Thursday, June 25, 2009

TAHNIAH PASTI KAWASAN LUMUT



Tahniah diucapkan kepada PASTI LUmut kerana berjaya melahirkan pemain yang hebat, mampu mewakili Malaysia nanti..dengar khabar ada sumbangan penghargaan daripad PAS kawasan Lumut,,kalau ada Alhamdulillah la..

di ambil dari blog ust nasharuddin, untuk lebih lanjut klik sini1. Hebat ! Alhamdulillah , satu pesta sukan bertaraf nasional . Berjaya dilangsungkan dengan gemilang dan mencapai objektif .


2. Bukan sahaja menerima kunjungan yang luar biasa di Mini Stadium UNISEL Kuala Selangor tetapi juga menerima penyertaan yang cukup memuaskan . Hanya satu negeri yang tidak berkesempatan menyertainya iaitu Sarawak.



3. Saya sempat menyaksikan pertandingan semi final dan final bola sepak PASTI peringkat kebangsaan ini yang akhirnya dimenangi oleh negeri Selangor .


4. Pertandingan diadili oleh pengadil yang berpengalaman dan diiktiraf oleh FIFA . Mereka terdiri dari pengadil negeri Selangor yang terlibat dalam liga super dan liga peringkat negeri Selangor .


5. Walau berorientasikan riadah bagi melahirkan pelajar PASTI yang memiliki jasad yang cerdas dan aqal yang pintar , riadah [ sukan ] mereka bukan sekadar bermain tetapi penuh skil dan gaya sebagai ahli sukan yang profesional . Kebetulan ada seorang dua saya lihat mempunyai gaya permainan mirip Christiano Ronaldo dan Lionel Messi . Kalau jurulatih bola sepak Kebangsaan menyaksikan perlawanan mereka , saya yakin beliau juga akan terpesona melihat bakat - bakat cilik ini .


6. Namun , apa yang penting ialah semangat ukhuwwah , semangat kesukanan , semangat setiakawan , kemesraan , keseronokan , kebahagiaan , keceriaan dan 1001 lagi perasaan yang segar dan mekar berbaur di tengah padang seharian bersama pesta PASTI . Sekaligus mengangkat nama Dewan Pemuda PAS kian harum bersama institusi PASTI yang mula menguasai dunia pendidikan Pra Persekolahan di peringkat nasional .


7. Selepas ini saya cadangkan agar PASTI boleh mengadakan perlawanan persahabatan dengan tadika KEMAS , TABINO , TASKI dan lain - lain pusat pengajian pra persekolahan bagi mengeratkan hubungan dan membawa PASTI lebih jauh ke persada dunia pendidikan negara . Mungkin enggagement melalui aktiviti sukan ini boleh menjadi bibit mula ke arah itu dan secara tidak langsung membawa Dewan Pemuda PAS mendekati semua pihak .


8. Harapnya selepas ini , pesta pidato dan kesenian Islam yang akan dianjurkan pada peringkat PASTI juga akan mencapai kejayaan gemilang dan berjaya melahirkan bakat - bakat baru yang bakal menguasai pula pentas pidato pada masa akan datang guna membawa risalah perjuangan ini kepada ummah .


9. Tahniah sekali saya ucapkan kepada semua warga PASTI yang berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi . Khasnya kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Dewan Pemuda PAS Pusat , En. Azrin Abd Majid yang menunjukkan komitmen tinggi untuk membangunkan cita - cita besar perjuangan Islam ini melewati PASTI yang berada dibawah tanggungjawabnya .


10. Semoga PASTI lebih berjaya selepas ini dan meneroka ruang dan aktiviti yang lebih menarik dan berkesan . Pula berjaya menguasai bidang pengajian dengan lahirnya pelajar - pelajar pintar dan cerdas samaada di peringkat pra persekolahan ataupun di peringkat sekolah rendah . Selamat Maju Jaya dengan iringan keberkatan dari Allah swt . Takbir !

No comments: