Monday, April 27, 2009

BERPUAK-PUAK DALAM JEMAAH AKAN MEWUJUDKAN MASJID DHIRAAR MODEN

Abu AMIR Ibn Rhahib berasal dripada Madinah merupakan penganut agama Nasrani dari suku kaum khazraj. ketika Nabi berhijrah ke Madinah dia melarikan diri ke Mekah kerana tidak boleh menerima kepimpinan Rasulullah. Abu Amir Ibn Rahib merupakan orang yang berpengaruh pada zamannya lalu menyebabkan dia merasakan bahawa dia lebih hebat dan lebih layak daripada Rasulullah untuk menjadi pemimpin.

Semasa di Mekah dia telah berpidato di hadapan suku kaumnya meminta mereka menentang Rasulullah tetapi hasutannya telah di tolak mentah-mentah oleh mereka. melihat kepada keadaan tersebut, telah menyebabkan Abu Amir Ibn Rahib mendapatkan pertolongan daripada Rom yang pada masa itu dipimpin oleh Raja heraclius.

Dalam misi sulit menubuhkan kerajaan pakatan dan campuran dengan Rom, Abu Amir telah bermuqabalah dan musyawarah dalam misi untuk mengadakan tahaluf siasi, namun bukan atas prinsip demokrasi, kerana pada masa itu belum ada perjuangan berasaskan parti, dan kemenangan juga tidak di ukur dari jumlah-jumlah kerusi yang diundi, tapi diukur berdasarkan kekuatan senjata besi iaitu parang besi dan pedang besi.

Pada masa yang sama Abu Amir telah menyusun SB-SBnya untuk menjadi perisik kepada Abu Amir dari kalangan puak munafik yang bersedia melompat parti demi untuk menghancurkan kerajaan pakatan Muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah. Puak-puak munafik yang akan melompat tadi adalah dari kaum Bani Ghunam.

Puak-puak melompat telah menubuhkan organisasi baru atau jemaah baru dan mempunyai 12orang AJK sendiri termasuk antaranya ialah Abu Tsa' Labah. Dengan tertubuhnya Organisasi baru, mereka telah mengatur strategi dan menyusun beberapa pelan tindakan. Antara perancangan mereka ialah mendirikan sebuah bangunan untuk dijadikan sebagai benteng atau kubu kepada tentera Rom yang akan datang menyerang kerajaan pakatan Muslimin nanti.

Lalu mereka membina sebuah Masjid Dhiraar yang berdekatan dengan Masjid Quba'. Masjid Dhiraar yang bermaksud bahaya atau celaka itu dibina atas dasar kufur adalah seperti jemaah baru atau organisasi yang baru yang menganggu perjalanan jemaah Muslimin yang telah sedia ada. Bukan sahaja menganggu malah boleh memecah belah kesepakatan kaum Muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah.

Menurut tafsir Ibn Khathir dan Tafsir AL-Azhar pembinaan Masjid Dhiraar ini ialah suatu perancangan halus yang pada dasarnya nampak seolah-olah melakukan kerja baik bahkan mereka juga mendakwa tujuan pembinaan Masjid Dhiraar adalah untuk kebaikan kaum Muslimin dan untuk membantu Nabi. Namun disebalik kebaikan yang diwayangkan tersembunyi seribu kejahatan dan pengkhianatan.

Mutakhir ini banyak gerakan islam atau pertubuhan serta organisasi yang melaungkan untuk memperjuangkan Islam sehinggakan Umno yang tak ketahuan punca pun sekarang mengaku mereka lah yang memperjuangkan Islam yang sebenar. Menjadi persoalan sekarang ialah jika semua persatuan,organisasi dan kumpulan yang melaungkan memperjuankan Islam kenapa mereka tidak boleh berkerjasama dengan PAS yang memang dari dulu istiqomah dengan dasar perjuangan Islamnya.

Walaupun PAS merupakan gerakan Islam yang paling relevan dan konsisten dalam perjuangannya. Namun PAS juga tidak terlepas dengan ujian dan cabaran yang sekali sekala datang melanda. Sejarah telah pun membuktikan PAS telah berjaya dan mempunyai daya tahan yang amat luar biasa dalam mengharungi ujian yang datang dari luaran Parti seperti dari musuh seteru PAS dulu kini dan selamanya Umno BN.

Kini ujian dan cabaran yang dihadapi oleh PAS lebih tertumpu kepada masalah dalaman sendiri. Apakah gerakan Islam yang kita cintai ini akan mampu menghadapi ujian ala baru di pasca dan era kemenangan. Sebagai Abna ul Harakah iaitu ahli gerakan Islam sudah tentulah kita perlu yakin bahawa Jemaah Islam akan dijaga oleh Allah seperti yang di khabarkan oleh Nabi kita 4000 tahun yang lalu dalam sepotong Hadith yang bermaksud
" Tidak akan kesunyian dari kalangan umat aku yang bangun menegakkan kebenaran, mereka ini tidak boleh dihapuskan oleh musuh yang inggin menghapuskan mereka, sehinggalah Allah mendatangkan Janjinta"

Namun ahli jemaah Islam perlulah mempunyai ilmu yang mantap serta beramal dengan amal jamaie dan ijtimaie bagi membolehkan mereka kebal dengan virus perpecahan,virus berpuak-puak,virus tidak wala',virus tidak amanah,dan virus suka berbantah-bantah dan bertelagah sesama sendiri.

Kembali kepada kisah Masjid Dhiraar, setelah Masjid Dhiraar siap dibina mereka ingin menjemput Nabi supaya datang bersembahyang sebagai membuktikan yang tindakan mereka direstui oleh Nabi Muhammad S.A.W.. Mujurlah Allah telah menurunkan wahyu yang melarang Nabi supaya bersembahyang di Masjid Dhiraar tersebut iaitu di dalam surah at-Taubah ayat 107 hingga 109.

Setelah Nabi mengetahui muslihat puak munafik pelompat tadi lalu Nabi dengan tegas telah mengarahkan supaya Masjid Dhiraar itu di bakar dan dimusnahkan.

Masjid adalah tempat ibadat dan sudah tentulah tempat yang baik dan bermatlamatkan kebaikan dan bermotifkan kebaikan serta mempunyai visi kebaikan. Namun sekiranya terpisah daripada paksi atau berada luar daripada organisasi yang dipimpin Nabi maka ia dianggap boleh menganggu dan memecah belah kesatuan Jemaah Muslimin. Bergerak di luar organisasi Nabi bermakna tidak menumpahkan wala' kepada Nabi dan tidak patuh kepada arahan Nabi.

Begitu juga kisahnya dengan Organisasi atau pertubuhan yang tidak berada di dalam paksi jemaah islam atau di luar dari organisasi Jemaah Islam yang dibangunkan atas nama persendirian atau peribadi sekiranya bertentangan dengan misi dan visi jemaah Islam serta menganggu gugat perjalanan Jemaah Islam dikhuatiri akan menjadi Masjid Dhiraar moden seperti masjid Dhiraar yang dimusnahkan oleh para sahabat atas arahan dari Nabi Muhammad S.A.W.

Sunday, April 26, 2009

ORANG PAS DAN ADA PIMPINAN PAS TAK FAHAM



kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Tuan Guru Hadi Awang telah menimbulkan pelbagai reaksi dari orang PAS termasuklah juga dari kalangan Pimpinan PAS sendiri. ada yang secara terang-terangan membantah dan membuat pelbagai andaian kepada idea tersebut. saya rasa ramai lagi yang masih tak berapa faham jadi bawah ni saya postkan temuramah Tuan Guru Hadi Awang supaya kita faham dan jangan terlalu cepat melatah tak tentu pasai..

HARAKAH: Dalam agenda membentuk 'Kerajaan Perpaduan' atau 'Government Unity', adakah PAS masih optimis untuk berunding bersama Dato� Seri Najib Tun Abdul Razak bagi merealisasikan hasrat tersebut?

USTAZ ABDUL HADI: Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang 'Unity Government' termasuk orang PAS sendiri dan di kalangan pimpinan pun ada yang masih belum faham lagi. Ini kerana, mungkin mereka sibuk, tidak berpeluang membaca buku-buku politik dan tidak membaca istilah-istilah politik.

Dalam politik ada kerajaan yang sepenuhnya, ada yang disebut'Unity Government', ada 'Coalition Government' dan ada 'Front National'. 'Front National' itulah dia Barisan Nasional (BN) yang ada pembangkang. Kerajaan campuran ini adalah antara satu parti yang memerintah dengan parti yang lain diajak sama dalam pemerintah dengan syarat-syarat yang dibuat.

Di mana kebiasaannya dia (parti) terikat, partinya terikat dengan syarat-syarat bersama dengan kerajaan dan tidak banyak perubahan dibuat. Dan PAS berpengalaman dalam dua kerajaan iaitu Kerajaan Campuran (Perikatan) dan Kerajaan Barisan Nasional. 'Unity Government' bukan Kerajaan Campuran dan bukan Barisan Nasional. Itu kena faham. Ini kerana ada orang PAS sendiri faham masuk Barisan Nasional dan kerajaan campuran semula. Ini menandakan tidak faham 'Unity Government'.

Boleh Dato' Seri jelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'Unity Government' ini?

'Unity Government' ini adalah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syakhsiyyah, ada kepelbagaian dan dia (parti) berhak untuk membangkang di mana 'Unity Government' ini membolehkan orang dalam Umno sendiri bangkang kerajaan.

Ini kita (PAS) memecahkan tradisi yang dibuat oleh Umno yang ada pada hari ini. Di mana orang Umno tidak boleh bangkang parti dia dan kalau bangkang dia akan kena pecat. Ini termasuklah, kita membebaskan Umno itu sendiri. Ini kena faham dan dalam masa yang sama 'Unity Government' ini mestilah melakukan perubahan yang adil untuk semua rakyat. Ini termasuklah untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan kehakiman, pentadbiran.

Boleh Dato' Seri kemukakan contoh-contoh apa yang dikatakan "Unity Government" yang dipakai di mana-mana? Image

Konsepnya mesti berubah dan bukan apa yang ada pada hari ini. Sebagai contoh, di Indonesia yang saya sebut tadi. 'Unity Government' di Indonesia berlaku pemisahan kuasa dengan 'SPR' atau Pemilu di Indonesia dengan badan politik. Pemisahan kuasa dengan badan kehakiman, sehingga badan kehakiman di Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah, boleh menyeret Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke Mahkamah jika melakukan kesalahan. Ini kita (PAS) hendak bersihkan negara.

Di Israel sebagai contoh, Perdana Menteri Israel pun boleh dibawa ke mahkamah dan disiasat. Ini 'Unity Government' dan pilihan raya di Indonesia adalah pilihan raya yang berubah. Di mana Barisan Nasional tidak ada hak memonopoli TV termasuklah semua parti boleh menggunakan TV.

Tapi Dato' Seri, masih ramai orang yang tidak faham termasuk ahli-ahli PAS sendiri?

Inilah masalahnya. Ramai yang tidak faham dengan konsep ini. Rakyat ada kebebasan. Ini 'unity' biar kita kena faham. Apa yang saya rasa lucu, ada orang Umno yang membangkang dan ada orang Umno yang bersetuju. Tetapi, orang PAS juga bangkang dia (PAS) tidak tahu. Ini menandakan, dia (orang PAS) tidak tahu apa 'Unity Government'. Barangkali kalau dia tahu bentuknya saya rasa orang boleh terima. Oleh kerana, ramai orang tidak faham, maka, saya tarik balik cadangan saya itu. Saya tarik balik sehingga orang kita faham betul-betul.

Adakah cadangan Dato' Seri ini telah dibincangkan pada peringkat jawatankuasa tertinggi parti?

Sebenarnya, 'Unity Government' ini kita telah bincang dalam dialog politik di kalangan kepimpinan PAS Pusat. Kita telah membincangkan semua aspek. Aspek Barisan Nasional, aspek Kerajaan Campuran termasuklah 'Unity Government' dan ini juga menjadi perbincangan termasuklah aspek undi tidak percaya. Dan termasuk 'Unity Government' yang saya kemukakan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri. Ianya disokong oleh KeADILan dan DAP.

Saya telah memaklumkan kepada DAP dan DAP menyertai dalam beberapa usaha yang dilakukan tetapi oleh kerana, kita melihat orang Umno sendiri takut hendak buat 'Unity Government' dan mungkin dia (pemimpin Umno) bimbang kerana akan ada orang dia (Umno) dibicarakan di Mahkamah, maka ia terhenti.

Friday, April 24, 2009

Lawak KATAK,



3 Sekawan

Posted: 22 Apr 2009 02:44 PM PDT
3 sekawan iaitu KURA,ULAT dan KATAK.
Pada suatu hari,KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA.Satu jam kemudian,KURA bertanya kepada KATAK.

KURA:Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah.
KATAK:........patutlah,rokok dah habis lah!
KURA:Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu.
KATAK:Ala....kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli.
KURA:Bagus jugak idea kau tu.
ULAT:Aku malas lah nak pergi beli.
KURA:Ala...kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah.....
ULAT:Ok lah,aku pergi beli sekarang.

10 minit...30 minit...1 jam...berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai.KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT.KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi.Setibanya di pintu keluar,ULAT sudah pun berada di depan pintu.KURA pun berkata..

KURA:Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?
KATAK:Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je.....Mulut aku dah naik kering ni.
KURA:Rokok yang aku suruh beli tu mana?
ULAT:Hek'eleh....Aku gerak pun belum lagi,tau!
KATAK:Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?
ULAT:Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!

Thursday, April 23, 2009

PERJUANGAN YANG TIADA BANDINGANNYA



ust.Nasruddin tantawi

Assalamualaikum , salam perjuangan terlebih dahulu saya hulurkan buat Ayah Chik semoga senantiasa dikurniakan taufiq dan hidayah , jua ketabahan jiwa yang tinggi dan mantap dalam memimpin sebuah bahtera perjuangan yang besar meredah samudera luas dan buas .

Saya memohon maaf berbanyak maaf jika kenangan on line ini mengganggu penumpuan Ayah Chik dalam mengemudi bahtera saat laut kian bergelora dan gelombang kian mengganas .
Saya yakin , melalui susur galur pentarbiyyahan yang pernah dilalui oleh Ayah Chik pula berbekalkan pengalaman yang luas sebagai seorang pejuang yang tidak pernah penat dan lelah mengharungi cabaran , rintangan dan halangan di sepanjang jalan , Ayah Chik cekal menghadapi apa jua situasi sukar .

Biarpun kini wajah dan jasad Ayah Chik semakin dimamah usia namun jiwa kental dan hati waja seorang pejuang yang diamanahkan oleh ummah untuk menjulang panji syariah masih terserlah . Pastinya semangat Ayah Chik tidak akan luntur apalagi mundur hanya kerana kedengaran dentuman petir dan kilat di langit , kerana sebelum ini sudah biasa basah dihujan dan goyang diribut .

Saya telah mengikuti dari dekat perjuangan Islam yang digerakkan oleh Ayah Chik sejak tahun 1984 , sedang tika itu saya hanyalah seorang murid bertatih baca alif , ba , ta di tingkatan 2 sekolah menengah kebangsaan . Setiap hujung minggu saya akan ke pekan sehari untuk membeli kaset ceramah Ayah Chik dan Ayah Ziq [ Tok Guru Nik Aziz ] yang diterbitkan oleh Pustaka Jihad [ kalau tidak silap saya ] .
Amanat Hj. Hadi

Tidak perlulah saya meriwayatkan kisah yang sedia diketahui umum . Cuma apa yang saya mahu kenangkan kembali ialah bagaimana Ayah Chik telah membawa satu gelombang kebangkitan Islam dengan meletakkan PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang benar - benar menepati piawaian sebuah gerakan Islam yang tulen .

Bergandingan dengan Al Marhum Tuan Guru Hj Yusuf Ar Rawa , Al Marhum Tuan Guru Hj. Fadhil Noor dan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat , Ayah Chik mara memobilisasi kesedaran rakyat yang bermula dengan pemantapan aqidah perjuangan mereka .
Amanat Hj Hadi menjadi popular malah seluruh markaz PAS ketika itu akan menyimpan amanat tersebut di dalam frame tergantung di dinding . Bermula dari mak cik dan pak cik di kampung dan desa hinggalah kepada ikhwah dan akhawat mahasiswa university mula menyahut seruan jihad ke arah mendaulatkan Islam di atas tanahair tercinta .
Nabi Hadi dan Nabi Fadhil

Ayah Chik gigih ke serata negeri memenuhi undangan membelah kubu kuat UMNO yang berserakan di seluruh negara . Membangkitkan kesedaran , menyemarak semangat juang , membekalkan ilmu , menambah ahli serta cawangan dan menggerakkan jentera parti di semua peringkat agar aktif mendepani cabaran faham sekular yang dibawa oleh UMNO dan BN .

Melihat sambutan luar biasa rakyat dari seluruh negara terhadap dakwah Ayah Chik bersama PAS , akhirnya Ayah Chik dan Al Marhum Tuan Guru Fadhil Noor difitnah oleh UMNO dan BN kononnya mereka berdua [ Ayah Chik dan Ust Fadhil Noor ] akan menjadi nabi Melayu menjelang usia 40 tahun . Fitnah ini terpampang di dada - dada akhbar . Ya ... saya masih ingat !

Nyata segalanya tidaklah melemahkan semangat Ayah Chik untuk terus menongkah cabaran . Melalui Kuliah pagi jumaat dan Khutbahnya di Masjid Rusila , Ayah Chik membina fikrah Islami yang syumul dikalangan ahli yang rata - rata belum jelas hala tuju perjuangan mereka . Suara mimbar Rusila terus bergema menguasai ruang udara , membentengi ummah dari wabak sekular yang disebarkan oleh UMNO dan BN .
Masjid Rusila menjadi pangkalan kebangkitan Islam ketika itu . Nama Masjid Rusila terus masyhur ke serata dunia serentang dengan kehebatan al Qum di zaman pemerintahan Khomeini. Malah para pemimpin Gerakan Islam di peringkat antarabangsa lebih mengenali Rusila berbanding Taman Melewar pada waktu itu .
Seangkatan dengan kemasyhuran Masjid Rusila ialah Masjid Pulau Melaka di Kelantan yang di pimpin oleh Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nikmat .

Bertolak dari dua masjid inilah , bersama sentuhan 2 Tok Guru [ Ayah Chik dan Ayah Ziq ] , sinar Islam terus memancar menerangi kegelapan ummah . Sehingga kini , hampir tidak kedengaran lagi mereka yang berani mengatakan politik suku agama suku sebagaimana sebelumnya , kalimah ini senantiasa meniti di bibir pemimpin UMNO dan BN .
Ayah Chik juga dinobatkan sebagai ulama' bertaraf antarabangsa . Sebaris Dr Yusuf Al Qaradhawi , Qadhi Hussein , Mehdi Akif , dan lainnya dalam menganggotai majlis Gerakan Islam antarabangsa , Majlis Pembebasan Al Quds dan Majlis Taqrib Mazahib di peringkat antarabangsa .

Tentu sahaja air tangan Al Marhum Mujahid ulung Said Hawa rhm ini benar - benar menjadi , bak mutiara buat ummah sepanjang zaman khasnya bagi ummat Islam di blok Nusantara ini .
Jauh Ayah Chik meniti ranjau , sehinggalah kini Ayah Chik diamanahkan sebagai Presiden PAS . Al Marhum Yusuf Rawa dan Al Marhum Ustaz Fadhil telah lama meninggalkan kita semua . Kini tinggal Ayah Chik bergandingan dengan Ayah Ziq memimpin parti .

Malang cabaran mutaakhir ini ternyata lebih liar dan cukup menguji ketahanan kepimpinan 2 Tok Guru ini . Namun saya doakan agar mereka terus diberikan kekuatan luar biasa bagi menyerap segala tekanan dan terus gemilang memacu perjuangan yang masih jauh destinasinya .

Ayah Chik , usahlah resah dan risau biarpun diluar sana kedengaran suara kritikan keras ke atas gaya dan cara kepimpinan Ayah Chik . Bagi saya , mereka berhak untuk melahirkan rasa tidak puas hati selama mana masih dalam frame akhlak dan adab berbeza pandangan . Segala kritikan boleh diambil secara positif untuk muhasabah dan sempadan dalam gerakkerja kita memimpin perjuangan ini .

Selama Ayah Chik benar dan ikhlas memimpin perjuangan ini , saya sangat yakin pertolongan Allah swt akan senantiasa mengiringi perjuangan dan kepimpinan Ayah Chik sementara anak - anak buah yang dididik sekian lama akan terus mengantar doa restu mereka agar Ayah Chik sabar dan tabah seterusnya dipelihara oleh Allah swt .

Wednesday, April 22, 2009

زمبري ڤون تق يقين دي مب ZAMBRY TAK YAKIN DIA MB


ڤوتراجاي: منتري بسر ﴿كوديتا﴾ ڤراق، داتوق سري در زمبري عبدالقادر منفايلكن نوتيس اصول د محكمه ڤرسكوتوان اونتوق مروجوق ڤرسوالن اوندڠ-اوندڠ برهوبوڠ تفسيرن فصل 63 اوندڠ-اوندڠ توبوه كراجأن نڬري ڤراق سوڤاي محكمه ايت مموتوسكن بلياو اداله منتري بسر يڠ سه.
در زمبري منفايلكن نوتيس اصول ايت د ڤجابت ڤندفتر محكمه ڤرسكوتوان، د سيني، سمالم، ملالوءي تتوان ذول رفيقاواي اند ڤرتنرس.
نوتيس اصول ايت دايدركن كڤد ميديا ڤتڠ اين.
دالم نوتيس اصول ايت يڠ دسرتاكن دڠن افيداۏيت سوكوڠنڽ، در زمبري مموهون سوڤاي محكمه ڤرسكوتوان مموتوسكن دان منتفسير ڤرونتوكن فصل-فصل 16﴿2﴾ دان 16﴿6﴾ اوندڠ-اوندڠ توبوه نڬري ڤراق ايايت;
- سام اد سلطان ڤراق ممڤوڽاءي حق اونتوق ممڤركنن ڤرموهونن داتوق سري محمد نيزر جمال الدين اونتوق ممبوبركن ديوان اوندڠن نڬري ڤراق ﴿سيدڠ دون﴾ اڤابيلا محمد نيزر تيدق لاڬي منداڤت كڤرچايأن سباهاڬين بسر اڠڬوتا-اڠڬوتا ديوان;
- سام اد اڤابيلا سلطان ڤراق تيدق بركنن اونتوق مڠڬوناكن ڤريروڬتيف دراج بڬيندا اونتوق ممبوبركن سيدڠ دون، ادكه اي مروڤاكن سواتو كهندق ڤرونتوكن فصل 16﴿6﴾ بهاوا محمد نيزر هاروس ملتقكن جاوتن بلياو دان اهلي-اهلي مجليس مشوارت كراجأن;
- سام اد برايكوتن كاڠڬانن محمد نيزر ملتقكن جاوتن دان اهلي-اهلي مشوارت كراجأن، سلطان ڤراق ممڤوڽاءي حق اونتوق ملنتيق زمبري سباڬاي منتري بسر.
زمبري دالم نوتيس اصولڽ بركات، سكيراڽ محكمه ڤرسكوتوان مموتوسكن كتيڬ-تيڬ ڤرسوالن ايت مميهق كڤداڽ، مك محكمه ايت ڤرلو مڠيشتهاركن بهاوا ڤد 6 فيبرواري 2009، بلياو تله دلانتيق دڠن سواجرڽ سباڬاي منتري بسر ڤراق.
محكمه ڤرسكوتوان منتڤكن ثلاث دڤن اونتوق مندڠر ڤرموهونن نوتيس اصول ايت.
زمبري بركات كڤوتوسن محكمه ايت جوڬ ننتي اكن ملرايكن كبونتوان ڤوليتيك يڠ برلاكو د ڤراق د مان محمد نيزر منڬسكن بلياو ماسيه منتري بسر يڠ سه، سيدڠ دون تيدق داڤت برسيدڠ دان كراجأن نڬري ڤراق تيدق بروڤايا اونتوق ملقساناكن توڬسڽ دڠن ايفيشن دان/اتاو بيبس.
- برنام -

Monday, April 20, 2009

2A vs 2M = (0)



Dun Pe - Nanti nanti akan menjadi majlis peristiharaan siapa perdana Menteri Malaysia yang sebenarnya, sama ada Mahathir atau Najib. Najib dah mula terasa badi yang pernah di rasa oleh Tun Pak lah dulu, sampai lelah, bukan sebab apa cuma lelah nak melayan si Penguasa Tua yang dah tamat tarikh luput dan tungu masa nak jual kat kelin botoi, besi buruk, tin kosong untuk di labelkan sebagai barang scrap.

Najib dah tentu masih terkedu macam siput sudu dgn kenyataan Mahathir yang mati-matian mahu Umno bertanding di Dun Penanti. Adakah Najib akan cuba mengejutkan Mahathir dari mimpi yang masih dok mimpi dia lah Perdana Menteri dulu,kini, dan sewaktu dengannya,sebulu dengannya, sebau dengannya atau sekutu dengannya.

Persoalannya beranikah Najib, mampu kah dia, atau dah bersediakah dia nak menerima nasib yang sama dengan Tun Lah dulu sehinggakan Tun Lah hanya tingal si kaki Kiri si kyairi yang tak dapat jadi Menteri, sekarang bawa diri, makan hati, tak ada orang nak simpati, hanya tugas diberi,macam kuli, kena kuatkan parti, cari pemuda dan pemudi.. sekarang dah senyap sunyi, dalam tv dah tak nampak muka lagi..

Najib sudah terhidu pakatan 2M Mahathir dan Muhyidin yang sejak dari awal mempunyai agenda sendiri. Kekuatan 2M ni memang boleh melakukan sesuatu sehingakan Abdullah Badawi terpelanting dek pukulan orang Umno sendiri, dimalukan oleh Umno sendiri..

Pakatan 2M sudah tentu akan berhadapan dengan pakar strategi Politik Anwar Ibrahim yang pada masa ini menjadi ancaman yang cukup mengerikan kepada Umno macam mimpi ngeri. fakta lain yang perlu di di takuti oleh 2M pengerusi perhubungan Umno Penang iaitu masih lagi Abdullah Badawi imam Hadhari..


sekaranglah masa yang dinantikan oleh Abdullah Badawi untuk menyucikan dirinya daripada segala taik dan najis yang mendakwa dialah punca kelemahan dan kekalahan Umno semasa Pilihanraya Umum ke 12 dulu. Apa yang Abdullah nak buktikan kita semua boleh jangka.masa ini lah Abdullah nak buktikan yang punca kekalahan Umno bukan sebab semata-mata.



Sekiranya Najib kalah di Penanti segala tuduhan kepada Abdullah akan terhapus. maknanya punca kekalahan bukan kerana Abdullah tapi kerana malang dan sial Najib kerana tak dapat lari dari Hantu Altantunya yang siang malam datang mengejar Perdana Menteri baru Malaysia.

jadi kemungkinan pakatan 2A ,Anwar dan Abdullah vs 2M Mahathir dan Muhyiddin akan bertempur di Dun Penanti = Najib? , ha a, Najib macam mana pula, dia lawan dengan sapa. jadi kesimpulan yang aku boleh buat ialah = Najib vs Altantunya. N vs A





rehat dulu, bersambung ريحت دولو، برسمبوڠ

Friday, April 17, 2009

UMNO MELAMPAUI KEPUTUSAN MAHKAMAH

keliru dalam semak fikiran melayan Umno dalm usha nak merampas Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

bawah nie kita selidik komen dari peguambila


"Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah

Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka. [Rujuk Perlembagaan Artikel 72 (2)]

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.

Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.- tajdid_

Bodek La ni

RM 45,786 wang rakyat diguna untuk ‘puji’ Rosmah?

15/04/09 55 comments

Harakahdaily | 15 April 2009

KUALA LUMPUR, 15 April (Hrkh) - Demi memuji dan ‘memuja’ isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Kerajaan Negeri Sembilan didakwa membelanja sejumlah RM45,786.00 membeli iklan di sebuah akhbar arus perdana.

Iklan satu muka itu telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk ‘memuja’ Rosmah yang sudi melawat daerah Rembau.

Ketika ramai pihak sedang memberikan tumpuan ke Bukit Selambau, Batang Ai dan Bukit Gantang pada 7 April lalu, Rsomah telah melawat Pusat Anak Permata Negara di Chembong, Rembau.

Menurut sumber akhbar itu harga iklan untuk memuja Rosmah itu sahaja sudah berharga RM45,786.00.

Selanjutnya…

UMNO TAKUT ORANG RAMAI SEMASA PRK


PILIHAN RAYA KECIL: SPR MAHU HADKAN KEHADIRAN PENYOKONG
- mStar

PETALING JAYA: Jika selama ini hari penamaan calon dan hari pengundian berwajahkan seolah-olah pesta atau keramaian, persekitaran ketika tiga pilihan kecil serentak baru-baru ini nampaknya yang terakhir dalam sejarah pilihan raya negara ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang memikirkan kaedah untuk mengehadkan bilangan kehadiran penyokong ketika hari penamaan calon, semasa pengundian dan lokasi pengumuman keputusan rasmi.

Pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusof mengesahkan yang pihaknya sedang memikirkan perkara tersebut dan akan dibincangkan secara mendalam Rabu depan.

Kata beliau, perbincangan juga akan diadakan dengan parti-parti politik bagi mendapatkan pandangan dan kerjasama apabila pendekatan itu dikuatkuasakan kelak.


kah kah kah…. KERANA PENYOKONG GEROMBOLAN TAK RAMAI …. ORANG LAIN TAK BOLEH DATANG TUNJUK MUKA…. kah kah kah…

kah kah kah…. TIAP KALI GEROMBOLAN KALAH…. TIANG GOL AKAN DIALIH…. kah kah kah…

woit….MACAM MACAM IDEA BODOH…. PERNAMAAN CALON GUNA INTERNET…. PENAMAAN CALON TAK BOLEH RAMAI DATANG…kah kah kah..

woit… INI ADA IDEA BAIK… BUAT PENAMAAN CALON DI KHUTUB UTARA… kah kah kah….

kah kah kah... BUAT PENAMAAN CALON HARI MALAM ... HARAMKAN PAKAI LAMPU....SATU MALAYSIA TAK NAMPAK PENYOKONG GEROMBOLAN TAK ADA …. kah kah kah...


Nuffnang Ads

Episode
Sebuah Perjuangan: Sinar Perpaduan Kian Suram

Episode <br> Sebuah Perjuangan: Sinar Perpaduan Kian Suram: "."

Thursday, April 16, 2009

اوتوسن ماءينكن ايسو ڤرقومان



اوتوسن.رابو.15 اڤريل 2009

تاجوق موك دڤن اوتوسن ملايو. مڠاجق اورڠ ملايو باڠون باڬي مڠاتسي ڤرمينتأن قوم لاين يڠ كترلالوان.

الا امنو نق ماءين مودال لاما ڤولاق.

قوم اڤ يڠ كترلالوان تو. كالاو ده سمڤأي مڠوڬت نڬارا اڤ لاڬي
امبيق لا تيندقن

اوتوسن ملويا ڤاتوت دأمبيل تيندقن ڬنتوڠ 3 بولن ماچم حراكه، كران مماءينكن ايسو ڤرقومان يڠ ملمڤاو.

تونتوتن يڠ كترلالوان تو داتڠ دري ساڤ. الا امنو اوا مچ يڠ مينتا جاوتن تيمبالن ڤردان منتري لا..سبب مچ تاو امنو ده لمه دان تق ممڤو نق د سلامتكن لاڬي

جادي سروان مييلمتكن بڠسا ملايو اوليه امنو سوده تيدق ريليۏن لاڬي، سبب امنو ده تق برماي....

Tuesday, April 14, 2009

GAWAT DI TERENGANU KHAIRY DAH MULA SERANG BALAS KA.


Semalam aku ingat ada pilihanraya baru dah. apa cerita gawat kat terenganu sampai ada yang dapat sms ugut nak bunuh.

halnya nak rebut MB la pulak.ntah apa2 la umno ni.sama2 sendiri pun jadi, nasib la Umno.

Pergolakan dalaman Umno memang sudah maklum. aku rasa gawat di Terenganu ada kaitan dengan pengumuman Kabinet Najib.

orang yang paling tidak puas hati dengan kabinet Najib tentu lah Khairy. pada ramalan aku ini merupakan tindak balas daripada Khairy yang tidak puas hati dengan dengan Najib.

fakta yang tidak boleh disangkal ialah, Idris Jusuh adalah member rapat Khairy. nampaknya permainan politik dalaman Umno ni tidak susah di ramal sebab kita dah muak dan reti sangat perangai Orang2 Umno ni.

kita dah boleh merasakan pergolakan dalaman Umno akan bertambah dahsyat dan itu merupakan petanda kepada kehancuran Umno tidak lama lagi..

Ust Hashim Jasin never received a single sen


KANGAR: An opposition state assemblyman yesterday alleged that the state government had not paid his allowance and salary for the past seven months.

Hashim Jasin (Pas-Sanglang) said he had never received a single sen after the Election Court declared him as the assemblyman following a dispute on the outcome of the general election last year.

He also claimed he had not been paid a single sen in pension although he was the assemblyman for Sanglang for two terms before the last general election.

"It is impossible the state government could not pay the salary of a state assemblyman. Or did the state government wrongly pay my salary to the 'former' Sanglang assemblyman," he said at the state assembly yesterday.

The Election Commission had previously declared Barisan Nasional's Abdullah Hassan as the winner of the Sanglang seat. However, the court later found that there were discrepancies in the vote counting process and declared Hashim the winner.
Hashim also urged the Syariah Judiciary Department to be fair to women when dealing with polygamy.

Members of the house were also told that at present, there were four pig abattoirs in the state.

State Housing and Local Government Committee chairman Yip Sunn Onn said the four abattoirs were located in Batu 4 1/2 Jalan Pauh, Tokong Cina Pekan Pauh, Kubang Tiga and Kuala Perlis.

"A abattoir in Batu 14 Jalan Kaki Bukit was ordered to shutdown after failing to abide by the state government's specifications."

He was responding to a question from Hashim who had asked on the number and condition of pig abattoirs in the state.

Yip also said the state Veterinary Department was conducting stringent checks on abattoirs to ensure their cleanliness.

The assembly adjourned sine die.

Monday, April 13, 2009

NIZAR KE PUSAT

KUALA LUMPUR, 14 April: Sehingga kini, tiga pemimpin kanan PAS telah dicalonkan untuk menjadi timbalan Presiden PAS iaitu Datuk Husam Musa, Datuk Seri Azizan Razak dan Haji Mohamad Sabu.
Husam dicalonkan oleh PAS kawasan Kelana Jaya, Selangor dalam mesyuarat agung mereka Ahad lepas.Azizan dicalonkan oleh PAS kawasan Temerloh, Pahang manakala Mohamad dicalonkan oleh PAS kawasan Batu, Wilayah Persekutuan.Pencalonan mereka dibuat melalui mesyuarat Jawatankuasa kawasan setelah mendapat mandat dari mesyuarat agung.Sehingga kini, hanya nama Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicalonkan untuk jawatan Presiden PAS.
Sementara itu, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menjadi muka baru yang popular sehingga kini untuk dipilih sebagai naib Presiden PAS.Beliau dicalonkan oleh PAS kawasan Kelana Jaya dan juga Temerloh.Kelana Jaya mencalonkan Mohamad Sabu, Nizar dan Taib Azamudin untuk naib presiden manakala Temerloh mencalonkan Mohamad Sabu, Husam dan Nizar untuk jawatan itu.
Siasah difahamkan, beberapa kawasan PAS telah mengadakan mesyuarat agung mereka hujung minggu lalu tetapi menyerahkan pencalonan mereka kepada Jawatankuasa yang baru dipilih untuk membuat pencalonan.Muktamar PAS akan diadakan awal Jun depan dan Selangor telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kali ini.
http://www.youtube.com/watch?v=907JyUpcDOM

RAJA TOL NAK MASUK KABINET..

Umum telah mengetahui bahawa wakil MIC di dalam Kabinet baru hanyalah seorang menteri dan dua timbalan menteri dari parti itu.Maka dengan itu timbulah rasa tidak puas hati parti itu berhubung peruntukan kerusi dalam kabinet baru, dan seharusnya akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa kerja pusat MIC (CWC) .

Desas desus juga timbul dengan satu laporan dari sebuah berita portal bahawa Datuk Seri S.Samy Vellu meminta jawatan senator bagi dirinya supaya beliau dapat dilantik menganggotai kabinet seperti mana apa yg terjadi kepada Parti Gerakan.

Datuk seri Samy Vellu bagaimanapun menolak dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa dakwaan itu karut dan muslihat yang nakal..

Apa yang telah diketahui,MIC sememangnya telah ditolak hampir 100% dari kaumnya sendiri iaitu kaum India.Ini dapat dilihat dengan kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh Parti itu di dalam Pilihanraya Umum yg lalu dan juga yang terbaru di Bukit Selambau..

Penyebab utama penolakan tersebut adalah majoriti kaum india telah merasakan bahawa selama ini MIC gagal membela nasib mereka..hanya segelintir sahaja yg rapat dengan para pemimpin MIC disemua peringkat mendapat "Laba" darinya..

Seterusnya kegagalan MIC menangani isu "Hindraf"....sehingga ke hari ini..dan juga isu "Kugan" yang agak panas baru-baru ini..

Apa yang dilakukan oleh PM ke6 dengan melantik bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Koh Tsu Koon sebagai Senator dan dimasukan ke dalam Kabinet sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (perpaduan dan pengurusan prestasi) telah menggambarkan sesuatu yang songsang dengan semangat "Satu Malaysia"..ini kerana Datuk Seri S.Samy Vellu juga "kalah" semasa pilihanraya umum yang lalu..seharusnya isu ini akan menimbulkan pelbagai soalan difikiran setiap ahli MIC bahawa sememangnya berlaku ketidakadilan di dalam rombakan Kabinet PM ke6..(peringatan; Koh Tsu Koon juga kalah didlm pilihanraya umum yang lalu)

Pertambahan wakil kaum Cina didalam Kabinet PM ke 6 baru-baru ini juga menambahkan lagi duka di dlm hati setiap pemimpin MIC khususnya Datuk Seri S Samy Vellu...

Apa yang pasti semakin lama perkara ini tidak dapat diselesikan oleh PM ke6 maka akan datang "Roh hantu Altantunya" dan menjelma sebagai Samy Vellu yang akan sentiasa membelenggu,mengekori dan mengganggu PM ke6 setiap masa..


Inilah rupa sebenar "Satu Malaysia" yg diwar-warkan oleh PM ke6.....poodahhcitt!!!!!

- by usinwafer

Tuesday, April 7, 2009

CERAMAH AGAMA

Tn.Guru.Haji.Abdul Hadi Awang
kuliah Jumaat

Tn.Guru.Nik.Abdul Aziz Nik Mat
beriman kepada Allah