Wednesday, December 29, 2010

TAHNIAH MALAYSIA, :JUMAAT CUTI UMUM





Malaysia menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala AFF-Suzuki 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia malam ini.

Gol tunggal Malaysia dalam perlawanan itu disempurnakan pemain negara Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-53 dalam perlawanan timbal balik berkenaan.

Gol berkenaan memberikan kemenangan kepada negara setelah perlawanan akhir pertama menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan keputusan 3-0 pada 26 Disember lalu.

Indonesia kemudiannya memperolehi satu gol melalui pemainnya Mohammad Nasuha pada minit ke-71.

Satu lagi gol diperolehi Indonesia pada minit ke-87.

Dalam perkembangan berkaitan, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak lewat malam ini mengisytiharkan 31 Disember sebagai cuti umum.

Dalam kenyataannya kepada Bernama itu, beliau mengisytiharkan cuti umum berkenaan bagi meraikan kemenangan pertama Malaysia dalam sejarah 14 tahun kejohanan berkenaan.
Sepanjang tujuh edisi sebelum ini, Malaysia hanya sekali berpeluang melangkah ke perlawanan akhir iaitu pada edisi sulung kejohanan yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger pada 1996.

Monday, December 27, 2010

WARISKAN ANAK DENGAN PERJUANGAN ISLAM


WARISKAN ANAK DENGAN PERJUANGAN
Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, December 27, 2010

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menegaskan agar seluruh ahli PAS memastikan kesinambungan perjuangan dapat dipelihara dengan baik dengan memastikan anak-anak dan anggota keluarga mereka menjadi ahli PAS dan mendaftarkan diri masing-masing dalam daftar pemilih bagi menjalankan tanggungjawab memastikan kemenangan dalam setiap kali pilihanraya diadakan.

Menurut beliau anak-cucu kita adalah antara golongan penting yang perlu membuat perubahan politik secara besar-besaran dalam pilihanraya akan datang bagi menyelamat negera kita dari penyelewengan Umno BN.

Memetik kata-kata beliau “Kita sebagai ahli PAS perlu sedar tanggungjawab besar untuk membuat perubahan politik yang bermula dari diri kita dan memastikan generasi kita menjadi ahli dan pendukung parti bagi kesinambungan perjuangan

“ Kita tak mahu lihat ada ahli kita yang semangat berkobar-kobar menentang Umno tetapi tidak pula mahu mengikat anak-anak dalam jamaah yang akhirnya mereka menentang Islam yang kita perjuangkan”

Beliau juga menyatakan kini rakyat sangat memerlukan perubahan politik besar-besaran bagi menyelamatkan negara ini dari penyelewengan dan segala bencana termasuk masalah gejala sosial yang semakin dashyat.
Justeru Pakatan Rakyat adalah pilihan terbaik kepada rakyat Malaysia untuk menggantikan kepimpinan negara yang selama ini dikemudi oleh pemimpin Umno BN yang telah banyak menggadaikan hak negara dan kepentingan rakyat dan ia bertambah buruk apabila generasi muda di Malaysia kini semakin rosak akhlaknya disebabkan punyai pemimpin negara yang juga lebih teruk rosak akhlaknya, tegas beliau.

Sunday, July 18, 2010

Minyak Naik gula pun Naik


Ha.ha..ha
Minyak naik pulak,,.Gula pula, sebab banyak sangat orang kena penyakit kencing manis, kerajaan yang amat-amat perihatin dengan masalah kesihatan terpaksalah naikan harga gula..

Kebiasaanya bila harga minyak naik, kerajaan akan bagi alasan yang standard macam tahun tahun yang lalu..
Biasanya:

1. Kerajaan nak menggalakkan rakyat sihat, bila minyak naik rakyat akan naik basikal pergi kerja, pergi kedai, pergi surau pergi kemana-mana pun..jadi ..rakyat bertambah sihat..
*ps..bila Najib nak naik basikal pula,, teringin nak tengok

2. Harga Minyak di Malaysia adalah yang paling Murah kalau nak dibandingkan dengan negara Singapura, Uganda, Somalia, Afrika dan Belanda,,, -,..
*ps..Bila masa pulak kita merasa nak p naik kereta ke Uganda sana nuun..

3. Kerajaan dah tak mampu nak bagi subsidi minyak..
*ps..berapa banyak kerajaan bagi subsidi, siapa yg boleh buktikan..bagaimana dgn subsidi yg diberikan kepada syarikat besar, yg untung hanyalah kumpulan tertentu sahaja

4. Duit Subsidi minyak boleh digunakan untuk pembangunan infrastruktur yg lain seperti Hospital..
*ps.. Bukankah dulu pun kerajaan cakap nak majukan infrastruktur yang lain,,sedangkan masa itu sudah ada budget dan peruntukkannya.

5. Harga Minyak dunia tidak menentu, selalu naik, dan naik sahaja, jadi kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak..
*PS..Bila minyak dunia turun knp Minyak Malaysia tak turun, kalau turun pun , lambat...baru turun,..

Yang pasti,,, rakyat sudah pandai ,, semua alasan dari kerajaan tidak dapat diterima oleh mereka...

Sunday, May 30, 2010

Antara Dakwah dan Tarbiyyah

Dakwah dan tarbiyyah tidak dapat dipisahkan dalam konteks perjuangan sebuah gerakan Islam seperti PAS. Kadang-kala Dakwah mendahului tarbiyyah dan ada masa tarbiyyah perlu diutamakan. Namun hakikatnya kedua-dua elemen ini perlu berjalan selari dan bergerak sekata.

Thursday, May 27, 2010

LAGENDA BOLASEPAK PERAK & SELANGOR


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) dan juga seluruh peminat sukan bola sepak negeri ini bertuah berpeluang menyaksikan perlawanan nostalgia yang membariskan pemain bolasepak lagenda dari Selangor dan Perak sempena Program Sorakan 1Malaysia 1Dunia pada 28 hingga 30 Mei ini anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Majalah Stadium dan khasnya kerajaan negeri.

DPPN Pk menyokong usaha murni ini yang sekian lama di tunggu oleh rakyat Negeri Perak khasnya. Cumanya DPPN Pk terkilan sedikit dengan cara penganjuran kali ini yang mengenepikan Persatuan Bolasepak Negeri Perak (PAFA). DPPN Pk merasakan sukan bola sepak ini sebagai penyatuan tetapi tidak berlaku khasnya yang melibatkan kerajaan negeri dengan PAFA.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang juga Ahli Majlis PAFA sudah tentu menjadikan usaha penganjuran ini lebih bermotifkan politik. Sepatutnya sukan bola sepak ini tidak dijadikan medan politik tetapi nampaknya ia terus dipolitikkan oleh pihak-pihak yang tidak melihat kepentingan sukan itu sendiri.

DPPN Pk berpendapat agar sukan bola sepak ini tidak dipolitikkan dan harus ada usaha penyatuan. Dan berharap usaha penganjuran ini bukan sebagai medan perpecahan demi sukan yang kita cintai ini.

SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 6:58 AM