Monday, October 19, 2009

SETAKAT PINDA PERLEMBAGAAN UMNO TIDAK MEMBUKTIKAN BERSIH DARI RASUAH


Dalam minggu nie ramai yang dah boleh hafal dialog Najib memekit di perhimpunan agung umno. manakan tidak asyik ada sahaja peluang berita terkini sehingga berita perdana tak habis-habis ulang ucapan Najib..

Selepas ditayang ucapan Najib lalu dicarilah pula mangsa di tepi jalan untuk bertanya pendapat mereka terhadap ucapan Najib. dari orang yang berjalan kaki,pengusaha goreng pisang, jual berger, air tebu semua di interview oleh pemberita...

kebanyakan mereka mengatakan yang Umno telah berubah, lebih telus, dan bersih kerana keberanian Najib meminda perlembagaan.

Tapi kalau difikirkan secara logik, apa kah kaitan diantara meminda perlembagaan dengan UMNO yang bersih dan telus,.. sekadar meminda sesuatu perlembagaan tidak menjamin yang UMNO telah bersih dari rasuah dan telus dalam pemerintahan mereka. cuma yang kita nampak itu hanyalah wayang kulit yang dimainkan untuk memusingkan kepala rakyat yang Umno telah berubah....

Walaupun sistem kuata dihapuskan tidak bermakna rasuah dalam Umno juga telah dihapuskan... apa yang pasti semua perwakilan umno telah dipusingakan kepala mereka oleh Najib yang terkenal dengan ilmu menghilang orang.

Saturday, October 3, 2009

BAGAN PINANG BERTUKAR BAGAN PERANG

PILIHAN RAYA KECIL KAWASAN DUN BAGAN PINANG (N31) PADA 11 OKTOBER 2009
Kategori: Ucapan
‘Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Kamu akan melihat manusia memasuki Agama Allah dengan berbondong-bondong(tanpa mengira bangsa dan bahasa).’
Surah An-Nashr Ayat 1 dan 2

Mari kita sama-sama panjatkan seribu satu kesyukuran kepada Pencipta langit dan bumi kerana dengan izin dan restu-Nya dapatlah juga saya berkongsi sama menumpahkan sedikit rasa hati .


Pilihanraya amat berkaitan dengan agama, keadilan dan tanggungjawab setiap rakyat dalam sistem demokrasi. Ia menyentuh hak warganegara. Ia ada kaitan dengan dosa pahala dan mendapat keredhaan Allah atau sebaliknya. Pilihanraya adalah medan pemilihan pemimpin yang bakal kita angkat sebagai penggubal dan pemantau undang-undang samada di Parlimen atau Negeri. Selaku wakil rakyat, segala bentuk kebajikan, sakit dan mati, susah dan senang; juga segala aduan dan masalah kita sepatutnya diberi perhatian oleh wakil rakyat. Dalam konteks inilah amat pentingnya kita memilih wakil rakyat yang memahami masalah serta prihatin terhadap kebajikan kita selaku pengundi.


Pemilihan saudara Zulkefly Mohamad Omar, Pesuruhjaya PAS Negeri sebagai calon PAS dikira cukup cucuk untuk meneruskan khidmat amal ini. Selaku seorang muda yang telah diuji kecekapan dan ketabahannya untuk memimpin Pas Negeri, dalam usia 44 tahun beliau diyakini mampu mencabar calon yang ditampilkan oleh UMNO/BN. Tidak syak lagi beliau adalah seorang yang bertenaga untuk menyaingi Umno dikerusi N31. Tanpa perlu diulas, semua orang sudah tahu betapa terdesaknya UMNO sehingga masih mengambil calon yang telah terbukti mempunyai rekod yang cemar dari segi amalan politik wang. Ini disahkan sendiri melalui Lembaga Disiplin UMNO yang telah mengambil tindakan tatatertib ke atas pelbagai amalan salah laku yang melibatkan beliau. Sebenarnya saya amat terkilan dengan sikap “double standard” yang diamalkan oleh UMNO dalam hujah mempertahankan pemilihan calon ini. Mereka mendabik dada kononnya mereka mematuhi kehendak “grass root”. Anehnya sewaktu merampas Kerajaan Negeri Perak yang sah, mereka telah dengan terang-terangan menafikan kehendak dan perasaan akar umbi yang telah memilih kerajaan Pakatan Rakyat.


Buat 5,000 pengundi yang berada di kem-kem tentera saya mohon berpesan supaya jangan takut untuk menyatakan pendirian. Gunakanlah hak-hak demokrasi tuan-tuan dengan cermat. Inilah masa terbaik untuk menunjukkan sikap gagah perwira dengan penuh istiqamah dan keberanian. Pada saya, sikap Presiden UMNO yang tidak semena-mena membangkit-bangkitkan soal kenaikan gaji dan kemudahan perumahan bagi tentera di Port Dickson di hari pengisytiharan calon adalah sesuatu yang tidak sihat. Sudah tentu pengisytiharan ini akan disusuli dengan pelbagai janji berupa halwa, madu dan susu untuk tujuan-tujuan pancingan.


Kepada pengundi luar yang berada diperantauan, baliklah dan mengundilah dengan penuh amanah pada 11 Oktober 2009. Inilah satu-satunya senjata dan hak kita sebagai rakyat Malaysia dalam negara demokrasi. Tentukan undi Tuan/Puan akan memulihkan corak dan rupabentuk keadilan dan memperbaiki wajah demokrasi demi masa depan negara. Mari kita keluar untuk menyatakan keyakinan dan sokongan kita kepada saudara Zulkefly wakil PAS/PR yang tidak berbelah bagi. Dengan sepangkah undi, mari kita tolak kezaliman.


