Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Tuesday, June 30, 2009

UMNO GUNA TENTERA DI PRK MANIK URAI


Umno seperti yang sedia maklum, sudah menunggu ajal untuk ditalkinkan. Satu demi satu mereka menerima kekalahan dalam PRK yang mereka tandingi baru-baru ini bermula dengan PRK Permatang Pauh, Kuala Terenganu sehingalah PRK Bukit Gantang.

Jadi demi memastikan mereka terus bernyawa dan boleh bernafas maka PRK Manik Urai adalah satu-satunya peluang yang mereka ada. Mahu atau tidak mahu mereka mesti menang.

Sehinggakan UMNO terpaksa menggunakan khidmat tentera untuk merayu undi bagi memenagkan UMNO.. Bagi kita dengan tindakan ini membuktikan secara jelas kebacolan dan tidak bermaruahnya umno..

Kepada Umno, gunalah Tentera ka, Polis ka, SPR ka, SPRM ka dan semua jentera kerajaan ka,, tapi bila rakyat sudah marah,, tiada apa yang boleh halang...
cerita lanjut tengok video Mahfuz Omar kat bawah

Sunday, June 14, 2009

TG.HADI AWANG JAWAB DARI MANA IDEA KERAJAAN PERPADUAN BOLEH TIMBUL



Ketika pertemuan TGHA di Londan.,di peaste dari blog muhaimim Sulam

Habis kerja jam 3 pagi, aku bersiap untuk ke London dengan isteri. Tolong isteri buat bekalan makan. Solat subuh sekarang pukul 3.30 pagi. Tak boleh tidur takut terlajak, kerana bas 6 pagi. Lebih 4 jam perjalanan, sampailah kami di Kota London. Makan tengah hari di tengah padang Hyde Park di bawah mentari cerah. Rehlah sebelum dengar kuliah. Sampai di Corus Hotel di Bayswater Road tempat program tersebut, rupanya kami orang pertama yang sampai. Wow semangatnya gue!

2. Menanti rombongan Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, aku bersembang tidak kosong dengan beberapa orang yang hadir. Melayu, India, Benggali dan Cina pun ada. Semua datang dengan seribu satu soalan. Macam semua nak nasihat agar Presiden PAS itu berhenti bercakap tentang `Unity Government'. Bersungguh benar mereka. Naik gabra aku dibuatnya.

3. Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang berucap ringkas. Sebab beliau tahu, ramai yang datang bawa dengan soalan. Bukan datang dengan telinga atau kaki yang tak bermata. Pertama, sebagai pemimpin sebuah parti politik Islam, mesej beliau tidak boleh lari daripada Islam itu sendiri. Itulah juga yang dinyatakan oleh beliau sewaktu bertemu dengan Lee Kuan Yew sebelum berangkat ke London. Walaupun yang datang dalam majlis itu pelbagai kaum dan agama, Presiden PAS itu terus menyampaikan butir-butir al Quran sebagai asas ucapannya. Itulah yang dicakap samada dalam Pakatan Rakyat, Barisan Nasional ataupun yang tak tahu apa-apa tentang politik.

4. Kedua, Islam mengutamakan pembangunan insan tanpa menafikan keperluan ekonomi sebagai keperluan kesejahteraan hidup. Ilmu pengetahuan, tamadun dan keperibadian tinggi itulah yang mewujudkan kebijaksanaan manusia untuk hidup dengan saling bantu membantu, berhubungan antara satu sama lain. Manusia tidak boleh hidup sendiri untuk memenuhi keperluan mereka. Oleh itu Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud,
'kebijaksanaan adalah barang tercicir milik orang beriman'.

5. Kebijaksanaan itulah yang menjadikan kita berkongsi tamadun dengan tamadun bangsa dan agama lain. Tamadun China yang menemukan teknologi alat letupan dan kertas telah digunakan oleh dunia untuk membangunkan ketenteraan dan meningkatkan keselamatan mereka. Tamadun Yunani purba tentang pentadbiran seperti demokrasi digunakan oleh dunia untuk mengurus masyarakat dan negara. Manakala tamadun dan perkembangan sains dan ilmu pengetahuan di Baghdad dan Andalusia juga dimanfaatkan oleh dunia.

