Sunday, January 29, 2012

teluk rubiah bola dan brazil

post dari matsamankati

Tahun 80an, masa tu Liga Perdana tengah hot. Team bola yang paling hot masa tu juga ialah Pahang sebab depa mampu membeli pemain terkenal macam Fandi Ahmad, Zainal Abidin Hasan, Samad Alipitchay. Semua orang minat dengan team Pahang. Orang suka team Pahang…tapi apa yang orang tak tau, team Pahang disponsor oleh tauke sayur di Cameron Highlands.
Habis tanah di Cameron Highlands digondolkan danCameron Highlands tidak lagi sejuk macam tahun 70an. Pelancong berkurangan dan akhirnya yang rugi ialah penduduk tempatan.
Sebelum tahun 2008, Tajol Rosli menjadi Menteri Besar Perak. Team bola Perak juga boleh dikatakan bagus juga. Kejor Yob Kejor. Tapi apa yang orang tak tau…habis balak di Belum dan Temengor kena sapu untuk menampung team bola Perak. Yang jadi mangsa..orang asli dan penduduk tempatan.
Tahun 2008, Pakatan mengambil alih Perak dan masa tu berebut orang PR nak jadi pengurus bola, yang tak pernah masuk stadium pun nak jadi pengurus bola. Nasib baik PR pegang Perak tak lama, kalau tidak…entah kawasan balak mana yang jadi mangsa.
Tahun 2009, BN merampas Perak dan team bola Perak kembali kepangkuan ahli politik BN. Macam mana depa nak tanggung team bola Perak?
Kawan aku, IAR memaklumkan aku tentang perkembangan bola Perak. Vale international bersetuju untuk mewujudkan akademi bola di Perak.
Bila bola dicampurkan dengan ahli politik yang kurang siuman, dua-dua hancur. Bukan saja bola dan ahlipolitik itu yang hancur, yang paling teruk ialah alam sekitar yang punah hanya untuk memuaskan hati orang politik.

MU, Liverpool, Manchester City, Chelsea..tak payah tebang balak untuk tanggung bola. Takpayah jual tanah untuk beli jersi bola. Sebaliknya duit dari luar yang masuk. Tapi di Malaysia, hutan dimusnahkan untuk menanggung duit beli jersi bola.
Tak mengapa kalau satu lot balak dikhaskan kepada PAFA, kemudian diuruskan secara professional. Sekali saja bagi modal..PAFA dah boleh berniaga dengan bola saja.
Tapi oleh kerana rasuah dan penyelewengan, habis beribu hektar pun…tak akan cukup kalau duitnya sangkut di poket politikus.
Sejak Zambry pegang jawatan Menteri Besar, dia juga memainkan peranan untuk mengisi kantung PAFA. Tapi Zambry lebih teruk dari Tajol Rosli ataupun Menteri Besar Pahang yang dulu. Tajol Rosli ambil balak..Zambry jual tanah!!
Lepas ni..anak muda Perak akan seronok tengok team Perak akan ada pemain Brazil. Mungkin juga ada jurulatih Brazil. Mungkin depa akan seronok hingga tak terkata. Tapi yang jadi mangsa ialah orang Manjung.
Teluk Rubiah sudah tidak dapat diselamatkan lagi sebab sudah dijual kepada syarikat Brazil. Hangpa mungkin seronok bila team Perak pakai jersey Vale.


Vale adalah lambang penjajah baru. Kalau dulu Umno bersekongkol dengan British mengaut hasil bumi Malaya, sekarang Umno bersekongkol dengan Brazil menakluki Malaysia. Kita marah bila tanah-tanah di Johor dijual kepada Singapura. Tapi orang Perak seronok bila tanah di Perak dijual kepada syarikat Brazil…hanya kerana bola.
Setiap tahun, bila PAFA memerlukan peruntukan baru, Umno menebang balak untuk memenuhi tuntuan itu. PAFA cuma perlukan mungkin 500,000…tapi balak yang ditebang mungkin bernilai 5 juta. 4.5 juta disapu oleh orang Umno, 500,000 dapat kat PAFA. cukup la beli jersi baru, beli pemain baru.
Penyokong bola Perak seronok..pemimpin Umno seronok..tapi depa tak peduli khazanah hutan negara hancur.
Sekarang dah nak buat akademi bola PAFA. Penyokong bola Perak seronok, pemimpin Umno pun seronok. Sebab dapat peruntukan baru.
Berapa peruntukan yang diberikan kepada Akademi bola PAFA? Kalau aku jadi pengarah Vale International.. kalau takat dua tiga juta tu..aku tak kisah la. Sebab apa yang Vale dapat dan pemimpin Umno dapat..jauh lebih banyak dari itu.
Dan sudah jadi tabiat orang Melayu, pemimpin Umno buat duit beratus juta…depa tak kisah. Janji bila pilihanraya dapat kain batik dan duit 50.00. Habis maruah tergadai.
Penyokong bola Perak juga lebih kurang macam tu. Janji depa dapat tengok team Perak ada pemain Brazil..boleh menang dalam perlawanan..dah cukup. Depa tak kisah kalau Teluk Rubiah dijual dengan harga ratusan juta. Depa tak kisah kalau pemimpin Umno dapat juta-juta.Depa dapat tiket free masuk stadium pun dah cukup. Kalau Zambry bergambar dengan Pele, Nani, dan Robinho orang tak kisah walaupun semuanya nampak serupa.
Depa tak peduli kalau Teluk Rubiah dulu macam ini.


Sekarang sudah jadi macam ini



(Gambar: Peter Van Der Lans)

Macam mana perkara ini boleh berlaku? Sebab orang tak peduli.

Apa yang dibuat oleh pemerintah, hanya diketahui oleh sekumpulan pemimpin politik atasan. Maklumat dan perancangan kebanyakannya rahsia. Sapa yang mendedahkan rahisa, akan didakwa dibawah OSA. Mana-mana maklumat yang berharga, dijual dengan harga yang tinggi.
Adakah nelayan Pangkor sanggup pergi ke Majlis Perbandaran Manjung untuk membeli Pelan Rancangan Tanah Daerah (RTD) Manjung? apakah pekerja Giant dan TESCO sanggup keluarkan separuh gaji bulanan untuk beli Deraf Pembangunan Daerah? Dan yang paling pelik, orang parti pun tak ada duit ka nak beli satu salinan?
Pemimpin dan penyokong Pakatan hanya sibuk dengan isu-isu nasional. Isu NFC, isu cincin, isu Rosmah shopping…tapi isu tempatan masing-masing tak peduli!
Teluk Rubiah sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Dan untuk menampung kos bola team Perak, beratus ekar tanah hutan simpan di Pangkor akan diteroka. Balak akan dikeluarkan dan tanah akan dijual. Pangkor akan hancur. Sate ikan Pangkor dan ikan bilis Pangkor akan lenyap. Masa tu..kita akan makan sate ikanPangkor..tapi ikan dari Siam. Ikan bilis Pangkor pun hanya tinggal nama…mungkin kena impot dari Bangladesh.