Monday, June 15, 2009

APAKAH ROH PERJUANGAN UST FADHIL NOOR TELAH HILANG DARI KITA




Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, mantan Presiden PAS adalah seorang tokoh LEGENDA. Ketajaman bacaan politiknya memang tidak boleh disangkal oleh kawan dan lawan. Ustaz Fadzil Noor merupakan perintis kepada penubuhan Barisan Alternatif yang kini diberi nafas baru iaitu Pakatan Rakyat.

Gagasan politiknya telah berjaya meletakkan PAS sebagai sebuah Parti Islam yang amat digeruni oleh musuh serta amat dikagumi oleh rakan-rakan dalam pakatan pembangkang.

Ketinggian pemikiran politiknya tidak menghalang beliau menjadi seorang yang begitu merendah diri. Ini terbukti apabila Ustaz Fadzil Noor merintis jalinan persaudaraan dan pakatan dengan Anwar Ibrahim. Walaupun Anwar telah melukakan hati Ustaz Fadzil Noor semasa di dalam UMNO, tetapi Ustaz Fadzil telah memaafkan itu semua. Mereka bersatu hati, tenaga dan berjuang dalam Gelombang Reformasi 1998 yang mencatatkan sejarah tanahair Malaysia.

Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah berkata bahawa “Gelombang Reformasi 1998 ini tidak akan berhenti malah ia akan terus menggoncang pentas politik Malaysia. Tunggulah hasilnya selepas 10 tahun.” Sesungguhnya apa yang diramalkan oleh Almarhum Ust.Fadhil Noor memang tepat dan buktinya kita boleh lihat selepas PRU 12 lepas.


Almarhum Ustaz Fadhil Noor akrap dilihat sering memberikan komen dan respon yang segera bila ditanya oleh pemberita dan wartawan, namun setiap kenyataan dan penegasannya yang bernas lagi berfakta disertakan dengan ketajaman ilmu mantik sering memerangkap wartawan dan pemberita dari mengambil kesempatan terhadap setiap kenyataannya.

Almarhum Ustaz Fadhil Noor terkenal sebagai seorang yang pandai memberi sindiran pedas tapi sarat dengan nasihat dan bermesag sudah cukup untuk menutup mulut pemimpin Umno dan media arus pembodek umno dari menyerang beliau.contoh yang saya masih ingat ialah bila beliau menjawab mengenai tuduhan PAS gila kuasa, dengan spontan beliau menjawab "memang PAS nak kuasa, nak ambik kuasa dari orang gila"

Kita perlu belajar mencontohi kebijaksanaan beliau dalam berpolitik dan mengkaji pendekatan beliau memimpin PAS semasa hayatnya. Walaupun beliau telah meninggalkan kita namun roh dan semangat perjuangannya tetap hidup bersama,selagi kita perjuang apa yang diperjuangkannya..

Antara ungkapan Almarhum yang masih segar dalam ingatan saya ialah ketika beliau meminta supaya ahli PAS sentiasa berubah sambil memberi perumpamaan seperti air, katanya , kita hendaklah selalu berubah seperti air yang mengalir,bila air berada dilangit ia akan berubah turun menjadi hujan lalu memberi kehidupan kepada haiwan dan tanaman. Bila berada diatas,air akan mengalir ke lurah dan sungai lalu membersihkan sungai-sungai dari kotoran sampah.Dan jangan jadi air yang bertakung, kerana air yang bertakung tidak berubah, air yang bertakung tidak suci dan akan menjadi kotor dan menjadi penyebab kepada penyakit..

No comments: