik tadi sebagai penawar sama ada melalui percakapan ataupun tindakan.

Ketika dan saat ini isu yang hangat di perkatakan ialah Kerajaan Perpaduan. Isu kerajaan Perpaduan ini boleh memecahkan PAS kepada dua puak.Demi memastikan PAS tetap bersatu dan kukuh perpaduannya maka perpaduan didalam PAS perlulah diutamakan terlebih dahulu. Memandangkan TG.Hadi Awang telah menarik balik idea Kerajaan Perpaduan ini, maka tidak perlulah di gembar gemburkan isu Kerajaan Perpaduan ini.

Demi keharmonian PAS Keutamaan memilih PAS PERPADUAN adalah lebih utama(awla)daripada KERAJAAN PERPADUAN,

No comments: