Tuesday, February 5, 2013



 KENAPA NAJIB TAKUT SANGAT NAK UMUMKAN TARIKH PRU 13 ? ? ?

 SEBAB TARIKH ITU ADALAH TARIKH KEMATIAN KEPADA UMNO DAN NAJIB...

Sunday, January 20, 2013

Detik-detik Kejatuhan Khalifah Terakhir Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah. Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan. “Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa. Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya.Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid. “Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir. “Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso. “Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah. Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun. Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya. “Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda. Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah. “Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha menyambung katanya. Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu. “Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik. “Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah. Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece. (Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922. Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.) Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah. “Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya. Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri. “Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda. Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali. Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah. “Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata. Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan. Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun. “Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda. Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa. Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau. “Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktor sudah hilang upaya. Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu. *Nukilan dari muzakirat/diari Sultan Abdul Hamid ——————————————————————————————————- Kejatuhan Empayar Othmaniah sebenarnya bermula sejak dari pemerintahan Sultan Mahmud II (1808 -1839) lagi. Kita boleh melihat puncanya dari dua sudut : Pertama : Pemodenan mengikut arus barat. Kedua : Meninggalkan amalan Islam. Ada agenda tersembunyi yang perlu kita fahami. Sepanjang kurun ke 19 berlaku proses perindustrian dan elektronik di Eropah, ianya bukan satu proses semulajadi bahkan satu perancangan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Apa yang terjadi ? Kemajuan teknoloji membawa saudara kembarnya yang menjadi protokol atau prosedur bersama – samanya iaitu bon – bon, sekuriti, wang kertas dan lain – lain instrument kewangan. Bermula dari projek pembinaan keretapi yang memerlukan modal yang besar, cara pembayaran Islam tidak boleh dipakai. Mereka menumpu di Turki sebagai pusat pemerintahan dan Mesir sebagai pusat intelektual Islam. Cara perniagaan atau muamalat Islam mesti diketepikan, maknanya keputusan para Ulamak dalam hal – hal perniagaan tidak diperlukan lagi. Selama ini umat Islam menguasai bidang perniagaan dan perdagangan sementara masyarakat Yahudi dan Kristian membayar jizyah bagi keselamatan mereka dan membenarkan mereka tidak ikut serta dalam kewajipan ketenteraan. Malangnya selepas tugasan penyusunan semula masyarakat diserahkan kepada Bankers Yahudi atas nama untuk memodenkan Khilafah Othmaniah , perkara yang sebaliknya berlaku orang Yahudi dan Kristian menjadi TUAN/Masters kaya raya sedangkan rakyat Khilafah pulak menjadi miskin. Sultan Mahmud II membentuk tentera diraja bermodelkan tentera British. Tentera jihad diganti dengan tentera makan gaji. Sistem demokrasi diperkenalkan, jawatan wazir besar diganti dengan Perdana Menteri. Cukai dinaikkan. Tanzimat (reformasi) diperkenalkan pada tahun 1839 oleh Sultan Abdul Mecit . Sistem kerajaan tempatan digantikan dengan model Perancis. Ini menyebabkabkan sistem perniagaan Bazaar, khidmat masyarakat melalui waqaf yang dipanggil imaret dan millet (majlis perlindungan bagi golongan minoriti ) tidak lagi berfungsi . Pendidikan dua aliran diperkenalkan , tradisional dan sekular yang bertulang belakangkan stok, bon dan lain – lain institusi kewangan moden. Ini berlaku secara tidak sedar atas nama ‘memodenkan empayar’. Undang – undang Islam ke atas status ahlu Zhimmah dihapuskan. Reformasi Tanzimat memfokuskan kepada pemusatan pentadbiran ( administrative centralization) menggantikan sistem autonomi amiriah tempatan. Tiga wazir yang menjayakan tanzimat ialah Rechid, Ali dan Fuad Pasha. Mereka bersahabat baik dengan banker Yahudi bernama Camondo. Mereka menghabiskan banyak masa mereka di Paris mempelajari teknik permodenan barat. Nasihat dari financial planner Yahudi diperlukan bagi memodenkan empayar. Kebanyakan orang Yahudi di Istanbul tinggal di Galata. Isaac Camondo menubuhkan Bank Camondo pada tahun 1802. Saudaranya Abraham-Salomon Camondo menggantikannya pada tahun 1832. Kerana sumbangannya yang besar kepada tanzimat beliau dianugerahkan Nishan-I Iftihar dan menjadi Komander Mejidiye pada tahun 1849. Pada tahun 1842 wang kertas KAIMA diperkenalkan menggantikan dinar dan dirham , ini membawa kepada penguasan banker YAHUDI keatas kedaulatan khilafah. Secara tidak sedar, banker – banker ini dijemput untuk mencipta sistem kewangan moden dengan sistem riba mereka melalui bon, kredit, saham dan pengeluaran wang kertas yang dikuasai banker Yahudi. Reformasi kewangan memberi mereka peluang untuk membuka bank – bank baru. Pada tahun 1845 Kerajaan Othmaniah bersama Mm. Alleon dan Theodore Baltazzi menubuhkan Bank of Constantinople bagi tujuan memberi pinjaman kepada kerajaan. Perang Krimea memberi peluang kepada banker Yahudi berkembang dalam empayar Othmaniah. Kerajaan memerlukan dana untuk peperangan. Bank memberi pinjaman dengan interest. Ottoman Bank ditubuhkan pada tahun 1856, ia menjadi satu langkah kepada penubuhan bank pusat dengan dana dari luar dengan jumlah 500,00 pound sterling. Transformasi modal persendirian kepada Bank Pusat akan membawa kepada system kuasa berada ditangan pemilknya banker – banker Yahudi Antarabangsa. Keluarga Rothschilds yang terlibat dalam penubuhan Federal Reserve USA juga turut terlibat atas nama pelaburan melalui Alphonse de Rothchilds dan bapaknya James Rothschilds membuka cawangan French Rothchilds Bank di Istanbul. Kerja – kerja untuk penubuhan bank pusat akhirnya berjaya dengan tertubuhnya La Bank Imperiale Ottomane pada tahun 1863 dengan bantuan Yahudi bernama Emil dan Isaac Pereire. Ini model yang menjadi superbank seterusnya dari Bank pusat kepada Bank Dunia dan International Monetary Fund. Bank ini menjadi bankers bank, dengan deposit dan pengumpul dan pengedaran kredit. Ia akan menentukan kadar antara Bank, memberi pinjaman, jual dan beli, membincangkan pembelian komoditi, memberi dana dan melibatkan diri dalam projek pelaburan dan mengeluarkan dan mencetak wang baru. Bank Camondo hanyalah bank biasa, Ottoman bank ialah bank dengan dana tempatan seterusnya bank baru Imperial Ottoman bank menjadi Bank Pusat dengan dana antarabangsa. Satu system penguasaan kewangan telah diletakkan batu asasnya. Bank ini akan menyerap masuk dalam setiap aktiviti masyarakat bermula dari kedai runcit. Tidak ada aktiviti masyarakat yang dapat lepas dari Bank. Dari aktiviti jual beli, simpanan seterusnya dana kewangan dan pelaburan , semuanya melibatkan bank. Mereka menjadi Tuan kepada dunia. Masters of the Worlds. Pada tahun 1858 bankers Yahudi telah meletakkan syarat pinjaman dengan jaminan tranformasi sosial kepada Kerajaan Othmaniah. Ini menunjukkan sistem ekonomi hutang berkait rapat dengan kejuruteraan sosial. Pada waktu itu jizyah sudah berkubur. Bank Yahudi bertapak, sistem politik Nasrani Kristian menjadi penggerak empayar Othmaniah ! Hak menandatangani kerajaan tergadai kepada peminjam wang. Tahun itu juga , undang – undang tanah baru menafikan hak Sultan. Seterusnya tahun 1867 , orang asing dibenarkan membeli tanah. Projek keretapi menghubungkan Istanbul ke Vienna , Austria dikatakan akan menghubungkan dunia Islam dan Eropah. Oleh kerana projek ini begitu besar, begitu jugalah peranan penipuan besar oleh bank – bank Yahud di London, Paris dan Brussel dalam membiayai projek ini dengan bon – bon kerajaan Othmaniah. Pada tahun 1873 , berlaku ‘ crash 1873 ‘ yang membawa kepada kejatuhan nilai bon – bon tersebut. Projek ini bukan sahaja pembanggunan fizikal dalam bentuk konkrit bangunan semata – mata. Bahkan suatu gerakan yang mengatasi ruang lingkup sempadan nasional dan bangsa tetapi didalangi dengan angka – angka pada dokumen kewangan yang dipanggil saham dan bon. Pada tahun 1875 Kerajaan Othmaniah diistiharkan muflis kerana tidak mampu membayar hutang. Suruhanjaya Asing dilantik mewakil pemegang saham asing. Kerajaan terpaksa mengenakan cukai terhadap rakyat. Serbia memberotak. Bosnia diserahkan kepada Austria dibawah bendera Othmani. Jalan keretapi tidak siap tetapi separuh dari perniagaan laut telah jatuh ke tangan British. Kesan mengurangkan perjalanan dari Vienna ke Istanbul dari seminggu ke 40 jam ialah kejatuhan Khilafah Othmaniah. Sultan Abdul Hamid menjadi Khalifah pada tahun 1876. Beliau mahu kembali kepada pemerintahan asal Othmaniah sebelum tanzimat. Beliau menolak sistem hiraki barat dan mahukan sistem topkapi dan imaret diperintah oleh keluarga diraja Othmaniah semula. Beliau tidak percaya kepada pegawai – pegawai yang berkhidmat sebelumnya. Secara beransur – ansur beliau mengurangkan peranan mereka dalam kerajaan. Beliau berjaya mengurangkan hutang kerajaan. Pada tahun 1896, perwakilan Zionis telah menemui beliau. Sebagai tawaran untuk mendapatkan Palestin mereka memberi tawaran untuk memperbaiki keadaan krisis kewangan yang dihadapi oleh kerajaan Othmaniah. Bagaimana seorang yang tidak mempunyai tanahairnya sendiri boleh membuat tawaran kepada pewaris salah satu empayar terbesar di dunia. Jawapannya ialah satu bentuk kuasa baru telah muncul, kuasa bank telah mengatasi kuasa kerajaan atau kuasa politik. Kuasa tidak lagi dalam bentuk ketenteraan tetapi dalam bentuk jumlah nombor wang dalam bank. Politik dijadikan alat untuk mengawal masyarakat. Kuasa politik pulak dijadikan alat bank ntuk menjalankan projeknya. Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata bersejarah yang ditujukan kepada Herzl melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut : “Saya menganjurkan supaya dia (Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkan tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah membentuk serta mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma. Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun..“ Sultan Abdul Hamid digulingkan pada tahun 1908. Pada tahun itu juga , pejabat pertama zionis di buka di Palestin dibawah firma Rothschilds. Maka berakhirlah empayar Othmaniah walaupun ia masih belum secara rasmi sehingga tahun 1924.