6. Kerajaan Islam memanfaatkan semua tamadun dunia untuk membangunkan masyarakat sehinggalah terdiri sebuah kerajaan yang kuat dan maju. Akhirnya, kerajaan Islam yang kuat dan maju itu sedikit demi sedikit meninggalkan Islam sebagai sumber kekuatan mereka. Kerajaan Islam menjadi zalim, menindas rakyat dan menyebabkan pemberontakan berlaku. Dari bangsa Quraish yang dianggap bangsa terkuat, telah berpindah kepada bangsa Kurdis, kemudian kepada bangsa Mogul. Inilah yang pernah disebut oleh Imam Mawardi tentang ciri kepimpinan yang ketujuh;berbangsa Arab Quraish. Bukanlah Imam Mawardi menyatakan hanya Arab Quraish mempunyai darah kepimpinan tetapi sebenarnya ia merujuk kepada kualiti kepimpinan semasa yang memiliki pengaruh luas.

7. Tuan Guru Presiden ada sebut istilah 16 Sep sepintas lalu. Terus kepala aku menangkap ada benda di sebalik itu yang beliau tak mahu ulas lanjut.Tetapi bagi aku penting. Namun barangkali, ada yang lebih penting mengapa beliau tak ulas.

8. Masyarakat mula naik angin bila perut mereka diganggu. Otak sudah letak bawah kaki. Masalah riba, rasuah, untung atas angin, monopoli, manipulasi dan sebagainya. Semua itu ditentang oleh Islam. Dalam menentang amalan riba, al Quran mengisytiharkan perang kepada yang mengamalkannya. Tapi riba adalah amalan lumrah dalam ekonomi. Mengapa manusia tidak menentangnya, sebab perut mereka masih terisi. Mereka tidak kisah kalau timbul masalah sosial sebab kerangka otaknya adalah perutisme. Ini istilah aku pinjam dari Dr. Siddiq Fadhil.

9. PAS mempunyai pengalaman yang luas dalam kerjasama dengan parti-parti politik pembangkang dan kerajaan. Kemuncak kerjasama PAS dengan bukan Islam adalah dengan mewujudkan Kelab Penyokong PAS. Kemuncak kerjasama PAS dengan Umno ialah mewujudkan kerajaan campuran (1971) dan Barisan Nasional (1973). Tiada parti lain seluas pengalaman PAS di Malaysia dalam soal ini. Ini aku cakap.

10. Kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat adalah atas prinsip yang sama. PAS terus dengan dasarnya dan menghormati dasar parti rakannya yang lain. DAP keluar daripada Barisan Alternatif pada 2001, kerana tidak bersetuju dengan konsep negara Islam PAS. PAS tidak pernah berhenti dalam perjuangan yang melibatkan dasar parti . DAP dan PAS sekali lagi bertemu dalam Pakatan Rakyat yang diwujudkan selepas PRU12 .

11. Akhirnya, Tuan Guru bercakap tentang `Unity Government' . Menurutnya, konsep tersebut timbul sewaktu zaman Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM. Dasar terbuka Abdullah terhadap institusi kehakiman, langkah pencegahan rasuah, keterbukaan kepimpinannya membuka ruang idea itu dikemukakan. Abdullah Badawi memang awalnya berminat tentang idea tersebut tetapi tekanan dalaman Umno akhirnya menyebabkan beliau terpaksa berundur dari jawatan PM.

12. Apakah itu `Unity Government'? Senang untuk difaham tetapi mengapa payah nak reti? Sebenarnya, inilah yang disebut sebagai `negara tanpa pembangkang' yang pernah diamalkan di UK selepas Perang Dunia, diperkenalkan oleh Nelson Mandela selepas menamatkan dasar apartied di Afrika Selatan dan sekarang diamalkan di Indonesia. Konsep ini berusaha untuk menamatkan perbalahan politik yang merugikan negara. Tiada kaitan langsung PAS masuk Umno seperti yang dihebohkan oleh media dan ramai ahli dan sesetengah pimpinan PAS. Media memang akan memanfaatkan setiap ayat yang boleh dimanipulasikan untuk kepentingan mereka.

13. Habis tu mengapa ramai ahli dan sesetengah pemimpin PAS menentang? Sebabnya mereka memahami konsep itu dalam zaman pemerintahan Najib Tun Razak. Tuan Guru Presiden jelaskan bahawa konsep itu tidak relevan di zaman Najib. Namun, Tuan Guru tidak menolak untuk berbincang dengan sesiapa termasuk Umno. Seperti juga PAS tidak pernah menolak untuk berbincang dengan DAP, PKR dan pihak lain. Memang ada perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat. Sama juga dalam PAS. Perbezaan pendapat bukan pergaduhan. Itu lebihnya dalam PAS. Mereka ada kebebasan suara.

14. Sambil menuding jari kepada Tuan Guru Presiden, mamat itu bertanya macam-macam. Kurang ajar betul mamat ni. Lepas tamat majlis, mereka yang awal tadi tak puas hati dengan Tuan Guru nampaknya semakin jelas. Tiada jawapan yang skema dari Tuan Guru , tiada retorik atau janji politik kosong. Dia jawab dengan lurusnya sebagaimana ketika beliau menjawab soalan wartawan selepas muktamar. Bak kata Tuan Guru sebelum sesi soaljawab tu, yang boleh dijawab, dia jawab. Yang tak boleh, jangan temberang. Oleh kerana kami datang ingin mengetahui, kami faham. Kami dengar sendiri dari mulutnya. Sebaliknya jika yang datang nak mencari kesilapan, mereka akan buat berita yang mengelirukan orang.

15. Memang ada soalan yang tidak dijawab dan tidak menjawab pertanyaan. Bagi aku itu bukan isu sangat. Aku tak sempat nak sembang meski satu ayat dengan Tuan Guru selepas program tamat. Tapi aku sembang dengan Dr. Shamsuri dan Hj. Asmuni yang datang sekali. Agak tidak panjang. Nanti aku cerita kemudian.

Sunday, May 17, 2009

SENARAI PENCALONAN LAYAK BERTANDING MUKTAMAR PAS KE 55


Senarai calon yang layak bertanding dalam pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke-55
Ditulis oleh Te@mIT
SATURDAY, 16 Mei 2009 05:29

PENGERUSI TETAP

1. Abu Kassim Bin Abdullah, Ustaz Haji
2. Hussain Bin Haji Ismail, Haji

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1. Hussain Bin Haji Ismail, Haji
2. Ishak Bin Surin, Haji
3. Misbahul Munir Bin Masduki
4. Nasuruddin Daud (Kelantan), YB
5. Tengku Puji Bin Tengku Abd Hamid
6. Wan Abdul Rahim Bin Abdullah, YB Dato'


PRESIDEN

1. Abdul Hadi Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

1. Azizan Abd Razak YAB Dato’ Seri Ustaz
2. Haron Din , Dato' Dr
3. Husam Musa, YB Dato’ Haji
4. Mohamad Sabu, Haji
5. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji

NAIB PRESIDEN

1. Ahmad Awang Ustaz Haji
2. Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz
3. Harun Taib, YB Dato’ Ustaz Haji
4. Hassan Mohd Ali, YB Dato' Dr Hj
5. Husam Musa, YB Dato’ Haji
6. Idris Haji Ahmad , Ustaz Haji
7. Kamarudin Jaffar , YB Dato’
8. Mahfuz Omar, YB Dato' Haji
9. Mohamad Sabu, Haji
10. Mohd Amar Abdullah, YB Ustaz ’
11. Mujahid Haji Yusof Rawa , YB Dr.
12. Nasharudin Mat Isa , YB Ustaz Haji
13. Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir
14. Salahuddin Ayub, YB
15. Taib Azamuddin Md Taib, YB Ustaz Haji
16. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz



AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Aziz Yaakob, Mejar (B)
2. Abdul Ghani Abdul Rahman Ustaz Haji
3. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz Haji
4. Abdul Halim Abdul Rahman, YB Dato’ Ustaz Haji
5. Abdul Wahab Ismail, Dr
6. Abdul Wahid Endut, YB
7. Abd Rani Osman, YB Dr
8. Abu Bakar Chik Dato’ Ustaz Haji
9. Adly Zahari (Melaka), Sdr
10. Ahmad Awang, Ustaz Haji
11. Ahmad Rosli Ibrahim (Kelantan) , YB Dato'
12. Ahmad Yaakob, YB Dato’ Ustaz
13. Ahmad Yunus Khairi (Sijangkang), YB Dr
14. Aiman Athirah al-Jundi, Sdri
15. Aminolhuda Hj Hassan, Hj
16. Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir.
17. Anuar Tan Abdullah, YB Dato’ Haji
18. Asmuni Awi, Haji
19. Azizah Khatib Mat, Ustazah Hajjah
20. Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz
21. Azman Shapawi (DPPP), Sdr
22. Che Rosli Che Mat, YB Dr
23. Dzulkifli Ahmad, YB Dr.
24. Halimah Ali, YB Dr. Hjh
25. Hamzah Abdullah (Sabah),
26. Hamzah Jaafar, Dr
27. Harun Taib, YB Dato’ Ustaz Haji
28. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak (Kulim), Ust
29. Hasan Mohd Ali , YB Dato' Dr Hj
30. Hashim Jasin, YB Ustaz Haji
31. Hayati Othman (Kedah), YB Dr
32. Husam Musa, YB Dato’ Haji
33. Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji
34. Iskandar Abdul Samad, YB Ir
35. Kamarudin Jaffar , YB Dato’
36. Khairuddin Dato' Abdul Malik, Dr.
37. Khalid Samad, YB
38. Khalil Idham Lim, YB Drs.
39. Lo’ Lo’ Haji Mohd. Ghazali YB Dr.
40. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. Haji
41. Mahfuz Omar, YB Dato' Haji
42. Mazlan Aliman, Sdr
43. Mariam Abdul Rashid, Hjh
44. Misbahul Munir Masduki,
45. Mohamad Sabu, Haji
46. Mohamad Noor Mohamad, Haji
47. Mohamed Hanipa Maidin, Sdr
48. Mohd Amar Abdullah YB Ustaz ’
49. Mohd Anuar Tahir, Hj
50. Mohd Apandi Mohamed, Hj
51. Mohd Hatta Ramli, YB Dr. Haji
52. Mohd Nasir Mustapha (Kedah) , Sdr
53. Mohd Taufek Abdul Ghani, YB
54. Mohd Yusof Husin, YB Hj
55. Mujahid Haji Yusof Rawa, YB Dr.
56. Mumtaz Md Nawi, YB Senator
57. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji
58. Nasrudin Hassan Thantawi, Ustaz
59. Nasuruddin Daud (Kelantan), YB
60. Nik Abduh Nik Aziz, Ust
61. Nik Mazian Nik Mohamad, YB Dr
62. Nik Mohd Zawawi Salleh, Ustaz Haji
63. Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir
64. Norazli Musa,
65. Nuridah Mohd Salleh, Ustazah
66. Omar Mohamad (Kelantan), YB Dato'
67. Othman Sabran, Dr.
68. Phahrolrazi Mohd Zawawi , YB Dato' Ir. Haji
69. Rosli Yaakob, Dr
70. Sabki Yusof (DPPP),
71. Salahuddin Ayob, YB
72. Sallehen bin Mukhyi, Ustaz
73. Shaari Sungib , YB
74. Shafie Abu Bakar, YB Dr
75. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. Hajjah
76. Siti Zailah Yusof, YB
77. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi YB Dr.
78. Taib Azamuddin Md Taib, YB Ustaz Haji
79. Takiyuddin Hassan, YB Dato’
80. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz
81. Wan Abdul Muttalib Embong, Dato’ Haji
82. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, YB Dato'
83. Wan Hasrina Bt Wan Hassan, Hjh
84. Yusof Embong (Pahang), Ust
85. Zulkefly Mohamad Omar, Hj
86. Zulkifli Ahmad (Johor), Hj



PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Ali Maidin
2. Ishak Bin Surin, Haji
3. Khalid Bin Abd. Samad, YB. Haji
4. Khalil Idham Lim Bin Abdullah, YB. Drs
5. Mohd Rashidi Bin Hassan
6. Mohd Taulan Bin Rasul, YB. Dato'
7. Musanif Bin Abd Rahman
8. Muzammil Hafizd
9. Syed Mohamed Syed Hassan, Drs

Sunday, April 26, 2009

ORANG PAS DAN ADA PIMPINAN PAS TAK FAHAM



kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Tuan Guru Hadi Awang telah menimbulkan pelbagai reaksi dari orang PAS termasuklah juga dari kalangan Pimpinan PAS sendiri. ada yang secara terang-terangan membantah dan membuat pelbagai andaian kepada idea tersebut. saya rasa ramai lagi yang masih tak berapa faham jadi bawah ni saya postkan temuramah Tuan Guru Hadi Awang supaya kita faham dan jangan terlalu cepat melatah tak tentu pasai..

HARAKAH: Dalam agenda membentuk 'Kerajaan Perpaduan' atau 'Government Unity', adakah PAS masih optimis untuk berunding bersama Dato� Seri Najib Tun Abdul Razak bagi merealisasikan hasrat tersebut?

USTAZ ABDUL HADI: Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang 'Unity Government' termasuk orang PAS sendiri dan di kalangan pimpinan pun ada yang masih belum faham lagi. Ini kerana, mungkin mereka sibuk, tidak berpeluang membaca buku-buku politik dan tidak membaca istilah-istilah politik.

Dalam politik ada kerajaan yang sepenuhnya, ada yang disebut'Unity Government', ada 'Coalition Government' dan ada 'Front National'. 'Front National' itulah dia Barisan Nasional (BN) yang ada pembangkang. Kerajaan campuran ini adalah antara satu parti yang memerintah dengan parti yang lain diajak sama dalam pemerintah dengan syarat-syarat yang dibuat.

Di mana kebiasaannya dia (parti) terikat, partinya terikat dengan syarat-syarat bersama dengan kerajaan dan tidak banyak perubahan dibuat. Dan PAS berpengalaman dalam dua kerajaan iaitu Kerajaan Campuran (Perikatan) dan Kerajaan Barisan Nasional. 'Unity Government' bukan Kerajaan Campuran dan bukan Barisan Nasional. Itu kena faham. Ini kerana ada orang PAS sendiri faham masuk Barisan Nasional dan kerajaan campuran semula. Ini menandakan tidak faham 'Unity Government'.

Boleh Dato' Seri jelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'Unity Government' ini?

'Unity Government' ini adalah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syakhsiyyah, ada kepelbagaian dan dia (parti) berhak untuk membangkang di mana 'Unity Government' ini membolehkan orang dalam Umno sendiri bangkang kerajaan.

Ini kita (PAS) memecahkan tradisi yang dibuat oleh Umno yang ada pada hari ini. Di mana orang Umno tidak boleh bangkang parti dia dan kalau bangkang dia akan kena pecat. Ini termasuklah, kita membebaskan Umno itu sendiri. Ini kena faham dan dalam masa yang sama 'Unity Government' ini mestilah melakukan perubahan yang adil untuk semua rakyat. Ini termasuklah untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan kehakiman, pentadbiran.

Boleh Dato' Seri kemukakan contoh-contoh apa yang dikatakan "Unity Government" yang dipakai di mana-mana? Image

Konsepnya mesti berubah dan bukan apa yang ada pada hari ini. Sebagai contoh, di Indonesia yang saya sebut tadi. 'Unity Government' di Indonesia berlaku pemisahan kuasa dengan 'SPR' atau Pemilu di Indonesia dengan badan politik. Pemisahan kuasa dengan badan kehakiman, sehingga badan kehakiman di Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah, boleh menyeret Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke Mahkamah jika melakukan kesalahan. Ini kita (PAS) hendak bersihkan negara.

