Baru- baru ini dan sejak kebelakangan ini, Dr.Asri semakin galak nak memberikan komen terhadap PAS. Antaranya kat
siniLalu kemudian, dijawab oleh ust.Nasharudin Tantawi, dengan tajuk yang agak lunak iaitu PAS sudi mendengar.
Dalam komen tersebut Dr.Asri mempertikai mengenai ahli PAS yang suka maki hamun dengan sesiapa yang tidak sependapat dengan mereka walaupun yang berbeza pendapat itu adalah dari kalangan pimpinan mereka sendiri.
Bagi ahli PAS dan pejuang Islam sekiranya benar apa yang digambar maka wajarlah di ubah dan di muhasabah apa yang tidak baik itu.
Jadi Alhamdulillah, PAS sentiasa sudi mendengar, dan Pimpinan PAS juga sudi mendengar kritikan dari pada ahlinya. Cuma apakah Dr.Asri pula sudi mendengar teguran dan boleh menerima pandangan yang tidak sealiran dengan minda tajdidnya.
Kalau Dr.Asri berpegang kepada pendirian yang tidak menyebelahi mana-mana parti politik, itu adalah pendiriannya. Tetapi kenapa kerap kali tulisannya mengkritik orang yang berpendirian kepartian. Kalau demikian bermakna Dr.Asri juga tidak boleh menerima orang yang berbeda pandangan dengannya.
Kemudian kita khuatir kritikan yang hanya kepada perkara yang furu' dan melupakan perkara yang pokok akan menyebabkan seolah-olah membiarkan kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan oleh Umno adalah tidak salah. Umpama menembak musuh tetapi sasaran tidak tepat akhirnya peluru habis dan orang lain menjadi mangsa dan musuh yang hendak dibunuh terlepas, yang ditindas terus dizalimi seolah-olah tiada pembelaan.
Selagi mana matlamat PAS adalah menegakkan syariat Islam, maka sebagai umat Islam haruslah memberikan sokongan kepada PAS demi memastikan cita-cita menegakkan syariat Allah berjaya dilaksanakan. Walaupun PAS ada kelemahan dan kekurangan namun kelemahan itu tetap berada dalam usaha untuk menegakkan Islam.
Jangan hanya kerana masalah yang sedikit menyebabkan kita mencari alasan untuk menolak perjuangan besar yang di bawa oleh PAS dan janganlah juga kerana kelemahan tadi menjadikan alasan kepada orang Islam untuk terus menyokong dan redho dengan kezaliman yang dilakukan oleh Umno...
No comments:
Post a Comment