Monday, April 2, 2012

BAHAYA LOJI ARANG BATU KEPADA KESIHATAN

Kesan-kesan buruk akibat daripada pembakaran arang batu yang membawa maut BUKAN LAGI hanya “teori”, “andaian” atau “kepercayaan”. Kesan-kesan buruk ini TELAH DISAHKAN secara rasmi oleh Mahkamah Daerah Persekutuan Amerika Syarikat di Negeri North Carolina, dalam kes North Carolina ex rel. Cooper v. Tennessee Valley Authority (593 F.Supp.2d 812).

Pada 13 Januari 2009, Hakim Daerah Lacy H. Thornburg telah mengisytiharkan bahawa pelepasan udara daripada loji-loji arang batu TVA yang terletak di negeri-negeri Tennessee dan Alabama adalah satu “gangguan awam” (public nuisance) terhadap negeri jiran North Carolina. Ini merupakan satu “gangguan tidak munasabah” terhadap “harta, kesihatan, keselamatan, keamanan, atau kemudahan” orang awam. Mahkamah berkata bahawa loji-loji tersebut telah mengakibatkan “kecederaan, penyusahan [dan] kerosakan” secara serius di North Carolina.

Setelah mendengar bukti-bukti/keterangan pakar (expert evidence) yang dikemukakan oleh semua pihak (termasuk pihak pengurusan loji arang batu, TVA), Hakim tersebut mengisytiharkan bahawa pelepasan udara daripada loji-loji arang batu boleh mengakibatkan kesan-kesan kemusnahan kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Beliau juga mengarahkan TVA supaya memasang peralatan-peralatan kawalan pencemaran di 4 buah loji arang batunya.

Antara perkara-perkara lain, Hakim tersebut mengisytiharkan bahawa (secara ringkas):

a) Proses pembakaran dalam “boiler” loji arang batu menyebabkan arang batu mengalami perubahan kimia, yang membebaskan nitrogen, sulfur, dan merkuri;

b) Elemen-elemen kimia ini kemudian membentuk bahan-bahan kimia berbahaya seperti Nitrogen oksida (NOx), Sulfur dioksida (SO2), Ozon (O3) dan debu-debu halus dipanggil “PM2.5”, sebelum atau selepas dilepaskan ke dalam udara.

c) Walaupun kebanyakan daripada bahan kimia ini ditangkap atau dirawat dalam loji arang batu, bukan semua dicegah daripada dilepaskan daripada loji.

[Jadi, sedikit sebanyak mesti akan dilepaskan ke dalam udara, dan mengakibatkan kesan-kesan yang memusnahkan kesihatan dan alam sekitar.]

d) Selain daripada membentuk ozon, NOx dalam udara boleh juga membentuk Nitrate (NO3). SO2 dalam udara kerap menukar kepada Sulfat (SO4) atau bahan yang sejenis dengannya, seperti sulfat ammonium atau asid sulfurik.

e) Nitrat dan sulfat adalah komponen-komponen yang penting dalam pepejal-pepejal kecil yang didapati dalam udara. Bersama-sama, pepejal-pepejal ini biasanya dipanggil “PM2.5”, kerana mereka mempunyai diameter yang tidak melebihi 2.5 micron, yang lebih kecil jika berbanding dengan rambut manusia (50-70 micron), debu, debunga (pollen), dan “mold” yang lebih kurang 10 micron.

[PM2.5 adalah jauh lebih kecil daripada rambut kita... Ini bermakna ia adalah sangat mudah untuk PM2.5 meresap ke dalam paru-paru / sistem pernafasan manusia.]

f) Sebahagian daripada sulfat, nitrate, dan komponen-komponen PM2.5 yang lain kekal dalam udara untuk tempoh masa yang panjang. Komponen PM2.5 yang lain pula mendarat di atas muka bumi melalui pelbagai proses yang dipanggil “pemendapan asid” (acid deposition). Misalnya, “pemendapan asid basah” (wet acid deposition) berlaku apabila PM2.5 dalam udara bersatu dengan air dalam bentuk hujan, hujan batu, atau salji (iaitu hujan asid). Manakala “pemendapan kering” (dry deposition) berlaku apabila PM2.5 mendarat tanpa bersatu dengan air. Pemendapan asid jenis ketiga adalah “pemendapan air awan” (cloudwater deposition), yang berlaku paling kerap dalam kawasan bergunung-ganang kerana kawasan- kawasan ini senang menjadi berkabus atau berawan. Dalam proses ini, PM2.5 bersatu dengan titis-titis air dalam awan atau kabus, yang kemudiannya mendarat di hutan dan permukaan-permukaan yang lain.

g) Terdapat cara-cara yang boleh digunakan oleh loji arang batu untuk mengurangkan kebanyakan daripada pelepasan bahan-bahan kimia berbahaya ini, sehingga 40-98% (bergantung kepada jenis bahan kimia), tetapi mereka sangat mahal, dan tidak dapat menghapuskan sepenuhnya pelepasan bahan-bahan kimia berbahaya ini.

h) Walaupun pelepasan dari loji arang batu ini ***hanya pada atau di BAWAH*** (TIDAK MELEBIHI) “Piawaian Kualiti Udara Kebangsaan untuk Debu-Debu Halus” (National Ambient Air Quality Standards for Particulate Matter) yang ditentukan oleh Kerajaan Amerika Syarikat, mereka MASIH CUKUP BAHAYA untuk menyebabkan kematian dan pemusnahan. Hakim tersebut berkata:

“Pendedahan kepada/menghisap PM2.5 akan mendatangkan kesan-kesan buruk yang serius kepada kesihatan manusia, walaupun hanya didedahkan kepadanya/ menghisapnya ****pada atau di BAWAH**** taraf NAAQS.”

“Walau bagaimanapun, berdasarkan keseluruhan bukti, mahkamah mendapati bahawa, sekurang-kurangnya, terdapat risiko peningkatan kejadian kematian terlalu awal (premature mortality) di antara orang awam yang berkaitan dengan pendedahan/penghisapan PM2.5, ***walaupun pada atau di BAWAH*** piawaian NAAQS 15 μg/ m3

“Kesan daripada 1/2 mikrogram sudah amat serius. Seperti yang dinyatakan di atas, taraf NAAQS untuk PM2.5 ialah 15 μg/ m3, dan kesan-kesan yang sangat buruk terhadap kesihatan manusia, jarak penglihatan, dan alam sekitar boleh berlaku pada taraf JAUH DI BAWAH 15 μg/ m3.

[Oleh yang demikian, jalan yang paling selamat untuk menjamin kesihatan orang ramai adalah langsung mengelakkan pelepasan bahan-bahan ini sekaligus, iaitu MEMBATALKAN pembinaan loji arang batu yang dicadangkan ini, dan BUKAN dengan menetapkan apa-apa “piawaian pelepasan udara” untuk MEMBENARKAN pencemaran!!]

i) Pendedahan kepada – dan penghisapan – udara yang mengandungi PM2.5 akan 90-100% pasti menyebabkan kematian terlalu awal (premature mortality) manusia. Khususnya, pendedahan dan penghisapan PM boleh mendatangkan kesan-kesan berikut kepada kesihatan manusia, mana-mana satu atau semuanya boleh menyebabkan kematian terlalu awal:

(i) Tindakbalas Pemanasan Sistemik (Systemic inflammatory response). Penghisapan PM akan menyebabkan paru-paru panas/keradangan (pulmonary inflammation), yang kemudian boleh menyebabkan pemanasan/keradangan seluruh system umum badan (system-wide inflammation in the body). Pemanasan ini akan mengganggu fungsi platelet darah (platelet function), yang boleh memudahkan darah membeku (blood clots) – satu punca biasa serangan jantung dan strok (heart attacks and strokes).

(ii) Tindakbalas Jantung (Vascular reactivity). Pemanasan Sistemik (systemic inflammation) boleh juga menyebabkan perubahan dalam aktiviti jantung yang akan mengurangkan bilangan pengaliran darah ke organ-organ badan yang penting, termasuk jantung dan otak. Khususnya, ia akan menjejaskan keupayaan urat darah (blood vessels) untuk berkembang secukupnya supaya darah yang cukup boleh beralir ke tisu-tisu badan. Urat darah sedemikian juga kurang bertindakbalas/responsif terhadap ubat-ubat yang bertujuan untuk meningkatkan aliran darah – termasuk aliran darah ke bahagian jantung.

(iii) Rentak Jantung (Cardiac rhythms). Penghisapan PM juga menyebabkan perubahan saraf yang mempengaruhi refleks dan kawalan autonomik rentak jantung (neurological changes affecting reflexes and autonomic control of cardiac rhythms). Ini boleh menyebabkan kadar jantung yang tidak tentu/tidak teratur (heart rate variability) dan akhirnya aritmia (arrhythmia), yang secara langsung menyebabkan kematian dalam kebanyakan serangan jantung yang membawa maut.

(iv) Kematian Bayi (Infant mortality). Terdapat semakin banyak bukti bahawa kematian-kematian bayi boleh dikaitkan dengan perubahan PM dalam udara. Kematian-kematian bayi sedemikian berpunca daripada masalah pernafasan dan “sindrom kematian tiba-tiba bayi” (sudden infant death syndrome, SIDS).

(v) Kesan-kesan buruk yang lain terhadap kesihatan, walaupun tidak membawa maut: kes penyakit asma yang meningkat, penyakit kerongkong yang serious (chronic bronchitis), dan penyakit jantung dan paru-paru (cardiopulmonary illness) yang lain. Hakim tersebut berkata:

“Selepas menyemak bukti-bukti ini secara keseluruhan, Mahkamah boleh memastikan bahawa pendedahan kepada PM2.5 – ***walaupun pada atau di BAWAH*** taraf NAAQS pada 15 μg/m3 – mengakibatkan kesan-kesan jantung dan paru-paru (cardiopulmonary) yang buruk, termasuk menambahkan atau memburukkan lagi asma dan penyakit kerongkong yang serious (chronic bronchitis).”

“Kesan-kesan buruk ini terhadap kesihatan, walaupun tidak membawa maut, telah mengakibatkan banyak kerugian sosial dan ekonomi kepada rakyat North Carolina, termasuk kehilangan masa untuk sekolah dan kerja, tekanan yang meningkat terhadap bidang kesihatan yang disebabkan oleh penambahan bilik kecemasan dan lawatan doktor, dan juga kerugian am dari segi kesejahteraan yang disebabkan oleh masalah-masalah kesihatan serius.”

[Pelepasan bahan-bahan kimia berbahaya ini boleh menjejaskan ekonomi kita, dan BUKAN membantu kami dalam projek “Sabah Development Corridor”!!]

j) Menyebabkan pembentukan Ozon (O3), yang dikaitkan dengan kejadian kematian terlalu awal (premature mortality) manusia, sama dengan PM. Kesan yang lebih berkekalan (more long-lasting effect) akibat daripada pendedahan kepada ozon adalah pemanasan/keradangan salur pernafasan yang meningkat (increased airway inflammation). Peningkatan pemanasan/keradangan ini menambah-burukkan lagi penyakit asma dan tindakbalas negatif terhadap bahan-bahan allergen yang sedia ada (increases negative responses to pre-existing allergens).

“Jika asma dan pemanasan/keradangan paru-paru seseorang tidak terkawal dalam tempoh melebihi dua atau tiga tahun, maka parut yang berkekalan (irreversible scar) boleh berlaku dalam paru-paru orang itu, sehingga hampir 10-60% keupayaan paru-parunya hilang selama-lamanya.”

“Adalah kukuh/mantap/terbukti dalam karya sains bahawa ozon, secara nyatanya, menyebabkan kesan-kesan buruk ini terhadap kesihatan, ***walaupun pada atau di BAWAH*** taraf NAAQS.”

k) Pembentukan ozon adalah LEBIH CEPAT dalam cuaca yang panas, berbanding dengan yang dingin dan mendung.

[Ini bermakna debu-debu halus yang dilepaskan oleh loji arang batu adalah LEBIH TERUK di kawasan tropika/panas seperti Sabah berbanding daripada dalam negara-negara temperate/sejuk di Barat seperti Amerika Syarikat. Jikalau pelepasan daripada loji arang batu sudah boleh menyebabkan begitu banyak kemusnahan kepada negara-negara temperate/sejuk, bayangkanlah apa ia akan buat kepada Sabah yang bercuaca panas??]

l) Merosakkan dan membahayakan alam sekitar kita, harta-harta semula jadi kita yang tidak ternilai, air minuman dan pertanian [Pengusaha ladang-ladang KELAPA SAWIT sila ambil perhatian!! Dan kami belum lagi cerita tentang “pemanasan global” dan macam-macam lagi...]:

“Pemendapan asid (acid deposition) dalam bentuk sulfat, apabila mendarat di atas tanah, merendahkan taraf pH tanah itu, iaitu, ia membuat tanah lebih berasid. Apabila keasidan (acidity) tanah itu sampai ke satu tahap yang tertentu, aluminium (yang terdapat secara semulajadi dalam bumi) menjadi aktif. Aluminium adalah beracun bagi ekosistem kita. Contohnya, ia menyumbatkan (dan akhirnya membunuh) akar-akar tumbuhan yang halus, termasuk pokok-pokok, menjadikannya lebih susah untuk sistem-sistem akar meresapkan air dan nutrien daripada tanah itu. Proses ini, selain daripada menghalang pertumbuhan yang sihat, juga memburukkan lagi kesan-kesan kemarau (musim kering).”

“Sulfat juga membuangkan magnesium, kalsium, dan potassium dari tanah. Nutrien-nutrien tersebut adalah penting untuk pertumbuhan hutan yang sihat. Kalsium, misalnya, ialah komponen utama dinding-dinding sel dalam tumbuhan; dan magnesium adalah paling penting untuk proses fotosintesis.”

“Pemendapan asid (acid deposition), jika ia berlaku di kawasan berhampiran dengan legeh air (watershed of running water), juga menurunkan kualiti air dengan merendahkan taraf pH dan menambahkan kandungan aluminium dalam air.”

“Penumpuan ozon yang cukup tinggi boleh merosakkan tumbuh-tumbuhan, termasuk tanam-tanaman komersial serta tumbuhan-tumbuhan semulajadi”

m) Akan memendungkan/meredupkan langit kita dan mengurangkan jarak penglihatan (visibility) kita. Hakim tersebut berkata:

“PM2.5, khususnya SO2, mendatangkan kesan yang serius terhadap jarak penglihatan oleh kerana penyerakan cahaya (scattering of light). Seseorang yang meninjau suatu pemandangan indah di pusat-pusat pelancongan (scenic vista) akan mengalami penyerakan cahaya ini dalam bentuk jerebu (experience this scattering of light as haze).”

“Jerebu PM2.5 dan pencemaran udara yang lain yang menjejaskan jarak penglihatan pemandangan indah di pusat-pusat pelancongan ini mendatangkan suatu masalah yang teruk dari segi sosial dan ekonomi.”

[TNB/SESB selalu berkata bahawa loji-loji arang batu di Semenanjung Malaysia belum ada mengakibatkan apa-apa kesan yang buruk kepada alam sekitar. Memang betul – lihat saja langit di Kuala Lumpur, Lembah Klang dan bandar-bandar yang lain di Semenanjung Malaysia…]

n) Pelepasan bahan-bahan berbahaya ini boleh juga menjejaskan bandar-bandar dan kawasan-kawasan yang jauh. [Ini bermakna, KESELURUHAN Sabah TIDAK selamat, bukan sahaja Felda Sahabat/Lahad Datu!] Hakim tersebut berkata:

“Pelepasan bahan pencemar mendatangkan kesan-kesan yang paling teruk kepada kawasan-kawasan yang terdekat dengan sumber itu. Kajian yang tidak berat-sebelah (unbiased studies) menunjukkan bahawa pengurangan pelepasan dalam satu negeri tertentu akan memberi manfaat yang paling besar kepada negeri itu sendiri.

Walau bagaimanapun, pelepasan dari satu sumber yang terletak di LUAR negeri itu, terutama sumber yang dibawa oleh arah angin (upwind source), masih boleh mendatangkan kesan-kesan yang teruk kepada kualiti udara negeri itu.”




Adakah “Golden Coral Triangle” (kawasan batu karang terpelihara) and Darvel Bay akan menjadi begitu 10-15 tahun dari sekarang?
Kita harus ingat bahawa TVA juga bertanggungjawab atas satu lagi malapetaka arang batu pada Disember 2008 – penumpahan habuk arang batu yang paling teruk dari loji arang batunya yang terletak di Kingston, Tennessee, yang melepaskan 5.4 juta kaki padu (cubic feet) habuk arang batu (sisa-sisa selepas pembakaran arang batu untuk menjana tenaga elektrik) yang terlepas daripada dinding di loji itu. Tumpahan itu meliputi tanah seluas 300 ekar dengan bahan-bahan beracun dan memusnahkan atau merosakkan 40 buah rumah.

Mengikut laporan media, TVA membelanjakan US$1 juta (RM3.3 juta) sehari untuk kerja pembersihan itu, dan ia dijangka akan menanggung kos keseluruhan pembersihan sebanyak US$525 juta ke US$825 juta. Setakat May 25, 2010 – 1 ½ tahun kemudian – kerja pembersihan ini masih belum lagi siap dan masih lagi dijalankan. Bayangkanlah jika sisa-sisa arang batu yang beracun ini terlepas dari loji arang batu oleh kerana kecuaian ke dalam warisan-warisan Sabah kita yang tidak ternilai, seperti Darvel Bay dan “Golden Coral Triangle” (kawasan batu karang terpelihara bertaraf dunia) – maka generasi kami akan dianggap oleh sejarah sebagai generasi yang mementingkan diri (selfish) dan mengambil risiko yang tidak perlu diambil, semata-mata untuk keuntungan jangka pendek.

Ini telah mengesahkan dan menyokong wawasan hebat semua anggota Jemaah Menteri Sabah, apabila mereka MENOLAK sebulat suara cadangan untuk membina loji arang batu di Silam, Lahad Datu, atas sebab kesihatan, keselamatan dan pemuliharaan alam sekitar, pada April 2008 – sebelum kes Amerika Syarikat ini diputuskan oleh Mahkamah tersebut. Ketua Menteri Sabah, Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa Aman, dengan tepatnya berkata pada waktu itu:

“Setelah menimbang akan kebaikan dan keburukannya, Kabinet memutuskan MENOLAK cadangan ini kerana kita TIDAK MAHU MENGGADAIKAN KEBAJIKAN masyarakat di kawasan itu [di Silam, Lahad Datu] termasuk dari segi KESIHATAN DAN KESAN BURUK terhadap alam sekitar… Saya tahu sesetengah orang berkata dengan teknologi hari ini, cadangan loji itu adalah selamat dan bersih TETAPI sesetengah PAKAR juga TIDAK BERSETUJU.” (New Sabah Times, 3 April 2008)”

Apa yang diisytiharkan oleh Hakim Amerika Syarikat ini juga menyokong pendirian Perdana Menteri apabila beliau mengutuk arang batu. Dato’ Seri Najib Tun Razak telah berkata pada 2009 bahawa “arang batu adalah teknologi yang KOTOR, ia MENGANCAM ALAM SEKITAR.”

Kebanyakan (kalau bukan semua) daripada Menteri-Menteri Jemaah Menteri Sabah pada 2008 kini masih memegang jawatan dalam Jemaah Menteri. Adakah mereka sudah BERUBAH FIKIRAN dan jika demikian, APAKAH yang boleh meyakinkan mereka sekarang bahawa arang batu yang, katakan mereka sendiri pada 2008, kotor dan bahaya ini adalah BAGUS untuk kesihatan rakyat Sabah?? Jadi, kalau Kerajaan (Persekutuan atau Negeri) masih – peliknya – membenarkan TNB/SESB untuk memaksa rakyat Sabah untuk menerima loji arang batu ini WALAUPUN KERAJAAN MEMANG TAHU bahawa ARANG BATU BOLEH MEMBUNUH, kami ingin tanya – sama ada Kerajaan Persekutuan/ Negeri mahu mengabil risiko dengan kesihatan dan keselamatan kami semua – WALAUPUN mereka sendiri sudah memutuskan TIDAK MENGGADAIKAN KESIHATAN KAMI pada April 2008??

Pihak yang menyokong penggunaan arang batu harus faham bahawa sebab UTAMA kami membantah adalah demi kesihatan dan keselamatan kita semua dan juga kekekalan ekonomi kita untuk jangka masa panjang (long term-sustainability), termasuk bidang kelapa sawit.

Adalah langsung TIDAK BERMAKNA untuk kita rancangkan “Sabah Development Corridor” dan sebagainya jika 15-20 tahun dari sekarang, kesihatan awam, ladang-ladang, industri pelancongan dan rezeki kita semua termusnah akibat daripada pilihan arang batu yang LANGSUNG TIDAK PERLU ini 0 kerana Sabah ADA alternatif yang mudah dan selamat.

Demi kesihatan dan kesejahteraan cucu-cicit kita, TOLAKKAN ancaman kesihatan dan alam sekitar ini!!

(Alasan penghakiman kes ini yang penuh boleh didapati di: http://www.scribd.com/doc/15633519/2009-NC-vs-TVA-Decision, dan http://www.savesabah.com/blog/us-court-coal-kills)

SELAMATKAN TELUK RUBIAH


Selamatkan teluk rubiah dari menjadi mangsa kepada kapitalis dan pemimpin yang jiwanya muflis.

Penduduk Manjung sedang dalam proses dimatikan secara perlahan2 oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab..

Ayoh selamatkan teluk Rubiah....

sajak teluk rubiah :

Alam adalah sekolah, rumah dan daulah kita"

Sunday, January 29, 2012

teluk rubiah bola dan brazil

post dari matsamankati

Tahun 80an, masa tu Liga Perdana tengah hot. Team bola yang paling hot masa tu juga ialah Pahang sebab depa mampu membeli pemain terkenal macam Fandi Ahmad, Zainal Abidin Hasan, Samad Alipitchay. Semua orang minat dengan team Pahang. Orang suka team Pahang…tapi apa yang orang tak tau, team Pahang disponsor oleh tauke sayur di Cameron Highlands.
Habis tanah di Cameron Highlands digondolkan danCameron Highlands tidak lagi sejuk macam tahun 70an. Pelancong berkurangan dan akhirnya yang rugi ialah penduduk tempatan.
Sebelum tahun 2008, Tajol Rosli menjadi Menteri Besar Perak. Team bola Perak juga boleh dikatakan bagus juga. Kejor Yob Kejor. Tapi apa yang orang tak tau…habis balak di Belum dan Temengor kena sapu untuk menampung team bola Perak. Yang jadi mangsa..orang asli dan penduduk tempatan.
Tahun 2008, Pakatan mengambil alih Perak dan masa tu berebut orang PR nak jadi pengurus bola, yang tak pernah masuk stadium pun nak jadi pengurus bola. Nasib baik PR pegang Perak tak lama, kalau tidak…entah kawasan balak mana yang jadi mangsa.
Tahun 2009, BN merampas Perak dan team bola Perak kembali kepangkuan ahli politik BN. Macam mana depa nak tanggung team bola Perak?
Kawan aku, IAR memaklumkan aku tentang perkembangan bola Perak. Vale international bersetuju untuk mewujudkan akademi bola di Perak.
Bila bola dicampurkan dengan ahli politik yang kurang siuman, dua-dua hancur. Bukan saja bola dan ahlipolitik itu yang hancur, yang paling teruk ialah alam sekitar yang punah hanya untuk memuaskan hati orang politik.

MU, Liverpool, Manchester City, Chelsea..tak payah tebang balak untuk tanggung bola. Takpayah jual tanah untuk beli jersi bola. Sebaliknya duit dari luar yang masuk. Tapi di Malaysia, hutan dimusnahkan untuk menanggung duit beli jersi bola.
Tak mengapa kalau satu lot balak dikhaskan kepada PAFA, kemudian diuruskan secara professional. Sekali saja bagi modal..PAFA dah boleh berniaga dengan bola saja.
Tapi oleh kerana rasuah dan penyelewengan, habis beribu hektar pun…tak akan cukup kalau duitnya sangkut di poket politikus.
Sejak Zambry pegang jawatan Menteri Besar, dia juga memainkan peranan untuk mengisi kantung PAFA. Tapi Zambry lebih teruk dari Tajol Rosli ataupun Menteri Besar Pahang yang dulu. Tajol Rosli ambil balak..Zambry jual tanah!!
Lepas ni..anak muda Perak akan seronok tengok team Perak akan ada pemain Brazil. Mungkin juga ada jurulatih Brazil. Mungkin depa akan seronok hingga tak terkata. Tapi yang jadi mangsa ialah orang Manjung.
Teluk Rubiah sudah tidak dapat diselamatkan lagi sebab sudah dijual kepada syarikat Brazil. Hangpa mungkin seronok bila team Perak pakai jersey Vale.


Vale adalah lambang penjajah baru. Kalau dulu Umno bersekongkol dengan British mengaut hasil bumi Malaya, sekarang Umno bersekongkol dengan Brazil menakluki Malaysia. Kita marah bila tanah-tanah di Johor dijual kepada Singapura. Tapi orang Perak seronok bila tanah di Perak dijual kepada syarikat Brazil…hanya kerana bola.
Setiap tahun, bila PAFA memerlukan peruntukan baru, Umno menebang balak untuk memenuhi tuntuan itu. PAFA cuma perlukan mungkin 500,000…tapi balak yang ditebang mungkin bernilai 5 juta. 4.5 juta disapu oleh orang Umno, 500,000 dapat kat PAFA. cukup la beli jersi baru, beli pemain baru.
Penyokong bola Perak seronok..pemimpin Umno seronok..tapi depa tak peduli khazanah hutan negara hancur.
Sekarang dah nak buat akademi bola PAFA. Penyokong bola Perak seronok, pemimpin Umno pun seronok. Sebab dapat peruntukan baru.
Berapa peruntukan yang diberikan kepada Akademi bola PAFA? Kalau aku jadi pengarah Vale International.. kalau takat dua tiga juta tu..aku tak kisah la. Sebab apa yang Vale dapat dan pemimpin Umno dapat..jauh lebih banyak dari itu.
Dan sudah jadi tabiat orang Melayu, pemimpin Umno buat duit beratus juta…depa tak kisah. Janji bila pilihanraya dapat kain batik dan duit 50.00. Habis maruah tergadai.
Penyokong bola Perak juga lebih kurang macam tu. Janji depa dapat tengok team Perak ada pemain Brazil..boleh menang dalam perlawanan..dah cukup. Depa tak kisah kalau Teluk Rubiah dijual dengan harga ratusan juta. Depa tak kisah kalau pemimpin Umno dapat juta-juta.Depa dapat tiket free masuk stadium pun dah cukup. Kalau Zambry bergambar dengan Pele, Nani, dan Robinho orang tak kisah walaupun semuanya nampak serupa.
Depa tak peduli kalau Teluk Rubiah dulu macam ini.


Sekarang sudah jadi macam ini



(Gambar: Peter Van Der Lans)

Macam mana perkara ini boleh berlaku? Sebab orang tak peduli.

Apa yang dibuat oleh pemerintah, hanya diketahui oleh sekumpulan pemimpin politik atasan. Maklumat dan perancangan kebanyakannya rahsia. Sapa yang mendedahkan rahisa, akan didakwa dibawah OSA. Mana-mana maklumat yang berharga, dijual dengan harga yang tinggi.
Adakah nelayan Pangkor sanggup pergi ke Majlis Perbandaran Manjung untuk membeli Pelan Rancangan Tanah Daerah (RTD) Manjung? apakah pekerja Giant dan TESCO sanggup keluarkan separuh gaji bulanan untuk beli Deraf Pembangunan Daerah? Dan yang paling pelik, orang parti pun tak ada duit ka nak beli satu salinan?
Pemimpin dan penyokong Pakatan hanya sibuk dengan isu-isu nasional. Isu NFC, isu cincin, isu Rosmah shopping…tapi isu tempatan masing-masing tak peduli!
Teluk Rubiah sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Dan untuk menampung kos bola team Perak, beratus ekar tanah hutan simpan di Pangkor akan diteroka. Balak akan dikeluarkan dan tanah akan dijual. Pangkor akan hancur. Sate ikan Pangkor dan ikan bilis Pangkor akan lenyap. Masa tu..kita akan makan sate ikanPangkor..tapi ikan dari Siam. Ikan bilis Pangkor pun hanya tinggal nama…mungkin kena impot dari Bangladesh.