Di Israel sebagai contoh, Perdana Menteri Israel pun boleh dibawa ke mahkamah dan disiasat. Ini 'Unity Government' dan pilihan raya di Indonesia adalah pilihan raya yang berubah. Di mana Barisan Nasional tidak ada hak memonopoli TV termasuklah semua parti boleh menggunakan TV.

Tapi Dato' Seri, masih ramai orang yang tidak faham termasuk ahli-ahli PAS sendiri?

Inilah masalahnya. Ramai yang tidak faham dengan konsep ini. Rakyat ada kebebasan. Ini 'unity' biar kita kena faham. Apa yang saya rasa lucu, ada orang Umno yang membangkang dan ada orang Umno yang bersetuju. Tetapi, orang PAS juga bangkang dia (PAS) tidak tahu. Ini menandakan, dia (orang PAS) tidak tahu apa 'Unity Government'. Barangkali kalau dia tahu bentuknya saya rasa orang boleh terima. Oleh kerana, ramai orang tidak faham, maka, saya tarik balik cadangan saya itu. Saya tarik balik sehingga orang kita faham betul-betul.

Adakah cadangan Dato' Seri ini telah dibincangkan pada peringkat jawatankuasa tertinggi parti?

Sebenarnya, 'Unity Government' ini kita telah bincang dalam dialog politik di kalangan kepimpinan PAS Pusat. Kita telah membincangkan semua aspek. Aspek Barisan Nasional, aspek Kerajaan Campuran termasuklah 'Unity Government' dan ini juga menjadi perbincangan termasuklah aspek undi tidak percaya. Dan termasuk 'Unity Government' yang saya kemukakan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri. Ianya disokong oleh KeADILan dan DAP.

Saya telah memaklumkan kepada DAP dan DAP menyertai dalam beberapa usaha yang dilakukan tetapi oleh kerana, kita melihat orang Umno sendiri takut hendak buat 'Unity Government' dan mungkin dia (pemimpin Umno) bimbang kerana akan ada orang dia (Umno) dibicarakan di Mahkamah, maka ia terhenti.

Monday, April 13, 2009

NIZAR KE PUSAT

KUALA LUMPUR, 14 April: Sehingga kini, tiga pemimpin kanan PAS telah dicalonkan untuk menjadi timbalan Presiden PAS iaitu Datuk Husam Musa, Datuk Seri Azizan Razak dan Haji Mohamad Sabu.
Husam dicalonkan oleh PAS kawasan Kelana Jaya, Selangor dalam mesyuarat agung mereka Ahad lepas.Azizan dicalonkan oleh PAS kawasan Temerloh, Pahang manakala Mohamad dicalonkan oleh PAS kawasan Batu, Wilayah Persekutuan.Pencalonan mereka dibuat melalui mesyuarat Jawatankuasa kawasan setelah mendapat mandat dari mesyuarat agung.Sehingga kini, hanya nama Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicalonkan untuk jawatan Presiden PAS.
Sementara itu, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menjadi muka baru yang popular sehingga kini untuk dipilih sebagai naib Presiden PAS.Beliau dicalonkan oleh PAS kawasan Kelana Jaya dan juga Temerloh.Kelana Jaya mencalonkan Mohamad Sabu, Nizar dan Taib Azamudin untuk naib presiden manakala Temerloh mencalonkan Mohamad Sabu, Husam dan Nizar untuk jawatan itu.
Siasah difahamkan, beberapa kawasan PAS telah mengadakan mesyuarat agung mereka hujung minggu lalu tetapi menyerahkan pencalonan mereka kepada Jawatankuasa yang baru dipilih untuk membuat pencalonan.Muktamar PAS akan diadakan awal Jun depan dan Selangor telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kali ini.