Saturday, January 30, 2010

Transformers, Optimus Prime and Decepticon




Apa hal pulak ustaz ni cerita pasai Transformer dalam kuliah subuh nie. Aku cuba nak mengkondemkan ustaz yang sedang bagi ceramah kat surau pagi tadi. Tapi bila aku dengar penjelasan dia dan huraian dia satu persatu abru lah aku faham. Astagfirullah aku mengucap panjang, panjang tak panjang jugak lah dari surau sampai rumah aku.
Kita kadang-kadang selalu memandang rendah kepada orang lain, sedangkan Islam melarang kita bertanggapan macam tu dekat orang lain, Astagfirullah lagi sekali. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa aku.
Bagi aku penjelasan ustaz memang mantap sesuai dengan keadaan dan ilmu kini bukan Malaysiakini.
Bermula dengan muqadimah menceritakan bagaimana Nabi Muhammad S.A.W dalam perjalanan Israk wal mikraj. Nabi ditemani malaikat Jibrail. Apabila sampai sahaja di Sidhratalmuntaha Malaikat Jibarail macam dah tak boleh dan berjalan seolah-olah macam motor kapcai kaburetor masuk air, dia semput nak jalan tapi tersekat-sekat. Lalu dia kata aku hantar sampai di sini sahaja lah wahai nabi Allah. Nabi pun bertanya kenapa pulak dah, hang yang mai jemput aku kat bumi tapi bila dah sampai kat Sidratulmuntaha hang nak tingal aku pergi berjumpa dengan Allah sorang-sorang pulak.
Kemudian jawab Jibrail sesungguhnya sampai sini sahaja tahap aku, kalau aku mara lagi maka akan terbakarlah badan aku. Bila Jibrail kata macam tu baru Nabi sedar betapa mulianya darjat seorang yang bernama manusia. Ketika itu Nabi dan Jibrail sudah sampai di penghujung alam dunia.
Sidratulmuntaha adalah suatu tempat persempadanan antara alam dunia dan alam akhirat. Tetapi sebelum sampai ke Sidratulmuntaha ada satu ruangan kosong. Walaupun ruangan diantara alam dunia dengan alam akhirat tetapi tempat itu teramatlah luas. Bila Nabi nak memasuki Sidratulmuntaha tiba-tiba Allah membukakan puluhan ribu hijab disaksikan oleh Nabi satu persatu. Hijab –hijab tersebut seperti cahaya, satu-satu cahaya dibukakan didepan Nabi. Setiap cahaya tadi ada pelbagai warna, semua warna ada kecuali warna biru. Ya warna biru, kata ustaz, bukan biru muda, biru tua yang berkarat tu. Jangan marah, ini disebut dalam hadith.
Apabila Nabi melangkah sahaja keluar dari alam dunia tiba-tiba Nabi teringat semasa peristiwa Nabi menerima wahyu yang pertama di gua Hira’. Ketika Nabi dipeluk oleh Jibril dan disuruh baca ya Muhammad lalu Nabi S.A.W menjawab “ma ana biqori” aku tidak tahu membaca.
Nabi meminta untuk melihat wajah Jibrail yang sebenar, kemudian Jibrail kata “ sesungguhnya tempat ini tidak cukup luas untuk aku menunjukkan wajah aku yang sebenar. Lalu Nabi menjawab kalau dalam gua tak muat jom kita keluar dari Gua. Dijawab oleh Jibrail bukan Gua yang aku maksudkan tetapi alam dunia ini yang tidak muat untuk aku menunjukkan wajah aku yang sebenarnya. Mak ooi , besarnya malaikat Jibrail, kalau dia tangkap manusia campak masuk neraka ,aduhhh sakitnya.. taubat, taubat…

Bila melangkah sahaja keluar dari alam dunia Nabi terus minta wahai Jibrail dulu masa didunia kamu kata tak cukup luas nak menunjukkan rupa yang sebenar. Nah sekarang cuba kamu tunjukkan rupa kamu yang sebenar. Lalu Malaikat Jibrail pun terus transform, bertukarlah tu dalam bahasa German jawa.



Sebut pasai Tranform, teringat saya pada cerita Transformers kata ustaz . nak dengar kisah Transformer tunggu selepas ini jangan kemana-mana……Dalam Transformers ada dua kumpulan satu nama dia optimus Prime dan satu lagi Decepticon..apa kaitan dia denga kuliah ustaz tadi, nanti sambung..

Saturday, January 16, 2010

RASUAH MEMISKINKAN NEGARA DAN MEMPAPAKAN RAKYAT


Amalan rasuah


Tahun 2009 telah melabuhkan tirainya meninggalkan bermacam-macam skandal dan penyelewengan yang melibatkan system kehakiman system kewangan, dan demokrasi. Rakyat menyaksikan drama pengkhianatan pimpinan umno dan barisan nasional.
Kita tinggalkan sebentar politik di Malaysia dan mari kita jenggok kepada perjuangan rakyat Palestin yang berjuang untuk membebaskan Negara mereka dari dijajah oleh Negara Haram Israel. Hampir 50 tahun rakyat Palestin hidup sebagai pelarian di Negara mereka sendiri.
Yahudi melakukan kezaliman dengan meyekat bekalan makanan dan perubatan, umum sudah maklum, kejahatan Yahudi kerana dendam mereka kepada umat Islam, dan mereka akan sampai ke akhir zaman menentang Islam. Yahudi menentang islam kita faham sebabnya tetapi ini kerajaan Mesir yang menyekat dan menyeksa umat Palestin dari mendapatkan bantuan makanan dan perubatan. Perkara ini memang sukar untuk kita faham dan aku pun tak faham.
Israel yang begitu hebat dimata Negara-negara Arab sehinggakan mereka tidak berani untuk menentangnya, bukan sahaja nak menentang bahkan hendak menegur pun mereka tidak sanggup , apatah lagi kalau hendak menyindir Negara haram Israel itu lagi lah jauh api dari panggang.

Negara Arab menjadi begitu kerana mereka telah kalah dalam peperangan Arab dengan Israel. Israel yang sebuah Negara boleh mengalahkan tentera bersekutu Arab iaitu Mesir, Jordan dan Syria. Ketika berlakunya peperangan tersebut , Negara Arab telah Berjaya dikalahkan oleh Israel dalam masa 2 jam sahaja. Kenapa perkara ini boleh berlaku?. Kerana pimpinan Negara-negara Arab begitu kuat terlibat dengan rasuah dan mengamalkan rasuah.
Semua system keselamatan dan ketenteraan Negara Arab dengan mudah sahaja dapat dibaca oleh Israel. Maklumat rahsia ketenteraan dengan mudah jatuh ketangan Israel lalu menyebabkan mereka dengan mudah sekali dikalahkan oleh Israel.
Ini adalah kerana rasuah adalah musuh nombor satu Negara dan penyakit yang amat merbahaya kepada sebuah Negara. Persoalannya kenapa amalan rasuah paling banyak dilakukan oleh Negara-negara umat islam, sedangkan dengan jelas Rasulallah melarang rasuah dalam satu hadith
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk neraka.”

(Hadis riwayat at-Tarmizi)

Rasuah sangat berat dan besar dosanya kerana boleh mengakibatkan orang yang berhak tidak mendapat haknya sedangkan yang tidak berhak memperoleh hak itu. Misalnya, dalam mencari pekerjaan, orang tidak layak tetapi sanggup memberi rasuah akan memperoleh pekerjaan dan yang berhak tetapi tidak menghulur rasuah, tidak memperoleh pekerjaan itu.


Apabila ada amaran daripada Nabi Muhammad SAW dan firman Allah dalam al-Quran bahawa amalan rasuah boleh menyebabkan masuk neraka, ia termasuk dalam salah satu dosa besar dan hukumannya haram di sisi Islam.

Kedua-dua pemberi dan penerima rasuah akan menerima hukuman sama tanpa sebarang pengecualian. Justeru, untuk mewujudkan umat dan negara maju, amalan rasuah perlu dibersihkan. Apabila rasuah diamalkan, keadilan tidak dapat ditegakkan atau seseorang yang jujur boleh kehilangan haknya. Beginilah besarnya akibat rasuah jika ia dijadikan amalan dalam kehidupan.
Peristiwa memalukan Negara-negara umat islam ini adalah kerana berpunca daripada amalan-amalan rasuah. Kisah ini akan berkaitan dengan kes kehilangan enjin Jet Negara Malaysia. Satu yang tidak boleh masuk aqal, enjin Jet boleh hilang.

Cuba kita lihat kepada Negara –negara kelas pertama seperti Eropah. Kerana apa mereka boleh maju? , kerana jenayah rasuah di Negara mereka adalah rendah.
Ambil satu contoh Negara yang paling kurang rasuah ialah Switzerland. Switzerland adalah sebuah negra maju kelas pertama , sumber pendapatan negaranya hanyalah menternak lembu dan kambing dan menjuak kiwi kasut. Hasil buminya tidaklah sehabat Malaysia yang boleh menubuhkan Petronas. Tetapi boleh menjadi Negara yang sangat kaya.
Kita lihat Negara Scandinavia, Negara musim salji, bekerja hanya 6 bulan dan kemudian habis ditengelami oleh salji. Mereka bekerja 6 bulan sahaja lepas tu 6 bulan lagi mereka goyang kaki sahaja. Tetapi Negara mereka maju dan berada dalam kelas yang pertama, kerana kekayaan Negara mereka ada berlebihan dan wang itu digunakan untuk rakyat.
Kemudian kita lihat Negara-negara Eropah yang bersungguh-sungguh untuk memerangi rasuah. Dulu Negara Eropah begitu kuat amalan rasuah mereka sehingga menyebabkan mereka menjadi ketinggalan kepada kuasa baru Amerika pada masa situ. Tetapi selepas perang dunia kedua mereka telah melakukan operasi memerangi rasuah dengan bersungguh-sungguh dan kini akhirnya mereka menjadi Negara maju dunia.
Kita tengok Negara Hongkong semasa dikuasai oleh British mereka tidak begitu maju dan kaya. Hongkong sebuah Negara yang terkenal dengan kongsi gelap cina. Setiap lorong ada sahaja Taiko yang akan menjaga kawasan dan mengutip wang tebusan daripada peniaga dan penduduk di situ. Menyebabkan kegiatan rasuah amat kuat berlaku di Hongkong.
Namun selepas diambil oleh Cina dan Negara komunis itu juga telah melakukan pembersihan daripada rasuah akhirnya Negara Cina pada tahun lepas telah mencatat lebihan pendapatan dalam Negara sebanyak tiga Trillion. Dengan wang lebihan itu hasil daripada ketidak tirisan dalam urusan pentadbiran dan kewangan mereka boleh memberi kepada rakyat yang miskin. Mereka juga sekarang ini sedang membeli telaga minyak di Qatar, lombong bijih di Australia, ladang-ladang di Indonesia sehinggakan Negara Barat amat bimbang dengan keupayaan Negara Cina sekarang ini. Kerana mereka mengatakan bahawa Dunia hari ini sedang dibeli oleh Cina.
Kita jengok sekejap di Negara jiran kita Singapura. Mereka telah mencapai taraf Negara maju 20 tahun yang lalu. Mereka termasuk dalam ketegori nnegara kelas pertama. Kerana kadar indeks rasuah mereka adalah rendah jauh meninggalkan kita. Singapura adalah sebuah Negara yang tidak mempunyai hasil mahsul, tidak seperti Malaysia. Mereka hanya menjalankan import dan eksport sahaja. Tetapi kekayaan mereka melebihi Malaysia yang mempunyai banyak hasil mahsul.

Indeks rasuah
Malaysia dulu tahun 60 an zaman tengku abd Rahman. Indek ke 25, zaman Mahathir naik jadi ranking 40, zaman pak lah naik kepada 57 zaman Najib naik kepada 66 indeks.
Zaman Tengku dahulu beliau menubuhkan satu badan pencegah rasuah sehinggakan menangkap ikan-ikan yang besar pada masa tu. Antara yang kena tangkap ialah Menteri Besar Perak, Menteri Besar Terengganu, dan yang paling besar sekali penagkapan yang dibuat ialah menteri Besar Selangor. Sekurang-kurangnya ikan-ikan besar tidak terlepas.
Ini sekarang, enjin Jet kapal terbang hilang, hanya yang terlibat adalah sarjan-sarjan dan berpangkat rendah kebawah sahaja. Siapa yang nak percaya bukannya kerja sarjan yang mampu jual sampai dekat Argentina. Nak bercakap sepanyol pun tak tau. Kalau dapat dekat sarjan dia hanya boleh jual dekat kelin Botol India yang jual scrap, itu kerja sarjan la. Tetapi kalau sampai ke menyeberangi lautan Atlantik ini kerja siapa.

Rasuah memiskinkan negara kerana kekayaan negara telah dirompak. dan mempapakan rakyat kerana rakyat kehilangan hak mereka..

Tuesday, January 5, 2010

UMNO RISAU KESUCIAN AGAMA ISLAM ?


OPPPPss.. wah bukan main semangat lagi puak2 Umno kaki demo..
kononnya risau kesucian islam akan dicemari oleh agama lain.

ooo ya ka.. . tapi yang heran kenapa bila pimpinan Umno menghina Islam depa tak buat demo.

kenapa tak demo :

1) Bila Umno menggunakan Akta ISA untuk menangkap orang, sedangkan itu bertentangan dengan islam dan boleh mencemarkan kesuciannya.

2) kenapa tak demo bila ada pimpinan Umno yang tak segan silu terlibat dengan RASUAH. sedangkan Rasuah merupakan perkara terkutuk dan dikeji oleh Agama Islam..

3) kenapa hampa tak reti nak berdemo bila ada enjin Jet kepunyaan Negara boleh hilang, sedangkan ia dibawah kuasa Perdana Menteri semasa menjadi Menteri Pertahan..


....