Ini bukan soal kalah menang dalam gelanggang politik semata-mata tetapi lebih mustahak dari itu, ia adalah perjuangan untuk mencari keredhaan Allah dan mendapat pahala di akhirat kelak. Bahkan ia sekaligus kesempatan untuk mengembalikan demokrasi kepangkuan rakyat. Sudah 7 kali pilihan raya kecil diadakan di Semenanjung dan kita telah memenangi ketujuh-tujuhnya. Mari kita ulangi kemenangan buat kali ke-8 pada 22 Syawal ini.Kita perlu panjangkan gema takbir Hari Raya yang berbunyi “Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar.Walillahilhamdu”


“UNDILAH PAS. SELAMATKAN NEGARA”


Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Mursyidul Am PAS.
Tanggal:12 Syawal 1430/1 Oktober 2009

Tuesday, September 15, 2009

RAMADHAN AKAN MENINGGALKAN KITA

Ramadhan akan melabuhkan tirainya.

maka beruntunglah mereka yang memperoleh rahmat, keampunan dan dibebaskan dari api nerakam Allah. Namun Celaka lah bagi mereka yang tidak mendapat keampunan dari Allah bahkan mendapat kemurkaan Allah..

Sambut lah Syawal dengan penuh rasa taqwa kepada Allah setelah selesai berada di dalam Universiti Ramadhan..

Sudah lama tak update blog, sebab terlalu banyak masalah yang perlu di selasaikan dahulu...

InsAllah .. usaha berdakwah menggunakan platform Blog akan diteruskan memandangkan ianya adalah media terkini yang membawa kita ke alam yang baru dengan kaedah penerangan bercorakkan teknologi terkini serta kepantasan menyampaikan maklumat.

Tuesday, August 11, 2009

USRAH CAWANGAN NADI JEMAAH.


Aku terjumpa dalam blog al-Husain, tengok gambar macam kenal.
rupa-rupanya Ustaz Salahudin Nasir dari YDP Gombak. Aku dah lama tak dengar dia ceramah, sebab dulu masa dia tengah top dulu aku memang cukup minat dengar ceramah dia,

Jadi disebabkan lama tak dengar ceramah Ustaz Salahudin Nasir ni, aku terus
ambil point yang berguna untuk difikirkan

1) Meneruskan budaya Infa' dari kalangan ahli,
2) Mempertingkatkan program di peringkat cawangan kerana disitu lah lubuk kita
3) Perlu dihidupkan semula usrah di setiap cawangan kerana usrah adalah nadi jemaah agar wehdatul fikr dapat dibentuk dan akan dapat melahirkan wehdatul 'amal jamaie.

Monday, August 10, 2009

Antara buta warna dan buta kira-kira dalam Mansuhkan ISA


Ramai pula pihak yang nak saman penganjur Mansuhkan ISA (GMI)
dari peniaga tepi jalan hinggalah gedung dan gudang jualan,
dari mamak jual nasi hinggalah pemandu teksi.

lepas tu ada yang memaki dan mencaci penunjuk perasaan tempoh hari.
Mula-mula kata kos kerugiaan RM200 juta, kemudian turun mendadak, patutlah selalu projek kerajaan kos dia ratusan juta, walaupun nilai sebenar tak sampai sejuta, sebab puak-puak Umno semua buta kira-kira.

Sebelum tu cuba kita pertimbangkan fakta berkaitan tunjuk perasaan Mansuhkan ISA.

1) kalau mengikut berita dari suratkhabar dan tv, jumlah yang hadir hanyalah 5000 orang sahaja - kalau 5 ribu orang tak mungkin kerugian mencapai jutaan ringgit.

2) kekerapan tunjuk perasaan Mansuhkan ISA, baru pertama kali yang diadakan secara besar-besaran. Peniaga gerai-gerai berniaga setiap seminggu sekali atau setiap hari, - takkan hanya sehari buat demo boleh menjejaskan perniagaan

3) Penunjuk perasaan hanya berjalan melintasi kawasan gerai-gerai- kawasan tersebut adalah tempat awam dan sesiapa pun boleh guna.

4) Keuntungan yang berlipat kali ganda kerana penunjuk perasaan juga membeli barang-barang di gerai2 tersebut - sepatutntya peniaga yang ingin menyaman jangan lah menjual kepada penunjuk perasaan tersebut.

5) Tunjuk perasaan adalah dibuat secara aman, dan tidak melakukan serang balas terhadap FRU yang memulakan keadaan huru hara, (bukti tunjuk perasaan secara aman adalah kanak-kanak juga turut hadir dan orang kurang upaya pun hadir)

6) kelihatan Trak FRU yang memenuhi jalan di Kuala Lumpur sebelum Demonstrasi bermula adalah bukti FRU berniat jahat dan sengaja ingin mengecohkan keadaan.

7) Tuduhan Demonstrasi menganggu lalu lintas adalah tidak benar, kerana sekatan road block yang dibuat oleh polis dan JPJ di setiap jalan utama Ke Kuala Lumpur adalah punya kesesakan lalu lintas.

8) Bagaimana pula dengan sekatan jalan yang dibuat oleh polis ketika ada Menteri-Menteri, Perdana Menteri, Tim Perdana Menteri yang akan menggunakan jalan untuk pergi ke sesuatu tempat yang di ekori oleh beberapa buah kereta lagi sebagai pengawal sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya.. - kenapa tak saman pula

Kalau pemimpin Umno memang buta kira-kira tapi kali ni selepas demonstrasi ISA mereka akan jadi buta warna pula..