Sunday, June 21, 2009

BUKU 100 Dalil Kenapa Najib Tidak Boleh Jadi PM Dah Keluar


Gambar diatas adalah antara isi kandungan buku yang dikeluarkan

Semasa Anwar Ibrahim dijatuhkan, mula-mula mereka keluarkan 100 dalil Anwar tidak boleh jadi PM, kemudian hanya disebabkan buku tersebut beliau ditangkap dan dizalimi serta merengkok dalam penjara selama 6 tahun.

Sekarng buku 100 dalil Najib tidak boleh jadi PM sedang hebat diedarkan oleh pihak tertentu.berita lanjut tengok disi

nak baca lanjut tengok boleh baca di bawah..
File0010_1

Thursday, June 18, 2009

TG NIK AZIZ MEMANGGIL PIMPINAN TERTINGGI PAS MESYUARAT


Alhamdulillah, jika benar apa yang dikhabar, TG.Nik Aziz ingin mengadakan mesyuarat Ukhwah bagi meredakan keadaan berhubung isu kerajaan Perpaduan..Mudah-mudahan segala polemik dan cakap-cakap belakang akan berakhir dan ukhwah kembali bertaut demi memberikan pemfokusan serta menghala serangan bagi memastikan UMNO dikuburkan di bumi Malaysia ini..



Di Kota Bharu, Nik Aziz merancang mengadakan mesyuarat khas yang hanya dihadiri pemimpin tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa.

"Saya sendiri akan menjemput Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden (Nasharudin) dan beberapa pemimpin PAS lain yang akan saya tentukan kemudian."

Pertemuan ini saya namakan mesyuarat ukhuwah (persaudaraan) yang akan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan ini.

"Buat masa ini masa, tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa tetapi akan diadakan secepat yang boleh," Nik Aziz dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan hari ini.
Sumber: Kelab Greenboc

Wednesday, June 17, 2009

UMNO Kerajaan Haram, Poster pun Haram


UMNO HUTANG RM218 JUTA

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 30 Julai sebagai tarikh untuk mendengar permohonan Umno bagi mengenepikan saman RM218 juta yang difailkan oleh syarikat pembekal barang-barang untuk pilihanraya.


Pada 23 Jun tahun lalu, syarikat Elegant Advisory Sdn Bhd menfail saman itu menerusi Tetuan Termizi & Co, dan menamakan bendahari ketika itu Umno Abdul Azim Mohd Zabidi serta Umno sebagai defendan.

Dalam writ samannya syarikat itu menjelaskan bahawa ia membekalkan peralatan pilihanraya, pengangkutan dan penerbitan kepada Umno untuk pilihanraya ke-11pada 2004 setelah diminta oleh Abdul Azim.

Nampaknya Umno ni bukan sahaja kerajaan haram kat Perak mereka buat, Tapi poster pun haram,, Poster yang di gantung masa pilihan adalah haram statusnya kalu Umno tak bayar hutang..

NIK AZIZ SAMAN UTUSAN KERANA PUTAR BELIT KENYATAANYA



KOTA BHARU, 17 Jun :- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia yang dianggap memutar belit kenyataannya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, berita yang disiarkan akhbar tersebut sebelum ini sebagai berniat jahat dan ingin memalukannya.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya menggunakan perkataan 'nasihat saya mesti didengar' sebagaimana yang dilaporkan akhbar berkenaan bertarikh 15 Jun lalu.

"Bukan watak saya memaksa orang lain mendengar cakap saya, bahkan ia�bukan sejarah dalam hidup saya untuk berbuat demikian seperti disiarkan akhbar terbabit," katanya selepas mesyuarat Exco, hari ini.

Akhbar terbabit pada 15 Jun lalu melaporkan Nik Abdul Aziz menegaskan kenyataan kerasnya terhadap mereka yang menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan oleh parti parti, hanya nasihat awal.

Menurut akhbar itu lagi beliau mengingatkan bahawa nasihatnya mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggap sebagai ilham Umno.

Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz berita itu ditulis dengan memutarbelit kenyataannya, ditambah pandangan penulis sendiri.

Selain pembohongan, katanya ia juga berupa hasutan terhadap saya terutama disebut 'kenyataan Nik Aziz dianggap suci dan selari dengan Islam �oleh sebilangan besar pemimpin, ahli dan penyokong PAS yang ditulis dalam ruangan surat pembaca akhbar sama.

"Selain pembohongan untuk memburukkan nama baik saya, ia juga berupa hasutan supaya rakyat memandang buruk pada saya.

"Saya telah menyerahkan kepada peguam hari ini untuk mengambil tindakan ke atas akhbar terbabit dan penulis rencana (surat pembaca) terbabit," katanya.

Surat pembaca disiarkan akhbar terbabit pada 16 Jun bertajuk 'Nik Aziz memutlakkan nasihatnya bercanggah hukum-hakam.'

Ketika ditanya perasaan dalam menghadapi situasi berkenaan beliau melahirkan rasa dukacita serta rasa malu dengan apa yang berlaku.

Tambah beliau lebih mendukacitakan lagi apabila penulis terbabit �mengajak semua mufti termasuk alim ulamak untuk memberi pandangan berhubung masalah berkenaan.

"Ini semua kerja yang tidak masuk akal lebih lagi bila saat nak menghadapi pilihan raya kecil.. macam ni lagilah untuk menambahkan rasa kebencian kepada saya dan PAS," ujarnya. Harakahdaily.

Monday, June 15, 2009

APAKAH ROH PERJUANGAN UST FADHIL NOOR TELAH HILANG DARI KITA




Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, mantan Presiden PAS adalah seorang tokoh LEGENDA. Ketajaman bacaan politiknya memang tidak boleh disangkal oleh kawan dan lawan. Ustaz Fadzil Noor merupakan perintis kepada penubuhan Barisan Alternatif yang kini diberi nafas baru iaitu Pakatan Rakyat.

Gagasan politiknya telah berjaya meletakkan PAS sebagai sebuah Parti Islam yang amat digeruni oleh musuh serta amat dikagumi oleh rakan-rakan dalam pakatan pembangkang.

Ketinggian pemikiran politiknya tidak menghalang beliau menjadi seorang yang begitu merendah diri. Ini terbukti apabila Ustaz Fadzil Noor merintis jalinan persaudaraan dan pakatan dengan Anwar Ibrahim. Walaupun Anwar telah melukakan hati Ustaz Fadzil Noor semasa di dalam UMNO, tetapi Ustaz Fadzil telah memaafkan itu semua. Mereka bersatu hati, tenaga dan berjuang dalam Gelombang Reformasi 1998 yang mencatatkan sejarah tanahair Malaysia.

Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah berkata bahawa “Gelombang Reformasi 1998 ini tidak akan berhenti malah ia akan terus menggoncang pentas politik Malaysia. Tunggulah hasilnya selepas 10 tahun.” Sesungguhnya apa yang diramalkan oleh Almarhum Ust.Fadhil Noor memang tepat dan buktinya kita boleh lihat selepas PRU 12 lepas.


Almarhum Ustaz Fadhil Noor akrap dilihat sering memberikan komen dan respon yang segera bila ditanya oleh pemberita dan wartawan, namun setiap kenyataan dan penegasannya yang bernas lagi berfakta disertakan dengan ketajaman ilmu mantik sering memerangkap wartawan dan pemberita dari mengambil kesempatan terhadap setiap kenyataannya.

Almarhum Ustaz Fadhil Noor terkenal sebagai seorang yang pandai memberi sindiran pedas tapi sarat dengan nasihat dan bermesag sudah cukup untuk menutup mulut pemimpin Umno dan media arus pembodek umno dari menyerang beliau.contoh yang saya masih ingat ialah bila beliau menjawab mengenai tuduhan PAS gila kuasa, dengan spontan beliau menjawab "memang PAS nak kuasa, nak ambik kuasa dari orang gila"

Kita perlu belajar mencontohi kebijaksanaan beliau dalam berpolitik dan mengkaji pendekatan beliau memimpin PAS semasa hayatnya. Walaupun beliau telah meninggalkan kita namun roh dan semangat perjuangannya tetap hidup bersama,selagi kita perjuang apa yang diperjuangkannya..

Antara ungkapan Almarhum yang masih segar dalam ingatan saya ialah ketika beliau meminta supaya ahli PAS sentiasa berubah sambil memberi perumpamaan seperti air, katanya , kita hendaklah selalu berubah seperti air yang mengalir,bila air berada dilangit ia akan berubah turun menjadi hujan lalu memberi kehidupan kepada haiwan dan tanaman. Bila berada diatas,air akan mengalir ke lurah dan sungai lalu membersihkan sungai-sungai dari kotoran sampah.Dan jangan jadi air yang bertakung, kerana air yang bertakung tidak berubah, air yang bertakung tidak suci dan akan menjadi kotor dan menjadi penyebab kepada penyakit..