Thursday, June 11, 2009

UST.ABU BAKAR HUSIN PESURUHJAYA BARU PAS PERAK



Tahniah kepada Pesuruhjaya PAS Perak yang baru ust.Abu Bakar Husin. Seperti yang diramalkan oleh ramai orang, Ust Abu Bakar adalah antara nama yang di sebut-sebut untuk mengantikan Tuan Guru Ahmad Awang. Sebelum ini Ust Abu Bakar adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 Perak.

Ust.Abu Bakar Husin merupakan anak murid kepada tokoh ulama Perak iaitu Almarhum Tuan Guru HJ.samad Noh. Tuan Guru Hj.Samad Noh adalah Mudir sekolah Agama Yahyawiyah Padang Rengas Perak. Tuan Guru Hj Samad Noh sendiri pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Perak semasa hayantnya.

Keberkatan didikan Tuan Guru HJ.Samad Noh telah berjaya melahirkan barisan Pimpinan PAS Perak antaranya ialah Ust.Kamaruddin Awang Basir bekas Pesuruhjaya Perak, Kemudian, ustaz Azizan Desa juga merupakan bekas Pesuruhjaya Perak dan yang terbaru ust Abu Bakar Husin..

Mudah-mudahan PAS Perak akan bertambah maju dan mantap di bawah kepimpinan Pesuruhjaya yang Baru..amin

No comments: