Wednesday, June 10, 2009

Mustafa Ali Setiausha Agung dan Ust.Idris Ahmad Ketua Penerangan


Datuk Mustafa Ali hari ini dilantik sebagai setiausaha agung baru PAS manakala Dr Hatta Ramli kekal memegang jawatan bendahari.

Manakala bekas naib presiden - Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu - yang tewas dalam pertandingan jawatan timbalan presiden - dilantik menganggotai jawatankuasa PAS pusat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Husam dan Mohamad dilantik sebagai AJK dengan tugas-tugas khas perancangan dan strategi parti.

Manakala bekas timbalan ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Idris Ahmad dilantik sebagai ketua penerangan.


Pelantikan mereka diputuskan dalam mesyuarat pertama AJK pusat di ibunegara hari ini.

Mustapa menggantikan Datuk Kamaruddin Jaafar yang menang jawatan AJK dalam pemilihan dalam muktamar parti itu minggu depan.

Pelantikan Mustafa yang juga pesuruhjaya PAS Terengganu sudah dijangka kerana beliau merupakan penyokong kuat idea kerajaan perpaduan yang dibawa oleh Abdul Hadi.

Beliau juga merupakan pengerusi akhbar rasmi PAS - Harakah - dan juga memegang jawatan pengarah pilihanraya PAS.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat AJK itu, Abdul Hadi berkata mesyuarat hari ini tidak menyentuh langsung mengenai isu kerajaan perpaduan.

Ditanya mengenai perjumpaan sulit Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan beberapa pemimpin PAS yang menolak kerajaan tempatan, Abdul Hadi berkata beliau tidak tahu.

Beliau juga menyentuh tentang pertemuannya dengan menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew semalam.

Abdul Hadi berkata, pertemuan tersebut adalah atas undangan Lee yang ingin tahu dasar luar PAS, termasuk terhadap republik itu.

No comments: