Satu soalan yang dijawab oleh ustaz dalam kuliah Tafaqquhfiddin pagi ahad tadi memang menarik, soalan dia berbunyi “ bagaimana hubungan diantara muslimat dengan masjid”.
Cara penerangan ustaz agak berlainan dari jawapan yang biasa aku dengar dari ustaz-ustaz sebelum ni. Tapi aku rasa jawapan dari ustaz memang sesuai dengan waqi dan masa sekarang malah berjaya membuka minda dan cara berfikir semua hadirin.
Ustaz menjawab dengan menceritakan perancangan orang yahudi dan orientalis untuk menghancurkan islam.
Ustaz mengatakan orang yahudi menyusun strategi bagaimana hendak menghancurkan islam,dan mereka memutuskan untuk menyerang atau merosakkan 2 golongan yang penting dalam islam.
Yang pertama adalah kaum wanita dan kedua ialah golongan pemuda.
Wanita adalah pendidik kepada generasi umat islam, mereka yang mendodoikan anak mampu menggongcangkan dunia.
Sekiranya dalam keluarga islam ada 7 orang anak, maka nasib dan masa depan anak itu terletak diatas tangan seorang wanita yang akan mendidik mereka. Ibu mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam menentukan akhlaq dan rupa diri setiap anak-anak.
Seorang suami yang sangat aktif berjuang panjat pokok, pasang bendera, mesyuarat siang dan malam namun anak-anak mereka belum tentu akan mengikuti jejak langkah ayah mereka, kenapa? Kerana urusan mendidik diserahkan kepada isteri yang tidak mempunyai ilmu dan tarbiyyah..
Orientalis mengunakan satu pendapat dalam islam, bahawa
“solat kaum wanita adalah lebih afdhal dirumah dari di masjid kerana boleh menimbulkan fitnah”
Akhirnya pendapat ini disebarkan secara meluas kedalam masyarakat islam yang menatijahkan wanita langsung tidak berada di masjid dan surau.
Yahudi memandang di masjidlah tempat untuk mencari segala ilmu agama dan wanita yang berilmu akan mampu mendidik ribuan dan jutaan pemuda dan pemudi islam untuk bangun menegakkan islam.
Pendapat yang tidak mengalakkan wanita ke masjid kerana dikhuatiri fitnah, jika difikirkan secara relaitinya pada masa sekarang ini keadaannya banyak berbeza kerana kebanyakkan wanita datang ke masjid bersama suami dalam satu kereta, maka dimanakah fitnahnya..
Kemudian, dalam Islam ada kaedah yang memberi tunjuk ajar bagaimana hendak menghindari dari fitnah. Ilmu ini boleh diketahui sekiranya kaum wanita pergi ke masjid dan surau yang ada pengajian. Maka fitnah tidak berlaku.
Pokok pangkalnya kaum wanita perlu mengaji dan menuntut ilmu, supaya mereka mampu mendidik anak menjadi seorang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.
Sekiranya dibiarkan mereka tidak ke masjid dan menuntut ilmu kesudahannya mereka hanya akan berguru dengan tv siang dan malam. Menyebabkan kaum wanita amat susah untuk berubah dan menyokong islam, akhirnya sibuk dengan urusan dunia semata-mata lebih teruk lagi menjadi penyokong maksiat….
No comments:
Post a Comment