Tuesday, May 26, 2009

Siswi saman UiTM selepas dicabul

Malaysiakini
Jimadie Shah Othman | May 27, 09 12:43pm
Seorang pelajar wanita mengambil tindakan undang-undang terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM) atas dakwaan cuai susulan insiden mencabul kehormatan yang dialaminya tahun lalu.

Pelajar itu, 21, didakwa mengalami trauma yang serius sehingga tidak meneruskan lagi pembelajaran selepas didatangi seorang lelaki di bilik mandi asrama di kampus itu menjelang subuh, November lalu.

Dalam percubaan rogol itu, lelaki terbabit didakwa menyentuh bahagian sulit pelajar berkenaan, yang tidak didedahkan identitinya.

Siswi itu membuat aduan polis pada hari kejadian.

Tindakan saman itu difailkan di Shah Alam semalam oleh peguam PAS Hanipa Maidin, juga seorang ahli jawatankuasa pusat parti itu, yang bertindak sebagai peguam pelajar berkenaan.

Pelajar itu tidak berpuas hati dengan isu keselamatan kampus itu dan cara UiTM Shah Alam menangani masalah tersebut.

1 comment:

momo said...

salam akhi..ni berita hangat ...nasib baik ada info dari blog akhi..