Sunday, February 14, 2010

SAMBUNG KULIAH TRANSFORMERS



kuliah Tranformers hari tu yang aku dengar dekat surau tak ada sambungan, tapi bila aku nak cerita balik dalam blog,, panjang lah pulak, sampai kena ada sambungan....

sambungan dari Transformers, Optimus Prime dan Deception...

Apabila malaikat Jibrail menunjukkan rupanya yang sebenar, Nabi tergamam tidak terkata apa-apa kerana badan malaikat Jibrail telah menutupi seluruh bintang dan cakrawala. Besarnya Malaikat Jibrail, kalau diibaratkan seperti sehelai bulu yang melekat di sayap Malaikat Jibrail kalau jatuh ke dunia ini, maka akan dapat menutup seluruh alam dunia yang kita hidup sekarang ini.

“Wahai Jibrail besarnya kamu”, kata Nabi kepada Jibrail. Jawab Jibril “jangan cakap begitu wahai Rasullallah, sesungguhnya ada yang lebih besar lagi dari aku iaitu malaikat Israfil”. Malaikat Jibrail hanya mempunyai 300 sayap sahaja tetapi Malaikat Israfil ada 600 sayap. Ada lagi yang lebih besar dari malaikat Jibrail, iaitu malaikat yang bertugas memegang Arash Allah. Subhanallah hebatnya kekuasaan kamu Ya Allah.

Sebelum Nabi bergerak meninggalkan Jibrail, baginda sempat bertanya wahai jibrail apa yang kamu hendak aku sampai kan kepada Allah. Kebetulan memang Malaikat Jibrail ada hajat yang inggin disampaikan kepada Nabi supaya dibawa ketika berjumpa dengan Allah nanti. “Ya Rasullallah apabila engkau berjumpa dengan Allah nanti tolong sampaikan permintaan aku ini” berkata malaikat Jibrail kepada Nabi. “wahai Jibrail apa dia permintaan kamu” Tanya Nabi. “aku minta agar Allah membenarkan untuk aku menggunakan sayap aku ini sebagai jambatan untuk digunakan oleh umat Nabi Muhammad ketika mereka meniti jambatan titian sirodh nanti” , hai alangkah beruntungnya menjadi umat Nabi Muhammad, tapi kita ramai yang tak tahu.. rugi-rugi.

Lalu Nabi pun pergi mengadap berjumpa denganAllah. Dalam pertemuan itu Allah mengucapkan salam kepada Nabi dan dijawab oleh Nabi dengan memuji dan memuja Allah yang maha agong. Ketika bertemu dengan Allah banyaklah benda yang dikhabarkan kepada Nabi kita, antaranya ialah apabila hampir kiamat Dajjal akan keluar. “Ini yang akan saya sentuh dengan lebar” kata ustaz penuh confident dan yakin sambil membetulkan lebai putih diatas kepalanya menyerlahkan lagi wibawa seorang ustaz. “Penampilan pun kena jaga juga” aku pula kata tapi dalam hati ja la.

Berbalik kita kepada cerita Dajjal tadi, dalam hadith menyatakan bahawa apabila hampir kiamat Dajjal akan keluar dari tempat persembunyianya. Disebut akan keluar tidak disebut akan lahir, maknanya Dajjal memang sudah ada , Cuma tungu masa dan takdirnya sahaja untuk menunjukkan dirinya.,

Bila sebut pasai Dajjal, makna Dajjal ini dalam bahasa Melayu adalah pendusta. Kalau orang belah kedah sana nun bila depa marah kat orang tu sebab tipu dia, selalu yang dia sebut” Dajjee hang niee”. Itu orang belah utara sana nun,tapi orang sebelum utara pun cakap macam tu juga.

Dalam bahasa inggeris pula Dajjal ini disebut sebagai deception. Deception ini dalam bahasa Melayu adalah penipuan. Bila sebut sahaja deception saya terus terlintas dalam fikiran saya decepticon dalam filem transformers. Tuu dia baru boleh masuk cerita pasai Transformers, dia kena pusing-pusing jauh dulu baru boleh cerita kalau tidak habis modal awal.

Orang yahudi sekarang mereka dengan giat mengkaji hadith nabi dan al-quran kerana mereka telah kehabisan modal, cuba kita tengok filem-filem terbaru sekarang kebanyakkannya semua menceritakan Bumi akan hancur dan musnah. Filem terbaru cerita bertajuk 2012 mengisahkan bumi akan tengelam dan bangunan-bangunan semua akan hancur.

Dalam transformers satu puak jahat nama dia decepticon dan satu puak baik nama dia Optimus Prime.
Decepticon ni maksudnya Dajjal, Optimus Prime nie maksud dia lebih kurang “orang yang percaya kepada ajaran atau kekuasaan yang satu” macam orang beriman lah maksud dia. Mereka tiru bulat-bulat dari kisah orang Islam.

O.K , dalam cerita Tranformers , Optimus prime iaitu nama ketua bagi kumpulan yang baik telah bertarung dengan puak Decepticon. Dalam pertarungan itu Optimus Prime telah terbunuh, sebab puak Decepticon ni main mengelat, tak aci orang kata, depa ramai lawan Optimus Prime sorang. Bila dia mati, hanya ada satu sahaja yang boleh menghidupkan dia kembali iaitu mendapatkan Kristal ajaib untuk dimasukkan kedalam jantung dia, robot pun ada jantung ka,, itu aku tak mau komen…

Dalam perjalanan untuk mencari Kristal tadi tiba-tiba ditayangkan gambar pyramid di mesir. Bila Nampak sahaja pyramid saya terus kata “ini bukan pasal cerita transformers sahaja, it must be something else behind there” kata ustaz tadi sambil diselit dengan bahasa orang putih. Jemaah surau memang tak hairan kalau ustaz boleh cakap orang putih sebab ustaz ni special sikit, dia adalah seorang doktor perubatan yang terkenal di Malaysia.

Dalam cerita Transformers di Piramid tersimpan satu kuasa hebat yang dapat menghidupkan semula Optimus Prime. Kerana di dalam Piramid tersimpan roh-roh pahlawan yang agung yang sangat hebat mampu memberikan kuasa luar biasa kepada siapa yang dapat memilikinya. Ia juga sebagai perangsang untuk mengaktifkan kuasa Massiah iaitu pemimpin agung yang di tunggu-tunggu bangsa Yahudi dipercayai berada di bawah tapak Haikal Sulaiman yang sekarang in berada di bawah masjidul Aqsal di Palestin.

Rupa-rupanya pengarah filem berbagsa yahudi ini juga mengkaji kisah Nabi Sulaiman. Dalam kisah Nabi Allah Sulaiman, ada satu riwayat yang menceritakan bahawa Nabi Allah Sulaiman a.s telah memanggil seluruh Jin-jin diatas muka bumi ini, termasuklah Jin Afrit. Jin Afrit ini ialah ketua bagi segala Jin-Jin diatas muka bumi. Di dalam kisah ini merakamkan bagaimana Nabi Allah Sulaiman telah membina suatu tempat yang bernama Haikal Sulaiman dan menggurung segala Jin-Jin yang hebat termasuk Jin Afrit di bawah tapak Haikal Sulaiman.

Haikal Sulaiman dipercayai didirikan pada tahun 960 SM oleh Nabi Sulaiman a.s, 370 tahun kemudian bangsa Babilyon menaluk Juruseleem dan menghancurkan kuil tersebut. Setelah itu, tentara Parsi yang dipimpin Cyrus menaluki Yerusalem dari tangan Bibilon dan membangun semula Haikal Sulaiman.

Tetapi pada tahun 70 M, pasukan Romawi menyerang Jurusalem dan menghancurkan kembali Haikal Sulaiman meratakannya separas tanah.

Kurun demi kurun berlalu, namun cita-cita kaum Zionis-Yahudi untuk membangun kembali Haikal Sulaiman terus membara. Kerana bagi mereka Haykkal sulaiman yang termaktub dalam torrah (kitab Taurat) itu adalah pusat dunia dan di situ bakal lahirnya Massiah (pembela) bagi kaum Yahudi. Setengah pendapat menyatakan Massiah itulah Dajjal yang akan menghancurkan Islam. Jadi mereka memerlukan persedian untuk menyambut Massiah.

Rancangan telah lama disusun, ketika gerakan Zionisme Internasional memulakan kongres pertama di Bassel, Swiss, tahun 1897, seorang paderi besar Yahudi, Theodore Hertzl menyerukan agar semua Yahudi dari seluruh dunia kembali semula ke Tanah Palestin yang disebutnya dalam Taurat sebagai sebagai Tanah Perjanjian.

Atas pendapat kaum Zionis, bahawa di bawah tanah Masjidil Aqsha inilah Haikal Sulaiman berdiri. Sebab itu, mereka berpendapat tidak ada pilihan lain kecuali menghancurkan Masjidul Aqsa dan kemudian membangun kembali Haikal Sulaiman di atasnya.

Dalam keyakinan Yahudi yang sesungguhnya telah tersasar dari Taurat yang dibawa oleh Musa a. S., bangsa Yahudi meyakini bahwa di suatu hari nanti seorang Messiah (penyelamat) akan menjadi pembela kaum Yahudi dan memimpin dunia. Inilahlah yang menjadi intipati perjuangan mereka untuk merebut kembali Baitulmukadis.
Patutlah orang Yahudi beria-ria mahu menakluki kota Baitul maqdis, kerana mereka mempercayai Dajjal akan keluar tidak lama lagi.

Banyak penulisan mengenai kemunculan Dajjal juga telah dikaji oleh sarjana Islam. Tanda-tanda akan munculnya Dajjal juga telah banyak dikupas oleh penulis-penulis Islam. Namun kita hari ini macam buat tak ambil kisah. sepatutnya kita dapat membaca mesej dari pengkhabaran tersebut agar melipat gandakan usaha dalam memperjuangkan agama Allah dan bersama-sama dengan jemaah Islam untuk memerangi Dajjal.

No comments: