Monday, April 13, 2009

RAJA TOL NAK MASUK KABINET..

Umum telah mengetahui bahawa wakil MIC di dalam Kabinet baru hanyalah seorang menteri dan dua timbalan menteri dari parti itu.Maka dengan itu timbulah rasa tidak puas hati parti itu berhubung peruntukan kerusi dalam kabinet baru, dan seharusnya akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa kerja pusat MIC (CWC) .

Desas desus juga timbul dengan satu laporan dari sebuah berita portal bahawa Datuk Seri S.Samy Vellu meminta jawatan senator bagi dirinya supaya beliau dapat dilantik menganggotai kabinet seperti mana apa yg terjadi kepada Parti Gerakan.

Datuk seri Samy Vellu bagaimanapun menolak dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa dakwaan itu karut dan muslihat yang nakal..

Apa yang telah diketahui,MIC sememangnya telah ditolak hampir 100% dari kaumnya sendiri iaitu kaum India.Ini dapat dilihat dengan kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh Parti itu di dalam Pilihanraya Umum yg lalu dan juga yang terbaru di Bukit Selambau..

Penyebab utama penolakan tersebut adalah majoriti kaum india telah merasakan bahawa selama ini MIC gagal membela nasib mereka..hanya segelintir sahaja yg rapat dengan para pemimpin MIC disemua peringkat mendapat "Laba" darinya..

Seterusnya kegagalan MIC menangani isu "Hindraf"....sehingga ke hari ini..dan juga isu "Kugan" yang agak panas baru-baru ini..

Apa yang dilakukan oleh PM ke6 dengan melantik bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Koh Tsu Koon sebagai Senator dan dimasukan ke dalam Kabinet sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (perpaduan dan pengurusan prestasi) telah menggambarkan sesuatu yang songsang dengan semangat "Satu Malaysia"..ini kerana Datuk Seri S.Samy Vellu juga "kalah" semasa pilihanraya umum yang lalu..seharusnya isu ini akan menimbulkan pelbagai soalan difikiran setiap ahli MIC bahawa sememangnya berlaku ketidakadilan di dalam rombakan Kabinet PM ke6..(peringatan; Koh Tsu Koon juga kalah didlm pilihanraya umum yang lalu)

Pertambahan wakil kaum Cina didalam Kabinet PM ke 6 baru-baru ini juga menambahkan lagi duka di dlm hati setiap pemimpin MIC khususnya Datuk Seri S Samy Vellu...

Apa yang pasti semakin lama perkara ini tidak dapat diselesikan oleh PM ke6 maka akan datang "Roh hantu Altantunya" dan menjelma sebagai Samy Vellu yang akan sentiasa membelenggu,mengekori dan mengganggu PM ke6 setiap masa..


Inilah rupa sebenar "Satu Malaysia" yg diwar-warkan oleh PM ke6.....poodahhcitt!!!!!

- by usinwafer

No comments: