Abu AMIR Ibn Rhahib berasal dripada Madinah merupakan penganut agama Nasrani dari suku kaum khazraj. ketika Nabi berhijrah ke Madinah dia melarikan diri ke Mekah kerana tidak boleh menerima kepimpinan Rasulullah. Abu Amir Ibn Rahib merupakan orang yang berpengaruh pada zamannya lalu menyebabkan dia merasakan bahawa dia lebih hebat dan lebih layak daripada Rasulullah untuk menjadi pemimpin.
Semasa di Mekah dia telah berpidato di hadapan suku kaumnya meminta mereka menentang Rasulullah tetapi hasutannya telah di tolak mentah-mentah oleh mereka. melihat kepada keadaan tersebut, telah menyebabkan Abu Amir Ibn Rahib mendapatkan pertolongan daripada Rom yang pada masa itu dipimpin oleh Raja heraclius.
Dalam misi sulit menubuhkan kerajaan pakatan dan campuran dengan Rom, Abu Amir telah bermuqabalah dan musyawarah dalam misi untuk mengadakan tahaluf siasi, namun bukan atas prinsip demokrasi, kerana pada masa itu belum ada perjuangan berasaskan parti, dan kemenangan juga tidak di ukur dari jumlah-jumlah kerusi yang diundi, tapi diukur berdasarkan kekuatan senjata besi iaitu parang besi dan pedang besi.
Pada masa yang sama Abu Amir telah menyusun SB-SBnya untuk menjadi perisik kepada Abu Amir dari kalangan puak munafik yang bersedia melompat parti demi untuk menghancurkan kerajaan pakatan Muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah. Puak-puak munafik yang akan melompat tadi adalah dari kaum Bani Ghunam.
Puak-puak melompat telah menubuhkan organisasi baru atau jemaah baru dan mempunyai 12orang AJK sendiri termasuk antaranya ialah Abu Tsa' Labah. Dengan tertubuhnya Organisasi baru, mereka telah mengatur strategi dan menyusun beberapa pelan tindakan. Antara perancangan mereka ialah mendirikan sebuah bangunan untuk dijadikan sebagai benteng atau kubu kepada tentera Rom yang akan datang menyerang kerajaan pakatan Muslimin nanti.
Lalu mereka membina sebuah Masjid Dhiraar yang berdekatan dengan Masjid Quba'. Masjid Dhiraar yang bermaksud bahaya atau celaka itu dibina atas dasar kufur adalah seperti jemaah baru atau organisasi yang baru yang menganggu perjalanan jemaah Muslimin yang telah sedia ada. Bukan sahaja menganggu malah boleh memecah belah kesepakatan kaum Muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah.
Menurut tafsir Ibn Khathir dan Tafsir AL-Azhar pembinaan Masjid Dhiraar ini ialah suatu perancangan halus yang pada dasarnya nampak seolah-olah melakukan kerja baik bahkan mereka juga mendakwa tujuan pembinaan Masjid Dhiraar adalah untuk kebaikan kaum Muslimin dan untuk membantu Nabi. Namun disebalik kebaikan yang diwayangkan tersembunyi seribu kejahatan dan pengkhianatan.
Mutakhir ini banyak gerakan islam atau pertubuhan serta organisasi yang melaungkan untuk memperjuangkan Islam sehinggakan Umno yang tak ketahuan punca pun sekarang mengaku mereka lah yang memperjuangkan Islam yang sebenar. Menjadi persoalan sekarang ialah jika semua persatuan,organisasi dan kumpulan yang melaungkan memperjuankan Islam kenapa mereka tidak boleh berkerjasama dengan PAS yang memang dari dulu istiqomah dengan dasar perjuangan Islamnya.
Walaupun PAS merupakan gerakan Islam yang paling relevan dan konsisten dalam perjuangannya. Namun PAS juga tidak terlepas dengan ujian dan cabaran yang sekali sekala datang melanda. Sejarah telah pun membuktikan PAS telah berjaya dan mempunyai daya tahan yang amat luar biasa dalam mengharungi ujian yang datang dari luaran Parti seperti dari musuh seteru PAS dulu kini dan selamanya Umno BN.
Kini ujian dan cabaran yang dihadapi oleh PAS lebih tertumpu kepada masalah dalaman sendiri. Apakah gerakan Islam yang kita cintai ini akan mampu menghadapi ujian ala baru di pasca dan era kemenangan. Sebagai Abna ul Harakah iaitu ahli gerakan Islam sudah tentulah kita perlu yakin bahawa Jemaah Islam akan dijaga oleh Allah seperti yang di khabarkan oleh Nabi kita 4000 tahun yang lalu dalam sepotong Hadith yang bermaksud
" Tidak akan kesunyian dari kalangan umat aku yang bangun menegakkan kebenaran, mereka ini tidak boleh dihapuskan oleh musuh yang inggin menghapuskan mereka, sehinggalah Allah mendatangkan Janjinta"
Namun ahli jemaah Islam perlulah mempunyai ilmu yang mantap serta beramal dengan amal jamaie dan ijtimaie bagi membolehkan mereka kebal dengan virus perpecahan,virus berpuak-puak,virus tidak wala',virus tidak amanah,dan virus suka berbantah-bantah dan bertelagah sesama sendiri.
Kembali kepada kisah Masjid Dhiraar, setelah Masjid Dhiraar siap dibina mereka ingin menjemput Nabi supaya datang bersembahyang sebagai membuktikan yang tindakan mereka direstui oleh Nabi Muhammad S.A.W.. Mujurlah Allah telah menurunkan wahyu yang melarang Nabi supaya bersembahyang di Masjid Dhiraar tersebut iaitu di dalam surah at-Taubah ayat 107 hingga 109.
Setelah Nabi mengetahui muslihat puak munafik pelompat tadi lalu Nabi dengan tegas telah mengarahkan supaya Masjid Dhiraar itu di bakar dan dimusnahkan.
Masjid adalah tempat ibadat dan sudah tentulah tempat yang baik dan bermatlamatkan kebaikan dan bermotifkan kebaikan serta mempunyai visi kebaikan. Namun sekiranya terpisah daripada paksi atau berada luar daripada organisasi yang dipimpin Nabi maka ia dianggap boleh menganggu dan memecah belah kesatuan Jemaah Muslimin. Bergerak di luar organisasi Nabi bermakna tidak menumpahkan wala' kepada Nabi dan tidak patuh kepada arahan Nabi.
Begitu juga kisahnya dengan Organisasi atau pertubuhan yang tidak berada di dalam paksi jemaah islam atau di luar dari organisasi Jemaah Islam yang dibangunkan atas nama persendirian atau peribadi sekiranya bertentangan dengan misi dan visi jemaah Islam serta menganggu gugat perjalanan Jemaah Islam dikhuatiri akan menjadi Masjid Dhiraar moden seperti masjid Dhiraar yang dimusnahkan oleh para sahabat atas arahan dari Nabi Muhammad S.A.W.
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...
-
Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu,
banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan
Pas... entahl...
8 years ago
No comments:
Post a Comment