Tuesday, May 19, 2009

PERJALANAN MENEGAKKAN DAULAH ISLAMIAH




Segala Puji-pujian hanyalah kepunyaan Allah,hanya kepada MU ya Allah kami Memuji, kami meminta Pertolongan kepada Mu,Kami meminta perlindungan dari kejahatan diri kami dan keburukan diri kami Ya Allah. Barangsiapa yang di beri petunjuk oleh Allah maka tiada sesiapa pun yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiada sesiapa pun yang dapat menunjukinya. Kami naik saksi bahawa tiada Tuhan yang di sembah dan kami naik saksi Nabi Muhammad itu adalah hamba dan utusan Allah.Firman Allah dalam surah al-Baqarah
"Dan janganlah kamu mengatakan (kepada mereka-mereka)yang gugur di Jalan Allah telah mati,bahkan mereka hidup disisi Allah tetapi kamu tidak mengetahui"

Perjalana menegakkan Islam adalah perjalanan yang jauh, kadang kala menyakitkan dan menyedihkan. Mereka yang berjalan diatas jalannya sering diuji dengan hinaan cercaan dan makian, samada dari yang kufur kepada Allah mahupun dari mereka yang mengaku Muslim tetapi jahil.

Ketika Dunia lena dan leka dirasuah oleh fahaman hedonisma dan materialisma yang bertuhankan kepada keseronokan dan kemewahan semata-mata, mereka yang berjuang menegakkan Islam adalah terlalu dagang. Maka benarlah seperti yang disabdakan oleh Nabi kita Muhammad S.A.W. dalam sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim.
"Permulaan Islam dalam keadaan dagang, Berakhir pun dalam keadaan dagang, maka beruntung lah mereka yang Dagang"


Ada juga orang-orang Muslim yang jujur dan ikhlas cuba melibatkan diri dalam perjuangan yang mulia ini. Sekalipun dikalangan mereka ada yang terputus di pertengahan jalan dan ada yang frust lalu hilang meninggalkan perjuangan namun tetap ada mereka yang telah berjaya dan sampai ke tujuan dan matlamat dengan keizinan Allah.


Mereka yang berjuang ada yang berbekalkan semangat tanpa ilmu dan ada juga yang berbekalkan ilmu dan semangat tetapi tidak sedikit diantara mereka yang hanya berbekalkan teori-teori dan angan-angan kosong semata-mata.

Diantara mereka ada yang mengaku berjihad walaupun hanya mendudukan diri mereka di atas kerusi dan sofa serta enak menjamah hidangan demi hidangan,minuman silih berganti dengan minuman di dalam banglo yang indah nan nyaman.


Tidak hairanlah mengapa Saidina Omar Al-Khatab selalu berdoa. "Allahummaj a'l ni minal qaliil" ( Ya Allah jadikan lah aku dari golongan yang sedikit) dan menjadikan doa ini sebagai amalan selepas menunaikan solat fardu.

No comments: