Wednesday, February 10, 2010

APA ALAMAT DARI KEKALAHAN NIZAR.



Izinkan saya menceritakan sejarah perjuangan PAS supaya kita mengambil iktibar dan pengajar serta panduan dalam meneruskan perjuangan ini, “eh kenapa nak minta izin pulak, ini kan blog aku, belasah ja”.Bukan apa sengaja nak mengformalkan tulisan aku yang carca merba ni.

Rentetan dari peristiwa 13 MEI 1969 UMNO terdesak untuk mendapat penyatuan Melayu, agar melayu kembali menjadi kuasa besar.Tun Razak berjaya menarik PAS melalui Presiden PAs Dato ASri untuk bertahaluf siasi dengan Umno pada tahun 1973 diatas lambang Kapal Layor PERIKATAN, BN tak ada lagi masa tu dan bertahan selama 4 tahun sahaja.

Satu penipuan terbesar umat berbangsa melayu telah menoktah hitamkan sejarah perjuangan PAS dalam Negara ini.

1973 PAS masuk Perikatan
1974 BN ditubuhkan (setelah kuatnya melayu), BN semakin kuat, dan PAS ditendang begitu sahaja dalam tahun 1977

Kita perlu mengambil iktibar kekalahan pada tahun 1978, PAS mengalami kekalahan yang teruk di Kelantan dan negeri-negeri yang lain. Kekalahan ini adalah akibat daripada perpecahan dalaman selepas dikhianati oleh Umno. Pada PRU 1978 PAS hanya menang 2 kerusi batu nisan sahaja.

Kekalahan PAS yang pertama disebabkan perpecahan dalaman, kedua dilempar fitnah oleh musuh, dan ketiga kerana terdapatnya pimpinan PAS yang membina kekayaan secara mendadak ketika PAS bergabung dengan UMNO dahulu.

Ketiga-tiga faktor tadi menyebabkan ahli-ahli PAS di Perak dan Kedah mengambil sikaf berdiam diri tidak mahu ambil peduli tentang apa yang nak berlaku kepada PAS. Namun ada juga dikalangan ahli-ahli yang begitu kecewa dengan pimpinan pada masa itu lalu mengambil tindakan untuk memasuki UMNO semula.

Segala pahit maung, jerit perik dugaan ini PAS tempuhi dengan penuh kesabaran. Bukan sedikit mahar yang telah dikeluarkan untuk berada pada tahap sekarang ini. Ketika mana nasib perjuangan PAS sudah terancam, ketika mana ahli PAS sudah tidak mampu lagi untuk menerima kepimpinan Dato’ Asri yang dilihat sudah lari dari orbit perjuangan Islam yang sebenar, maka pada masa itu, Pemuda telah memainkan peranan yang penting untuk menyelamatkan PAS.

Pemuda yang dibawah kepimpinan Mustafa Ali dan Ustaz Abu Bakar Chik telah melulus usul agar PAS di teraju dibawah kepimpinan ulama. Dengan slogan kepimpinan ulama yang di terajui oleh Allahyarham Tuan Guru Fadhil Noor di peringkat pusat, Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Terengganu dan Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan, PAS telah mula menempa nama yang gah di persada politik Malaysia.

Ustaz Fadhil dengan pidatonya yang memukau anak-anak muda serta kehebatan beliau dalam menangkis segala tohmahan umno sering menjadi bualan generasi muda waktu itu.

Kuliah –kuliah aqidahTuan Guru Abdul Hadi Awang menjadi pencetus kebangkitan Mahasiswa Islam di universiti-universiti tempatan.Taujihadnya begitu menusuk kehati dan sanubari anak-anak muda dalam memilih perjuangan Islam sebagai satu trend ideology mereka. Hujah –hujah beliau sering di copy peaste kan oleh naqib2 usrah di kampus.

Usrah mula diperkenalkan di universiti, dikampung-kampung di jabatan kerajaan dan merebak keseluruh cawangan. Ini lah asas dan kekuatan kita yang sebenar.

Dengan tidak kenal erti putus asa PAS bertanding dalam pilihanraya, akhirnya Allah telah memberikan kemenangan yang besar kepada PAS dalam PRU KE 12 2008. Namun segala kesabaran dan pengorbanan dalam berjuang telah dirampas dan diperkosa oleh Umno kurang ajar. Zambry telah menjadi makhluk perosak dalam sistem demokrasi Negara kita.

Pengkhianatan ini adalah kemuncak kepada segala kezaliman dan kedurjanaan Umno dalam menghancurkan agama dan Negara. Keputusan mahkamah yang memihak kepada Zambry telah menghantar mesej yang jelas bahawa sistem demokrasi telah tertutup rapat bagi rakyat untuk menuntuk keadilan.

Bagi pemuda dan pejuang-pejuang Islam bilamana saluran muwajahah silmiah ini telah tertutup, maka bersiap sedialah untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan yang akan ditentukan oleh Allah dalam meneruskan perjuangan menegakkan agama Allah yang ulya di atas bumi Malaysia ini.

Bila mana sudah sampai panggilan syahid dan seruan jihad semakin kuat berkumandang, kita perlu bertanya kepada diri kita. Bagaimanakah persiapan kita dan bekalan kita. Bagaimana tarbiyyah kita, adakah masih diperingkat taarif ataupun tak ada peringkat Adakah qiamulail menjadi program rutin diri kita ataupun kita sudah terlupa untuk memasukkan agenda qiamulail dan bertahajud dalam master plan gerak kerja bulanan dan tahunan kita.

Sebagai pemuda dan pejuang islam kita termasuk dalam golongan yang telah berjanji kepada Allah untuk mengorbankan jiwa dan raga kita demi perjuangan yang mulia ini. Seperti mana yang di firmankan oleh Allah dalam surah al-Ahzab dan Yakinlah dengan janji Allah didalam al-Quran

“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun”. (23) Al-Ahzab

No comments: